Assalamualaikum..
Tadi pegi bank. Temankan kawan nak buat kad baru sebab kad dia dah kena telan dengan mesin ATM. Sementara tunggu dia berurusan, mata saya melilau lihat keliling bank. Saya ternampak sesuatu.
SKIM PERSARAAN SWASTA (PRS).
Macam best jek... Sebab saya ni bukan lah orang gomen. Tak ada rezeki nak jadi kakitangan kerajaan. Jadinya tak ada lah pencen. Dengan umur yang makin tak muda, saya kengkadang tu risau jugak pasal hari tua nanti. Bila dah tak mampu bekerja, apa yang saya nak makan? Macam-macam boleh jadi. Bak kata orang dulu-dulu, sediakan payung sebelum hujan. Tak kan dah terhantuk baru nak terngadah kan?
PRS ni macam KWSP jugak. Cuma yang bezanya adalah KWSP tu compulsory. Semua orang yang bekerja diwajibkan untuk melabur dalam KWSP. Sedangkan PRS tu pilihan. Ada lagi beberapa perbezaan antara PRS dan jugak KWSP. Saya nak terangkan kat sini tapi takut pulak kalau maklumat saya tak berapa tepat. Cuma yang saya boleh sarankan, sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal PRS ni, bolehlah pergi bertanya pada ejen-ejen yang telah dilantik secara sah.
Saya ni jenis orang yang cepat gelabah. Cepat sangat risau pasal benda-benda yang tak jadi lagi. Mungkin untuk certain perkara memang bagus lah. Tapi untuk bahagian yang lain, macam menyusahkan pulak. huhu... Sebab saya ada sikap macam tu, macam-macam yang saya fikir untuk tambah simpanan yang ada. Dengar macam banyak jek saya punya simpanan kan? Padahal, baru la terhegeh-hegeh nak menyimpan untuk hari tua. ^_^
Setelah saya buat kira-kira secara kasar, saya rasa duit KWSP saya memang tak cukup untuk cover hari tua saya. Sekarang ni je harga barang dah mahal. Kang masa saya dah tua, saya hampir pasti kos sara hidup akan meningkat berkali-kali ganda. Jadi saya fikirkan PRS ni bakal membantu kewangan saya waktu saya sudah tak berdaya lagi.
Bukan kita ni kena fikir tentang hari tua je. Waktu-waktu kecemasan pun perlu diambil kira. Yelah kan? Kita kena lah sentiasa bersedia untuk perkara-perkara yang tak dijangka. Sakit, masalah ekonomi, kena buang kerja dan sebagainya adalah perkara yang kita cuba nak elakkan. Tapi benda macam ni kita tak boleh nak jangka. Semua tu adalah ujian dari Allah untuk kita. Cuma kalau kita dah buat persediaan awal, impak dari ujian tu dapat kita kurangkan.
Berapa banyak yang kita nak kena standby untuk kecemasan? Jawapannya adalah, kirakan jumlah perbelanjaan sebulan dan darapkan dengan 6. Itu lah nilai minimum yang perlu kita simpan.
Contoh : Perbelanjaan bulanan = RM1,500
Simpanan minimum = RM1,500 X 6 = RM9,000
Jika simpanan kita kurang dari itu, kita di tahap yang merbahaya. T_T
Bukan mudah sebenarnya nak menyimpan ni. Lagi-lagi banyak barang idaman yang nak dibeli. Baru niat-niat nak simpan duit, tengok-tengok ada SALE! Terbantut lagi hasrat tu. Haishhh...... -.-"
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Satu tips saya dapat dari blog jutawan internet, Irfan Khairi, salah satu cara nak displinkan diri untuk menyimpan adalah dengan cara automasi. Maksudnya, kita bagi arahan pada pihak bank untuk pindahkan 10% dari akaun kita ke akaun yang berasingan secara automatik setiap bulan. Kendian, kita ubah tabiat berbelanja kita berdasarkan 90% baki duit yang tinggal. Dengan cara ini kita tak akan lupa untuk menyimpan. Tapi janganlah pulak kita usik duit simpanan tu kecuali ada kecemasan (harap-harap tak ada).
