Thursday, 27 November 2014

HOT! Terhangat di pasaran!

Hi,

Korang peminat sambal?
Teringin makan sambal yang enak di mulut dan selesa di perut?

Rasa sekali, pasti nak lagi.
Rasa secubit, sebotol dihabiskan.

Sambal Kriuk Nyiginah.
Resepi turun temurun.

Kelazatannya sedang menular di sekitar Putrajaya, Bangi, Shah Alam dan Subang Jaya!



RM 10.00 sebotol
C.O.D sekitar Subang Jaya dan Shah Alam.
Penghantaran melalui pos, minima 2 botol + wang pos

Jom ramai-ramai support local product.
HOMEMADE!

Call/SMS/Wasep : 012-380 9960

^_^

Segmen : HAPPY FOLLOWERS BY NUNU NONSENSE!

Hi,

Jom kita meriahkan segmen kawan kita ni.
^_^

Boleh kenal-kenal.
Boleh blogwalking.

Pemenang akan diletakkan dalam bloglist beliau.

Klik Banner untuk menyertai segmen yang best ini!



SELAMAT BERSEGMEN!

Sepetang Di Pantai Kelanang

Hi,

Pernah pegi Pantai Kelanang?
^_^

Kat sini view dia, Subhanallahh....
Sangat cantik.

Masa saya jalan-jalan dekat sini, saya terserempak dengan 2~3 pasangan pengantin.
Diorang photoshoot untuk outdoor.



Feeling honeymoon.

Kalau korang rasa-rasa nak tenangkan fikiran, datang lah Morib. Selain Pantai Morib, kat sini ada Pantai Kelanang.
Duduk tepi pantai sambil dengar muzik alam.

Next time saya pegi, saya nak bawak meehoon goreng. :-p

Ni kami pergi sehari sebelum Angah sakit.
Klik sini untuk baca entry lepas.

Jom cuti-cuti!

Wednesday, 26 November 2014

List Kengkawan Yang Join Segmen Mari Berkenalan

Hi,

Wahhhh! Tak sangka lah ramai jugak yang join Segmen saya nih.
^_^

Terima kasih bebanyak pada sesiapa yang sudi menjebakkan diri.

Di bawah ni adalah list para peserta.
Sape-sape yang nama dia takde, sila beritahu pada ruangan komen.

Dan pada sesiapa yang belum join, tapi nak join,

Klik SINI.

  1. http://ana-mizu.blogspot.com/2014/11/nad-ladzim-segmen-mari-berkenalan.html
  2. http://fiqadira.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  3. http://yuhaadie.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan-bersama.html
  4. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan-by-nad-ladzim.html
  5. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  6. http://jombercontest.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  7. http://fatinlovecontest.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  8. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  9. http://jomsihatdanbertenaga.blogspot.com/2014/11/nad-ladzim-segmen-mari-berkenalan.html
  10. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  11. http://izzeyda.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  12. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  13. http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  14. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  15. http://bluekawaii-ira.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  16. http://nazirasdiary.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan_22.html?m=1
  17. http://sitizawiah95.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  18. http://loveyoucontest.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  19. http://www.mialiana.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  20. http://flawlesssakura.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  21. http://mummysupplementshop.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  22. http://madey09.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  23. http://misscacacomot.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  24. http://www.pokcikblogger.com/2014/11/httpnadialadzimblogspotcom201411segmen.htm
  25. http://aimanliyanasamat.blogspot.com/2014/11/nad-ladzim-segmen-mari-berkenalan.html
  26. http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  27. http://amirahamer.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  28. http://whateverapa-apasahaja.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  29. http://mardiahdiana.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  30. http://lovehim30.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan-oleh-nad-ladzim.html
  31. http://www.dayangdeno.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  32. http://jomsihatdanbertenaga.blogspot.com/2014/11/nad-ladzim-segmen-mari-berkenalan.html
  33. http://kylifa.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  34. http://betapunyadunia.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  35. http://cikongkubocel.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  36. http://busyratakiyudin.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  37. http://www.mamaniza.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  38. http://norshamimi.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  39. http://madey09.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  40. http://nadhirahyasmin.blogspot.com/2014/11/segmen-by-nadia-ladzim.html
  41. http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  42. http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan-by-nad-ladz.html
  43. http://ummyizzlife.blogspot.com/2014/11/segmen-jom-berkenalan.html
  44. http://dielacraft.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  45. http://kusarah.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  46. http://www.aimisyahirah.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan-by-nad-lazim.html
  47. http://dielacraft.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  48. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan-by-nad-lazim.html
  49. http://whateverapa-apasahaja.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.htm
  50. http://nur-afiz.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  51. http://www.munirahizzan.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  52. http://cinta5november.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html?m=1
  53. http://rim-yeanna.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  54. http://memorifd.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  55. http://norlizabahrom.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-berkenalan.html
  56. http://secrettales97.blogspot.com/2014/12/segmen-mari-berkenalan.html
  57. http://luahansikhilaf.blogspot.com/2014/12/segmen-mari-berkenalan.html
  58. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/12/segmen-mari-berkenalan.html
  59. http://aqilahsigadisnovel.blogspot.com/2014/12/segmen-mari-berkenalan-by-nad-ladzim.html
  60. http://hukalohmu.blogspot.com/2014/12/segmen.html
  61. http://kalkulatorsaintifiksaya.blogspot.com/2014/12/segmen-mari-berkenalan.html

