Haa..lagi berapa hari je nak cuti raya cina. Kaum lain yang nak raya, aku pulak yang sibok kan? Hihi..
Maklumlah....ambik peluang balik kampung lama sikit. Selalu balik kampung cuma hujung minggu je. Kali ni dapat lepak rumah mak lama sikit. Seminggu. Huuuu...bestnya..
Tapi yang lagi best, balik kampung kali ni, kami laki bini naik bus. Sebab takut jalan jam sempena hari perayaan ni. Dari penat memandu, kami ambil keputusan untuk ambil kenderaan awam.. lebih rehat dan tak penat.
Tiket awal2 kami dah beli. Tu pun banyak yang dah sold out. Hurmm... orang lain beli tiket lebih awal dari kami.