Nuffnang Ads

Wednesday, 24 December 2014

Subuh Tadi Waktu di Highway Utara-Selatan

Hi,

Dah 5 hari aku tak bukak blog aku ni. Bukan setakat blog je yang aku tak bukak, tapi semua yang memerlukan internet aku tak dapat nak bukak sebab kuota internet aku habis. Huhu..... T_T

Lagi pun aku super duper sibuk dengan majlis aku yang belah laki. Adik beradik mak suami aku semua datang dari Sabah. Jadi aku kena lah layan diorang dengan layanan yang paling istimewa. Walaupun masing-masing sibuk dengan gadget di tangan, tapi aku terpaksa lah ketepikan semuanya. Tak elok pulak aku rasa kalau aku sibuk dengan henpon masa tetamu tengah ada kat rumah.

Dan kebetulan memang internet aku dah tak ada, jadinya memang aku langsung tak pegang fon lah.

Harini, masuk je opis, aku tengok kerja atas meja dah berlambak memanggil aku. Fuhh.. Suami aku pulak, masuk je opis terus bos mintak dia pegi site. Dah postpone 1 hari pun job dekat site tu sebab kitorang emergency tambah cuti.

Kami dari Batu Pahat pukul 4.30 pagi tadi. Naik motor jek. Balik saing dengan adik ipar aku. Jalan 2 motor lah kiranya. Sebab aku memang nak kejar masa, aku bagitau suami tak payah berhenti dekat Pagoh (port wajib berenti). Kami jalan terus ke Ayer Keroh dan isi minyak di hentian Jejantas. Waktu tu dah pukul 6.15 pagi. Kami rehat 15 minit. Minum dan rehatkan enjin motor. Pukul 6.30 pagi, kami gerak semula.

Dalam 10 minit perjalanan, dah lepas Simpang Ampat nak masuk ke Pedas Linggi, ada eksiden! Kejadian yang baru berlaku. Aku nampak treler tekan break dan berhenti di tengah jalan. Bila kami sampai ke depan, nampak motor tergolek dengan penunggangnya. BUKAN treler tu yang langgar tau. Treler tu berhenti betul-betul belakang motor tu sebab nak elak dari motor tu kena langgar dengan kenderaan lain. Waktu tu gelap lagi. Kalau tak buat macam tu, tentu kena sebat dengan kereta lain sebab tak perasan.

Jalan depan sikit (agak jauh), kami ternampak kereta berhenti tepi mengalami kerosakan agak teruk. Suami aku terus cakap, mungkin kereta ni yang langgar dan dia cuba untuk lari tapi kereta dah rosak dan tak boleh jalan jauh. Terus kami berhenti tepi dan pergi pada kereta tu. Seorang akak yang keluar. Muka pucat dan takut. Dia call saudara atau kawan, kami tak pasti.

Suami aku terus je tanya kenapa dengan kereta dia? Ada eksiden dekat sana (sambil jari suami tunjuk di tempat kejadian). Dia kata dia juga terlibat dengan kemalangan itu. Lori kecik langgar motor, dan dia tak sempat nak elak, dia langgar motor tu. Tapi masa dia langgar, penunggang tu dah tergolek atas jalan raya. Dia cuma langgar motor bukan langgar orang. Dan lori kecik yang langgar motor tu dah lari. (akak tu kata)

Sedang kami interview akak tu, berhenti 1 kereta ni di belakang kami. Dia (brader) turun saja dari kete, dia suruh kami call PLUS. Kemudian dia kata biar dia yang call PLUS. Kami ya kan saja. Lebih 30 minit lepas tu, pihak PLUS tak jugak sampai. Suami aku pulak call PLUS. Rupa-rupanya, memang tak ada siapa yang buat laporan pada PLUS. Adoii.....

Brader yang konon kecoh tu, dah blah lepas dia call sape tah. Tinggal lah akak yang menggeletar ketakutan bersama kami. Jadi, kami decide temankan akak tu hingga PLUS datang. Kami yang kejar masa nak naik keje ni dah jadi lambat pulak. Dah hampir pukul 7.30 pagi. Dan perjalanan kami masih lagi jauh. Tapi kami tawakal saja pada Allah. Hanya pertolongan kecil itu saja mampu kami beri.