Giveaway Kerusiburok : Ole-Ole Phuket!

Hi korang,

Jom join GA ni.
Boleh dapat ole-ole dari Phuket.
Saya belum pernah ke sana lagi.
Belum ada rezeki.

^_^

Mana lah tahu, lepas join GA ni, Allah beri saya peluang jenjalan kat sana kannn?

..................................................................................................


hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Menghilang seketika kerana............................

Hi, Assalamualaikum.....

5 hari saya tak online. Apatah lagi dapat jengok blog. T_T Maaf pada yang komen dan yang menyertai segmen Mari Berkenalan. Saya tak sempat nak visit awak orang lagi.

Suami(Angah) masuk sepital. T_T

Sakit : Hypokalemik Periodic Paralysis


Hari Ahad pukul 10 malam, kami bergegas ke Hospital Banting. Hospital paling dekat masa tu. Kebetulan masa sakit, kami ada di rumah makcik Angah di Banting. Angah terus tak dapat nak bergerak sebab otot Angah langsung tak ada energy.

Sampai saja di hospital, doktor terus beri rawatan intensif. Angah diberi keutamaan. Check jantung, check tekanan darah, wire sana sini, semuanya dalam keadaan stabil. Doktor ambil darah dan tunggu keputusan.

GARAM DALAM BADAN SANGAT KURANG.

Itu yang doktor beritahu. Tapi kenapa boleh kurang garam? Angah takde muntah-muntah atau cirit-birit atau demam. Angah di beri air garam dan kemudian dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut.

Saya tunggu di luar emergency room dari pukul 10 malam hingga 7 pagi. Tanpa tidur. T_T
Alhamdullilah.... lepas masuk air garam, Angah bertambah baik. Dia mampu gerakkan kaki. Pukul 7 pagi, Angah di tolak masuk ke dalam wad.



Dalam pukul 11 pagi, doktor datang ke katil untuk beri penerangan tentang masalah Angah. Sebenarnya Angah tak boleh ambil karbohidrat terlalu banyak. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Jika kandungan karbo berlebihan dalam badan, kadar gula meningkat sekaligus kadar gula menurun dan menyebabkan otot lemah dan tak berupaya untuk bangun.

Jadi selepas ni, waktu makan malam adalah sebelum pukul 7 malam. Untuk supper, boleh makan protin (ayam,ikan,daging) dan fiber (sayuran dan buahan) sahaja.

Kena jaga pemakanan sebab orang yang ada sakit ni, senang nak kena kencing manis.

Apa-apa pun syukur Alhamdullilah sebab dah tahu sakit sebenar. Sebelum ni, Angah penah jugak di serang sakit lemah otot ni, Tapi kami semua ingat effect dari dia eksiden dulu. Rupa-rupanya masalah garam.

Sampai sini dulu.

Peace! ^_^

Friday, 21 November 2014

Mangga Asam Boi

Hi,

Semalam ikut si laki pegi kedai buah. Ternampak mangga muda. Terus terbayang mangga asam boi yang tengah hangat di media sosial. Sungguh terliur tiap kali tengok gambar mangga asam boi tu. Si laki tanya, awak ni mengandung ke? Hahaha..... Asal pompuan makan mangga muda je, terus kata mengandung.

Tapi kalau mengandung pun, Alhamdullilah..... rezeki Allah. Ok, berbalik pasal mangga asam boi tadi. Saya pun beli lah sebijik mangga muda. Beli sebijik sebab nak try buat. Kot-kot tak jadi, tak lah rugi sangat. Kang takde sape nak makan. Buang macam tu je. Membazir pulak.

Balik rumah, tak tunggu lagi, terus buat mangga asam boi.



Sedap oiiiii..... Senang pulak tu buat nya.

Mangga muda + gula + garam + asam boi + cili. (gula dan garam agak2 ikut berapa banyak mangga)

Voilaaa!

SEGMEN BLOGWALKING BY DJH

Jom Join Segmen ni....
Boleh blogwalking skali.
Tambah-tambah kenalan.