Apa-apa pun, mudah-mudahan, kita lebih jimat berbelanja. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan menyebabkan masalah kewangan. Berbelanjalah secara berhemah. Dahulukan apa yang perlu. Jangan boros. Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ni.
Selamat berbuka puasa!
^_^
Tuesday, 8 July 2014
Thursday, 3 July 2014
Juadah Buka Puasa
Assalamualaikum semua..
Harini dah masuk hari ke-5 Ramadhan untuk tahun 2014. Alhamdullilah..... Semoga sepanjang Ramadhan ni, dapatlah kita sama-sama mengejar pahala sebanyaknya.
Untuk tahun ini, saya sudah ke Bazaar Ramadhan sebanyak 2 kali. Dan jujur saya katakan, cukuplah 2 kali untuk tahun ini. Tak terasa nak pegi lagi. Kualiti makanannya sangat mengecewakan. Terasa seperti peniaga-peniaga tu tak bersungguh nak masak makanan untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Dan harganya tak jugak murah.
Hari pertama saya ke Bazaar Ramadhan, saya beli air tauhu. RM2 sebungkus. Boleh tahan banyak. Walaupun rasanya kurang, tapi masih ok. Keesokan harinya saya ke Bazaar Ramadhan yang sama dan beli air tauhu dari kedai yang sama. Tetapi berlainan dengan hari sebelumnya, kali ni saya beli dengan harga RM2.50. Dengan rasa yang sama. Kurang sedap. Saya terfikir, macam mana peniaga tu boleh suka-suka hati letak harga macam tu? Harini lain, esok lain. Sangat mengecewakan!
Nasi dan lauk pauk di Bazaar Ramadhan juga begitu. Dengan rasa yang kurang sedap, atau yang ada tu, langsung tak sedap, tapi harga standard macam di jual di restoran. Masha Allah........... Ayam percik yang saya beli sudah berbau. Sedih tau!
Seharian kita berlapar dan dahaga. Balik dari kerja sudah hampir pukul6 petang. Teringin jugak nak berbuka dengan kuih. Tapi bila beli dengan harga RM0.80 sebiji, tapi rasa memang ke laut, tersangatlah kecewa. T_T
Tahun lepas, saya langsung tidak ke Bazaar Ramadhan. Dan saya langsung tidak rasa ralat.
Baru-baru ni, kecoh dengan mulut celupar si Azwan Ali pasal makanan di Bazaar Ramadhan. Saya sendiri akui apa yang dikatakan Azwan tu ada benarnya. Cuma bahasa yang digunakan itu amat keterlaluan dan menyinggung perasaan peniaga yang bersungguh-sungguh dan jujur berniaga.
Para peniaga sekalian.. tolonglahhh.. ikhlaskanlah diri meniaga. Selain dapat untung, anda juga dapat pahala sebab memasak untuk orang yang berpuasa. Masaklah atau sediakanlah makanan sama kualiti dengan yang anda ingin makan. Bukannya ikut konsep asal boleh dan ada rupa.
Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Tapi tahan segala-galanya. Jaga mata, jaga percakapan, jaga perlakuan, jaga segalanya. Jaga aurat waktu ke Bazaar. Atau sekurang-kurangnya pakai pakaian yang sopan. Mudah-mudahan kita istiqomah walaupun lepas Ramadhan nanti. Janganlah dengan sengaja kita menyakiti hati orang lain. Takut-takut nanti tak ada pahala puasa yang kita dapat.
Saya sudah nekad untuk tidak ke Bazaar Ramadhan lagi. Kerana saya tidak mahu menyakitkan hati sendiri. Walaupun saya tahu, tak semua peniaga di Bazaar Ramadhan begitu, tapi saya tidak mahu ambil risiko. Hari ini saya akan buat air jagung kegemaran saya sendiri. Saya sudah beli ibu jagung dan juga susu pekat manis. Air batu juga saya sudah buat. Semuanya bersih dan sudah pasti mengikut selera tekak saya. Juga menjimatkan. ^_^
Untuk pencuci mulut pula, saya akan buat Pudding Mango Cocktail dan saya simpan sejuk. Saya kena rajinkan diri untuk masak lauk berbuka. Untuk kepuasan hati dan terjamin kebersihan dan kesedapannya.