Bila pihak PLUS sampai di tempat kejadian, kami serahkan akak tu pada pihak PLUS untuk tindakan susulan. Siapa yang salah, tak dapat kami nak bongkar. Tapi kami sangat kesian pada mangsa. Lalu di lorong tepi. Tapi kerana kecuaian orang lain, dia jadi mangsa.

Dan menurut laporan PLUS. Mangsa MAUT. Allah.................. T_T

Semoga roh mangsa di cucuri rahmat. Al-Fatihah.

Wednesday, 17 December 2014

Tak Sabar Ni........................

Hi,

Hati ni dah tak sabar nak sampai Batu Pahat. Tiba-tiba je semangat berkobar-kobar nak naik pelamin kali ke-2. Kikiki..

Sebelum ni rasa tak ada semangat langsung. Kalau boleh rasanya tak nak pun bersanding lagi. Tapi baru jap ni call mak mertua. Terdengar kemeriahan kat sana, terus rasa macam nak balik sekarang jugak!

Terus jumpa bos bagitau nak halfday. Haha... nasib baik bos sporting. Dia kata OKEH!

Tak sabar nak jumpa makcik2 Angah yang sporting dan best-best tu.. Diorang tu asek senyum jek. Aku bila teringat kat diorang pun ikut tersenyum sama. ^_^

Semoga semuanya di mudahkan.

Aminnnn...

Dan Pemenangnya Adalah........................................

Hi,

Kita dah cabut undi.

Pemenangnya adalah........


No. 5

No. 41

Pada yang bertuah, sila emailkan pada saya

Nama
Alamat (nak hantar barang)
No tepon

di nadialadzim@gmail.com

^_^

Tapi macam yang saya gitau sebelum ni, barang dapat lambat sikit.
Lepas abis kenduri nanti saya pos kan.
Harap maklum.

Peace!

Tuesday, 16 December 2014

Malam-malam Lapar Pulak!

Hi,

Selamat berhari Selasa.. Kekeke... Rasa letih je harini. Belakang badan ni pun sakit-sakit. Mungkin sebab malam tadi tak dapat tidur dengan lena. T_T

Semalam petang lepas balik dari kerja, terus je ke dapur memasak. Masak yang simple-simple je. Sebab perut dah lapar sangat. Sebelum Maghrib aku dan suami dah pun menikmati makan malam. 2 pinggan nasi aku makan. Lapar + selera. Perut dah kenyang, aku pun solat dan kemas-kemas sikit dapur. Laki aku, lepas isyak je terus tidur. Aku masih lagi layan TV. Mata belum mengantuk. 

Pukul 9 malam, perut aku ni tiba-tiba rasa lapar yang amat sangat. Macam tak makan dari pagi! Terus masuk angin dan rasa nak pitam. Aku bukak peti ais, ambil 2 biji pisang montel. Tapi masih lagi rasa lapar. -.-"

Aku masuk dapur. Tengok-tengok apa yang aku boleh makan. Tak ada. Huhu.... T_T
Cepat-cepat aku masuk tidur. Tak nak layan sangat perut ni. Tapi tak boleh! Lapar hingga rasa nak muntah. Aku tahan jeee... sampai lah aku tertidur sendiri. 

Entah berapa kali aku terjaga kerana lapar. Dan menggigil kesejukan walaupun berselimut tebal.
Bila bangun tidur, badan terasa sakit-sakit. 

Jadi harini, aku akan pastikan dalam peti ais aku tu ada something yang aku boleh makan. pengalaman malam tadi mengajar aku erti kelaparan tahap dewa. Kikiki....

Monday, 15 December 2014

Cabut Undi!

Hi,

Dah lama aku tak tulis apa-apa dalam ni. Bukan aku ni sibuk sangat. Tapi aku tak ada cerita menarik yang nak dikongsi. Semuanya biasa-biasa aje.

Harini 15 Disember. Hari terakhir untuk join segmen aku. Segmen Mari Berkenalan.

