Thursday, 15 October 2015

Hidup aku sekarang ni..............

Assalamualaikum, hi semua...

Lama giler tak update apa-apa kat dalam ni. Banyak kali sebenarnya menaip. Tapi bila halfway, delete semuanya. Writer's block (acah2 penulis profesional). Hahaha. Rasa macam sampah je apa yang aku tulis. Walaupun entry ni takde lah berguna pun. Hewhew...hanya sekadar coretan hati.

Semalam Maal Hijrah. Bermakna kalau ikut tahun Islam, usia perkahwinan aku dah mencecah ke angka 1. Tak sangka. Cepat je masa berlalu. Hidup ni terlalu sibuk. Dari sehari ke sehari dah tak rasa apa.

Aku anak dah sorang. Laju kan? hahaha...Kawen terus buat anak. Yelah..memang tu lah tujuan perkahwinan. Nak tambah khalifah Allah. Lagi pun aku ni dah nak masuk 30. Lagi berapa bulan je. Bila lagi aku nak ada anak kalau dok tunggu nanti-nanti. Nak puas honeymoon dulu? Tak payah kot.. Allah dah bagi rezeki, sape lah aku ni nak tolak. Rezeki anak pulak tu.. Bukan semua orang ada peluang. Alhamdullilah..

Dah 2 bulan setengah aku jadi mak. Seronok. Penat? Memang penat. Tapi aku tak terasa penat sangat. Biasa-biasa je. Mungkin sebab rasa hepi tu melebihi segala rasa yang lain. Lagi pun sekarang ni aku dah jarang masak. Laki aku amek tugas masak memandangkan aku sibuk urus anak. Anak baru 1, kalut dia lain macam. hehehe..

Tambah pulak dah start keje. Lepas tu ada buat part time job. Jual sandwich je.... Nampak macam mudah. Tapi kalau jenis tak pandai urus masa macam aku ni, kelam kabut jugak jadinya. Lagi-lagi time anak meragam. Jadi lambat semua kerja. Masa tu lah kuasa luar biasa akan keluar. Tapi tu semua tak jadi masalah. Masih mampu senyum lagi.

Bangun malam? Biasa lah.. ada anak kecik kan. Anak kecik ni perut dia kecik je. Selalu lah lapor. Kita ni mak nya kena lah bagi dia kenyang. Setakat bangun pagi pukul 5 tu dah biasa dah sekarang ni. Tada hal. Dah takde zaman engko nak bangun sampai meninggi hari. Dulu zaman jahil, lepas azan Zuhur baru keluar bilik. La ni? Sebelum azan Subuh engko dah masuk dapur tau. Haaaa....tu lah beza dulu dengan sekarang. Laeennnn......

Me-time? Jangan lah mengharap sangat nak ber me-time. Kalau laki aku takde kat umah, mandi pun kena laju-laju. Takut anak nangis aku tak dengar. Since anak aku ada hernia, aku tak boleh biar dia nangis lama. Kang usus dia termasuk dalam kantung telur dia sampai teruk-teruk, kang lain cerita pulak. Haritu dah jadi sekali. Berkejar kitorang pegi emergency kat Serdang. Apapun, Alhamdullilah...date operation dah dapat. Tunggu hari nya sampai je.

Jadual hidup makin padat. Baru anak sorang. Nanti anak dah 2 3 orang, entah macam mana lah hidup aku. Aku ni pesen nya malas. Tengok anak tido, aku pun nak ikut tido. Patutnya masa anak tido aku kena lah buat kerja..jadi nanti masa anak dah bangun, aku boleh layan anak. Tapi tu lah...tengok anak tido, otomatik mata aku jadi ngantuk. hehehe...

Ehh..dah lah.. ni je kot yang aku mampu aku taip. Kot-kot lah nanti tetiba idea datang terus aku mampu buat novel. kehkeh........

Jumpa lagi next entry (tah bila next nya tu)!! XD