Moga-moga kawan-kawan saya tidak merasai pengalaman seperti saya. Masih ramai peniaga yang baik dan jujur. Mungkin bukan jodoh saya bertemu mereka.

Wednesday, 2 July 2014
Pembantu Yang Hebat
Assalamualaikum..
Salam Ramadhan saya ucapkan pada yang membaca. ^_^
Saya tengok-tengok dalam Facebook, dah makin meriah timeline dengan status juadah berbuka dan bersahur. Macam-macam ada dan nampak sangat menyelerakan. Bolehlah tambah-tambah idea untuk cik puan yang kering idea nak masak kan?
Kebanyakan isteri sekarang ni bekerja. Selalu kejar masa. Balik rumah je, tak sempat nak buat apa-apa, terus masuk ke dapur, siapkan makan untuk keluarga tersayang. End up, si isteri ni penat sangat dan mula bersungut. Suami makin hari makin stress sebab tak paham keadaan isteri yang keletihan. Paling teruk, suami mula cari hiburan di luar. T_T
Bermula dengan masalah kecil yang tidak ditangani, menjadi masalah besar yang sukar diselesaikan. Kita semua tak nak jadi macam tu kan?
Kat sini saya nak share something yang dapat membantu para isteri di dapur.
NOXXA MULTIFUNCTION PREASSURE COOKER.
Haaa.. Rasanya ramai yang dah tahu pasal periuk ni kan? Kalau mana-mana yang baru 1st time dengar, macam ni rupa dia. (thanks Mr Google)
Ada orang panggil periuk ni periuk ajaib kerana periuk ni tersangat lah best bila memilikinya. Mihmih.. ^_^
Saya dah pakai periuk ni lebih kurang 3 tahun. Dah macam-macam benda yang saya masak. Masak menggunakan periuk ajaib ni, tersangatlah jimat masa.
1st time beli, saya terus test masak bubur ayam. SubhanaAllah.......... superb! Cepat dan mudah. Saya masak bubur ni cuma kurang dari 30min. Lepas saya setkan masa, saya masuk bilik mandi dan solat Maghrib. Lepas saya siap, saya ke dapur, bubur pun dah siap dimasak! Yang bestnya periuk ajaib ni, kita tak payah tunggu makanan tu dimasak. Lepas set masa, kita boleh tinggal untuk buat kerja lain.
2nd time saya masak sup tulang. Saya set masa 45min, daging tu dah lembut sangat-sangat. Dan macam yang pertama kali, saya tinggal je daging tu dalam periuk sementara saya buat kerja lain. Bila dengar bunyi beep beep beep, maka saya tahu lah yang masakan saya tu sedia dihidangkan. Heee...... senang hidup.
Masa saya beli periuk ni, ada promotion. Saya dapat Thermo Pot secara percuma yang berharga RM300 lebih. Wow! Memang berbaloi-baloi. ^_^
Selain function PRESSURE, periuk ni ada function lain macam STEAM, STIRFRY, dan jugak SLOW COOKER. Inner pot adalah non-stick dan boleh dibeli secara berasingan. Best kan?
Owhhh...sebelum terlupa, nak cerita sikit ni. Bulan lepas saya masak Soto. Tiba-tiba teringin nak makan. Nak cari yang sedap kat area KL ni kemain lagi susahnya. Jadi saya pun decide untuk masak sendiri. Mak selalu pesan, kalau nak makan nasi impit, masak awal-awal. Sebabnya nak rebus ketupat segera tu ambil masa. Saya teringatkan periuk ajaib saya yang best tu. Saya try lah masak. CUMA 15 MINIT SAHAJA! Haa..sengaja saya highlight kan bagi teruja..hehe. Jimat sangat masa saya. Untuk yang jenis ketupat segera mini tu, cuma 7 hingga 8 minit. ^_^
Ni dah masuk bulan Ramadhan. Tak lama lagi nak raya. Nak kena masak ketupat, rendang.... Dengan periuk yang super duper best ni, segalanya jadi mudah dan cepat.
Pada kawan-kawan, cepat-cepatlah sambar periuk yang canggih ni. Memang dijamin puas hati!