^_^


Klik banner di atas untuk join!

Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2015

Hi.
Salam Jumaat.
Selamat berhujung minggu.

Jom ceriakan hari ni dengan join Segmen Ina Sazali.

^_^

Klik banner untuk memeriahkan segmen.




Wednesday, 19 November 2014

Kesian "Mah"

Hi,

Semalam banyak betul saya baca entry tentang "Surat Untuk Mah". Suaminya berlaku curang gara-gara Mah yang gemuk dan busuk..

Kesian saya rasakan pada kaum isteri yang diperlakukan begitu oleh si suami. Seolah-olah gemuk dan busuk tu adalah tiket untuk suami 'makan luar'.

Saya mohon pada Allah Yang Esa agar rumahtangga saya terpelihara.



Perempuan yang bergelar isteri dan ibu ni multitasking. Boleh buat macam-macam benda dalam satu masa.

Sedang jadi suri rumah sepenuh masa saja sudah tak cukup tidur, apatah lagi jika yang bekerja?

Balik saja ke rumah, tanpa salin pakaian, terus urus anak-anak mandi. Kemudian bergegas masuk ke dapur untuk masak makan malam. Dapat pula jenis suami yang tak memahami. Tak ada rasa langsung nak membantu isteri mengurus rumahtangga. Pada hemah dia, urusan rumah adalah tanggungjawab isteri. Sedangkan isteri juga bekerja membantu suami mencari rezeki dan membaiki ekonomi keluarga. T_T

Si suami, pulang dari tempat kerja, terus membongkang di depan TV. Minta isteri buatkan air dan sediakan air mandian. Sedangkan isteri yang juga baru pulang bekerja kelam kelibut menguruskan itu dan ini.

Wahai suami, kesian lah sikit pada isteri anda tu~

Saya sudah berkahwin. Suami saya juga kadang-kadang perangainya begitu bila pulang dari tempat kerja. Tapi di waktu pagi, dia rajin bantu saya. Oleh kerana saya masak pagi untuk makan tengahari, suami saya ambil tugasan mengemas tempat tidur dan sidaikan pakaian yang saya basuh waktu malam.

Alhamdullilah.. Moga suami saya terus membantu saya mengurus rumahtangga sampai ke akhir waktu.

Para suami, jika anda lihat isteri anda selebet, masam dan busuk, apa kata anda ambil tugasan mengurus anak sebentar? Beri peluang isteri anda berdandan dan berwangian untuk anda. Lebih elok macam tu dari 'makan luar' yang sah-sah statusnya TIDAK HALAL.

Apa-apa pun, kita berserah pada Allah. Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita. Segala ujian yang Allah berikan adalah untuk menguji tahap keimanan kita.

JIKA andai kata saya berada dalam situasi seperti Mah, saya mohon agar saya diberi kekuatan dan ketabahan. Allah sentiasa ada dengan kita. Mohon agar rumahtangga kita harmoni sentiasa.

:-)

Monday, 17 November 2014

1st GiveAway by Anamizu

Hi!

Selamat Isnin.
Macam biasa, Monday Bluessss...
Tapi mari ceriakan hari anda dengan Giveaway ni!

^_^





Friday, 14 November 2014

Bad Mood

Hi..

Assalamualaikum.....

Saat aku menaip entry yang tidak ada manfaat ini, hujan sedang turun dengan selebat-lebatnya.
Entry ini hanya sekadar entry yang berupa bebelan dan repek kan yang tak perlu di ambil pusing kisahnya oleh sesiapa.

Sebelum aku merepek lebih jauh lagi, aku nak cerita sikit tentang hari ini.

Dalam sejarah hidup aku, aku makan 5 BIJI KARIPAP untuk sarapan. Diiringi sebungkus biskut Tiger Choc Banana. Dan aku masih rasa lapar. T_T

Tengahari tadi, aku dan Angah keluar lambat sikit sebab tolong boss no.2 packing barang yang nak di courier. Keluar lambat 30min. Masa tengah siap-siap nak gerak tu, boss tiba-tiba tanya,

"Korang tak nak pegi makan ke?. After lunch Ariff kena pergi side."

Aku jawab dalam hati. "Kau ni dah kenapa boss? Kau tak nampak atau buat-buat buta?"

Baran aku naik dengan tak semena-mena. Dengan perut lapar ditambah dengan soalan yang tak berakal cenggitu buat aku rasa nak marah.

On the way balik rumah, kami singgah di mamak. Beli kari kambing sikit untuk tambah lauk yang ada. Aku cakap dengan mamak tu, bungkuskan kari ni dengan harga RM4. Dapat berapa banyak korang tahu? Tak sampai sesenduk pun! T_T

Aku punya naik radang, aku tanya mamak tu dengan nada suara yang kuat dan aku rasa agak menengking jugak lah.