Esok aku akan mula cabut undi. SECARA MANUAL.

List yang menyertai boleh check dekat SINI.

Tapi............................................

Hadiahnya aku rasa macam lewat sikit aku pos kan. Sebab minggu ni kenduri kawen aku belah laki.
Harap 2 orang yang bertuah tu memahami. ;-)

Peace!

Segmen Mari Berkenalan.

Hi,

Jom berkenalan. Kekeke....

Boleh gitu?

1st time saya nak buat segmen. Dan ada hadiah menanti untuk segmen saya ni.

Pemenang untuk segmen ni - 2 orang

Hadiahnya adalah sehelai plain shawl yang bernilai RM20 setiap satu. ^_^
Dan anda akan di letakkan dalam bloglist saya.

Pemenang akan dipilih secara random.

Syaratnya senang sahaja.

1) Sila follow blog saya. Saya akan cuba beri manfaat pada orang lain. Saya CUBA.
2) Tinggalkan link di bahagian komen supaya saya boleh blogwalking dan follow anda.
3) Dan akhir sekali, buat entry berkenaan segmen ini, link kan gambar di bawah ke entry ini. ^_^




Mudah je kan?

Tarikh tutup : 15 Disember 2014.

Selamat bersegmen.

Peace!

Wednesday, 10 December 2014

......................... -.-"

Dua tiga harini tak ada entry yang saya mampu buat.
Sekadar berjalan-jalan sebentar di blog kawan-kawan yang lain.
Baca cerita menarik mereka.

Bila jari jemari ni mula menari-nari di papan kekunci, otak ni pulak buat hal.
Tak dapat nak fikir apa yang nak di taip.
Akhirnya entry separuh jalan tu di delete.

T_T

Mood memang tak menentu.
Badan ni terasa malas.
Nak buat apa-apa pun malas.

Kadang-kadang terasa sangat yang diri ni mengada sangat.
Baru berapa hari mengandung, dah tak larat nak buat kerja.
Saya bukan tak larat.
Saya memang terasa sangat malas.
Rasa nak baring je.

Bila dah ada mood nak masak, air pulak tak ada.
Semangat nak masak asam pedas ayam.
Bila buka pili, air tak keluar.
T_T

Pasghah je lah.
Takde pulak notis tentang bekalan air terputus.

Esok cuti birthday Sultan Selangor.
Nak bermalas-malasan dan masak asam pedas yang tergendala semalam.


Monday, 8 December 2014

Berita Gembira!

Hi,

Kita ada berita gembira yang nak di kongsi.
Kita dah nak jadi mak.

Hihi...
Syukur Alhamdullilah.
^_^

Doakan segalanya baik ya?

Gambar hiasan

Friday, 5 December 2014

Jemput Makan :Terung Sambal

Hi,

Harini kita cerita pasal masak ekh?
^_^

Ingat tak apa kelebihan jadi isteri?
Kalau tak ingat atau belum baca lagi, klik SINI.

"Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah"

Nak kaut pahala banyak-banyak tak?
Nak cari redha Suami tak?
Nak cari redha Allah tak?

:-)

Bestnya jadi perempuan.

Beso gigi bila tersengih.
Rajin-rajin ke dapur walaupun penat. Sebab nak suami makan masakan kita.
Rasa puas bila tengok suami makan bertambah nasi.
Suami jadi gemuk pun tak kisah. Asal jangan sampai berpenyakit, sudah.
Perut suami makin ke depan, tapi di mata isteri tetap hensem.

Ok. Panjang berjela mukadimah.

Sambal Terung Simple Tapi Sedap!



Bahan-bahan :
Terung
Cili kering
Udang kering
Garam
Gula
Minyak (untuk goreng dan tumis)

Cara-caranya:
Goreng terung. Ketepikan.
Kisar cili kering yang telah direbus bersama dengan udang kering.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing.
Oleh kerana udang kering sudah sedia masin, jangan tambahkan garam.
Rasakan dahulu.
Letak gula.
Seimbangkan rasa, SIAP!

^_^


Wednesday, 3 December 2014

Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous

Salam Sejahtera,


Jom sertai GA RM150 Zalora Voucher terbaik ni dari SueAKGoGeous. Buat enam langkah-langkah berikut:

  1. Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'.
  2. Publishkan entri tersebut dan masukkan URL ke ruangan komen di bawah.
  3. Follow blog SueAK.
  4. Follow Google Suriana abdul kadir.
  5. Klik sini sini sini sini sini dan sini tunggu sehingga hadis loading.
  6. Masukkan blog SueAKGoGeous ke dlm bloglist anda.

Satu pemenang utama akan mendapat Online Voucher Coupon Code dari Zalora bernilai RM150.


Manakala dua pemenang saguhati akan mendapat Marybrown Lunch Box.
Tarikh GA ini ialah dari 21/11/2014 sehingga 12/12/2014.
Tiga pemenang bertuah akan diundi dengan random.org dan akan dimumkan pada 13/12/2014.

Tuesday, 2 December 2014

Sebak Dada Ni.....


Cerita ni dah lama.
Berlaku hari Ahad lepas.
Tiba-tiba teringat.
Aku rasa aku nak share.
Ini pengalaman aku.
Mungkin orang lain pun penah rasa macam aku rasa.

Sekarang ni aku tinggal dengan suami dan adik ipar aku.
Semua bekerja.
Tapi waktu kerja kami tak sama.
Kami keluar pagi balik petang.
Dia keluar tengahari balik malam.

Sementara dia cari rumah, dia tumpang rumah kami.

Haihhh....macam mana aku nak cerita ya?

Waktu tu lunch hour.
Aku masak.
Adik ipar aku makan dulu sebab dia nak pegi kerja.

Bendanya simple.
Tak patut jadi isu.
Tapi entah macam mana aku rasa sakit hati sebab bukan suami aku yang makan dulu.

Aku nangis.
Aku sedih.

Tapi bukan sebab makanan tu.
Sebab aku rasa kenapa aku rasa sakit hati?

Kalau itu adik kandung aku, darah daging aku, tentu aku tak kisah.
Aku rasa sebak.

Aku rasa kenapa susah aku nak anggap keluarga orang sama macam keluarga aku?

Suami aku terus peluk aku.
Dia kata nanti lama-lama aku akan biasa.

:"(

Segmen : Zaman Persekolahan

Hi,

Aku menerima jemputan dari Balqis untuk menyertai Segmen Alam Persekolahan yang beliau anjurkan.
Dan ianya sangat mengujakan!

Sejujurnya aku tak kisah sangat pasal hadiah tu, tapi aku rasa sangat berminat untuk berkongsi cerita tentang alam persekolahan yang aku lalui.
Tapi kalau karangan aku ni menarik perhatian para juri, aku 1000 kali sudi terima hadiah.
Kehkehkeh.

Lihat gambar di bawah...


Agak-agak korang, aku yang mana 1?

Aku pilih :


Ya. Nombor 16. Yang paling dekat dengan karakter aku.
Pendiam. Buat hal sendiri. Gadis biasa.

Sekolah terakhir aku adalah Sekolah Teknik Batu Pahat.
Setahun aku duduk di asrama sebab family aku tinggal di Johor Bahru.
Tahun ke-2, mereka telah berpindah ke Batu Pahat, jadi aku ambil keputusan untuk tinggal bersama keluarga.

Sebelum aku masuk sekolah teknik, aku bersekolah di Sekolah Sultanah Engku Tun Aminah.
Sekolah perempuan. 
Etika pakaian di sekolah perempuan sangat sopan. 
Wajib berkain dalam, wajib bersinglet, wajib melabuhkan tudung hingga melepasi bahu, juga wajib melabuhkan baju melepasi lutut.

Masuk saja di sekolah teknik, segalanya berubah.
Etika pakaiannya amat berlainan.
Mereka tak kisah tentang labuh atau senteng.
Yang penting tidak berenda-renda.