"Macam ni RM4?!!.." - Mamak tu hanya terpinga-pinga.

Aku mintak papadom sekali. Tengok aku dah marah cenggitu, mamak tu kira papadom aku cuma 50sen jek. Lepas ni, memang aku tak kan pegi lagi mamak kedaung nak cepat kaya tu. Tak berhagak kau punya mahal ekh? Menyirap betul.

Angah hanya diam. Bila sampai je rumah, Angah terus bagi kucing-kucing aku makan. Dia tahu aku tengah takde mood.

Tapi yang buat aku terfikir sekarang ni, KENAPA AKU TAKDE MOOD?

T_________________T




Thursday, 13 November 2014

BEST TAK KAWEN?

Hi,

Baru tak baru sangat la kawen kan? Dah masuk 3 minggu pun. Sekali pun tak penah masak lagi.. hewww....

Bukan pemalas hokeh? Cuma belum berkesempatan. Husband and wife sibuk memanjang. Tambah pulak sang suami sibuk ber overtime. Sebagai isteri yang bajet comel, sang suami mengharapkan dapat lah mengadap muka isteri dia ni setiap masa. Phewww....... Jadinya, terpaksa lah aku tunggu dia buat OT. Aku duduk di meja dia main henpon. ^_^

Ok ok..... tahu dah. Orang kata baru kawen semuanya indah-indah belaka. Tak dapat tengok muka laki/bini sejam pun dah tak keruan. Haha...



Ni ami aye. Nama dia Ariff Ussman bin Mohd Sharif. Nama komersial Angah Sharif. Aku kenal dia waktu di sekolah dulu. Kami sekolah Teknik Batu Pahat. Dia ni top student dulu. Hot stuff bak kata budak-budak sekarang.

Dia ni nakal. Tapi entah kenapa, hati ni tetap suka. Tapi kami tak bercinta masa sekolah dulu. Cuma minat-minat je dari jauh. Rasa tak layak lah nak bergandingan dengan dia. ANGAH SHARIF kottt... Jadi kegilaan ramai anak gadis waktu tu. Aku pulak hanya lah gadis biasa yang tak menarik. T_T

Lepas masuk U baru lah kami start rapat. Tapi kami tak penah declare "start sekian haribulan, i boifren u, u gelfren i". Tak penah. Kami rapat dan masing-masing paham sendiri.

Sekarang ni dah jadi suami isteri yang sah.

Alhamdullilah............ ^_^

Dah 3 minggu bergelar isteri, ramai yang tanya, BEST TAK KAWEN?

Aku sekadar senyum je lah. Kalau nak cerita best ke tak, dari segi berkasih-sayang dan bergurau senda, tentu lah best. Masih baru lagi kan? Inai kat kuku ni pun masih ada lagi.

Tapi dari segi lain, aku rasa super duper BEST!.. Sebab, tiap kali aku buat apa-apa, even pandang dan senyum pada suami pun, aku dah dapat PAHALA. Tu lah yang paling nikmat sekali. Best sebab semua benda pun aku dapat ganjaran baik. Sayangnya Allah pada hamba-Nya. Aku sangat bersyukur.




Wednesday, 12 November 2014

PILIH LAH!

Hujan lagi.
Lebat. Dan di luar sana juga gelap.

Begitu juga hati ini.

Bertabahlah wahai sang hati.

Setiap penyakit yang Allah turunkan pasti bersama dengan penawarnya.

Allah Maha Melihat.
Allah sentiasa melihat.
Allah lihat dan nilai.

Buat baik sebesar zarah pun Allah akan balas.
Buat jahat sebesar zarah pun Allah akan balas juga.

Semua yang ada dalam dunia dan seisinya adalah milik Allah semata-mata.

Cuma SATU yang Allah beri pada kita.
HAK kita sepenuhnya iaitu :

PILIHAN.

Maka, pilihlah.
Istiharah.
Minta Allah bantu.
Supaya pilihan kita

TEPAT.



Tuesday, 4 November 2014

Kembali........ ^_^

Halo haloooo.... ^_^

After two weeks holiday.
Malas betul nak mula kerja.
Tapi kena cari duit kan?
Redha je lahhh..

Dah seminggu lebih jadi isteri orang.
Jujur.
Belum pernah masak untuk suami.
Huhu...

Actually belum ada mood untuk buat apa-apa.
Nak share gambar kawen pun, photographer belum siap edit.
So, saya belanja gambar yang mana ada je lah ekh?


I love my INAI so much!
Dup dap dup dap!
Sendiri ambil gambar tapi terlupa nak senyum.
Ni je yang ada dulu. Sikit je kan?
Hahaha..

Jumpa next entry ya?