Sewaktu sekolah lama, menjadi trend untuk pakai tudung sekolah berenda. Asalkan cukup labuh.
Dan tudung itu mahal, Kerana bersulam.
Aku guna duit raya untuk beli tudung tu, Aku ingat lagi.
Untuk budak berumur 15tahun, RM50 itu besar.
Lebih-lebih lagi tahun 2002. Susah nak dapat duit banyak tu.
Mak ayah pun bukannya orang senang.

Minggu orientasi sekolah teknik adalah minggu yang amat menjengkelkan.
Mentally tortured.
Aku di panggil senior kerana tudung.
Pada awalnya, aku diamkan saja. Tapi bila aku kerap dipanggil dan dimarah, akhirnya aku akur.
Dengan pasrah, aku potong renda tudung sekolah kesayangan aku.
T_T 

Ok. Aku dah melalut. Tak ada kaitan dengan gambar yang aku pilih. Cuma sekadar berkongsi pengalaman yang berbekas di hati aku ni.

Aku ni seorang budak perempuan yang sangat biasa di sekolah.
Aku tak ramai kawan.
Aku susah nak campur dengan orang lain.
Jadi besfren bagai.
Aku tak pandai.
Aku boleh kawan dengan semua orang tapi bukan kawan rapat.

Waktu tingkatan 5, tempat duduk aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang hot dan dikenali di sekolah. 
Mereka semua ada buah hati. Dan pada waktu rehat, buah hati mereka akan datang menebeng di kelas kami. 
Dalam ramai-ramai, aku sorang je yang tak boleh nak masuk dengan diorang.
Aku tak pandai nak hu-ha hu-ha.
Oleh sebab itu, mereka kata aku sombong.

TAK!
Aku tak sombong.
Cuma aku tak reti nak bercampur gaul lelaki perempuan.
Dan aku jugak tak cantik macam diorang semua.
Aku sangat rendah diri.
Sebelum aku jadi bahan melawak diorang, baik aku tak payah jebakkan diri langsung.
Aku buat hal sendiri.
Aku ada kawan dari kelas lain yang pergi tuisyen sama dengan aku.
Amalina namanya.
Kami bersaing antara kami, siapa yang dapat buat buku latihan paling banyak.
Buku latihan selalunya kami beli bersama-sama di kedai buku.

Dari aku bosan waktu rehat, lebih baik aku study.
Habiskan buat buku latihan.
Lebih baik.

Mesti korang tertanya-tanya, waktu rehat kenapa kami tak turun makan?
Kadang-kadang, turun jugak.
Tapi aku jenis yang tak suka berebut-rebut beli makanan.
Lagipun sebelum kesekolah aku sudah bersarapan, jadi waktu rehat aku tak lapar.
Cuma aku akan pastikan bekal air aku sentiasa berisi air.

Tengok gambar bawah ni.
Aku cilok dari FB.


Aku minat giler-giler kat dia masa sekolah dulu.
Tapi sebab aku rasa aku tak cantik, aku rendah diri, aku minat dari jauh je lah.
Tapi tak sangka.
Sekarang dia dah jadi suami aku.


Ok lah. Ni je yang aku dapat share.
Otak aku ni jam pulak tiba-tiba.
Kalau ikut hati, nak je aku cerita semua.
Tapi nanti 5 hari 5 malam pun korang tak dapat habiskan baca.
Hihi....

Kawan-kawan blogger yang lain, kalau nak join, klik banner kat bawah ni.
66 pemenag dicari untuk segmen ni.
Best wooo....



^_^

Astro atau Unifi? Boleh bagi pendapat tak?

Hi,

Sejak berkawen dan tinggal sendiri, banyak perkara yang dah tak sama lagi macam dulu.
Rumah ada TV yang cukup besar.
Plasma pulak lagi.
Beli sebelum kawen.
Dulu hidup bujang, share dengan kawan-kawan.
Aku beli TV, dia daftar Astro.
Since aku dah kawen, kawan aku jugak lagi 10 hari nak kawen, jadi kami dah pun duduk asing-asing.
Sekarang ni, TV besar dah tak ada gunanya lagi.
Tak ada siaran.
T_T

Gambar yang tiada kaitan dengan entry :-p


Kami suami isteri berasa sangat bosan.
Ada TV tapi tak ada channel.
Tertonggok je lah TV tu di ruangtamu sebagai perhiasan yang menyakitkan hati.
Niat hati memang nak daftar.
Tapi kewangan sangat meruncing.
Baru lepas kawen kan?
Takut bajet lari, kena lah jimat cermat.
Walaupun daftar cuma RM100.

Dalam masa sebulan ni, jenuh kami fikir.
Nak pasang Astro tak?
Lagi-lagi sekarang Astro dah naik harga.
Kami cuba cut perbelanjaan bulanan yang tak perlu.
Nak simpan duit beli perabot rumah.
Kikiki..

Pikir punya pikir, ada 2 pilihan.
Astro atau Unifi?
Kalau Unifi, dapat HyppTV, dapat internet berkelajuan tinggi.
Tapi best ke HyppTV punya channel?

Ada sape-sape boleh bagi pendapat?

Monday, 1 December 2014

Yay! CPUV PERTAMA. ^_^

Syukur.......^_^

Dapat CPUV pertama.
Saya jakun.



Mohon klik sepam dua ya?

Hihihi..

Peace!

Senangnya Buat Pahala!

Assalamualaikum,

Dah jadi isteri ni, dah tak sama macam masih bujang.
Dah ada suami yang wajib ditaati.
Ini cerita malam tadi.
Dalam bilik.
Atas katil.

Suami sedang baring. Nampak resah. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan.
Isteri yang sedang membaca hanya menjeling dari ekor mata.
Seketika kemudian suami mengeluh.

Suami: Haihhh.. lenguhnya kaki ni. Boleh tolong urutkan tak?
Isteri: Saya dah mengantuk. Tapi nak habiskan baca sikit aje lagi ni.
(Isteri malas)
Suami: (Diam dan mata terpejam)
Isteri: (Sambung membaca)

2~3 minit kemudian..........

Suami: Lagi besar tau ganjaran kalau urut kaki suami (sambil kenyit mata dan tersenyum)
Isteri: (Terus letak buku dan urut kaki suami)

Kihkihkihkih.......
Pandai nya ami aye pujuk mintak urut kaki.
Dia guna ayat keramat.
Sape tak nak ganjaran pahala kan?

Senang je nak buat pahala.




Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

"Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun"

"Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah"

"Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin"

"Apabila isteri hamil, ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad"

"Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)"

"Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suami"

"Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya is dimasukkan ke dalam syurga"

"Seorang wanita apabila ia mengerjakan solat yang difardhukan ke atasnya, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah dia masuk ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang disukai"

Firman Allah :
"Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."
(Surah an-Nisaa' ayat 34)

Untungnya jadi seorang wanita.

^_^

Semoga kita beroleh redha Allah dan redha suami.
Juga redha mak ayah.



Alhamdullilah!

Assalamualaikum semua..

Harini Isnin. Dari malam tadi rasa macam tak semangat. Biasa lah kan, setelah berehat-rehat selama 2 hari di rumah, terasa malas start keje balik. Mula lah terfikir nak berenti keje. Huhu..

Malam tadi, call adik. Mengadu pada dia tentang berenti keje, adik terus je gelak.

"Kau betul ke nak berenti kak? Kau bukan nya betul sangat. Nanti dah berenti, kata boring duduk rumah. Ni dah keje elok-elok, kata malas pulak."

Hahahaha..... Sesungguhnya adik memang dah paham sangat perangai kakak dia ni.

Oleh kerana tak nak ada rasa negatif dalam diri, otak ni mula berfikir cara-cara nak menaikkan mood. 

Pagi Isnin bermula seperti biasa. Sampai saja di opis, terus bancuh White Coffee Old Town. Stok white coffee ni tak pernah habis. Bila dah tinggal sikit je, beli lagi. Sedap sangat coffee ni. Lain dari brand-brand lain. Tak yah dah susah-susah pegi Old Town. Boleh nikmatinya di mana saja. ^_^

Dan pagi isnin ni jugak di kejutkan dengan kenaikan gaji! Yihuuuuu!

Alhamdullilah. Syukur sangat. Rezeki datang dari Allah.


Jom minum dulu.
^_^