Tuesday, 26 April 2016

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum semua!

*Tengok kalender*

*Senyum*

Adam Yusuff, 9 months old.

Setelah 9 bulan berlalu, maka dengan senang hatinya saya nak ceritakan pengalaman bersalinkan si Adam Yusuff.

^_^

------------------------------------------------------------------
Masih dalam bulan Syawal.

25/7/15
Angah beli durian. Takde lah teringin sangat nak makan. Tapi benda ada depan mata, ngap je lah. Angah bagi beberapa ulas je. Eh eh...mana puas. Senyap-senyap saya makan lagi sorang-sorang kat dapur. Mak dah siap-siap masuk peti ais, jadi senang nak curi-curi makan.

Malam tu semua orang bergelimpangan tido dekat depan TV. Entah bila terlelap. Semua orang tido tak beralas. Hanya beralaskan karpet je lah. 
Malas tu saya tido dalam keadaan tak selesa. Pusing ke kiri, pusing ke kanan. Sakit pinggang. Saya assume sebab tido tak beralas. Tapi nak bangun ambil toto, malas. Mungkin jugak sebab makan durian. Panas dalam.
Perut start sakit. Tido makin tak selesa. Banyak kali terbangun. Tapi masih bertahan. Bertahan untuk tak bagitau sesiapa.

Kenapa tak bagitau sesiapa?
Sebab saya kerap baca pengalaman blogger lain bersalin. Dan kebanyakkannya kena balik rumah semula lepas cek bukaan laluan. Ataupun itu hanyalah false alarm. Saya malas nak ulang alik macam tu, jadi saya diamkan je lah. Huhu....

26/7/2015
Siang pun menjelma. Nak tunggu siang tu, punya lah lama....Masa subuh tu saya bagitau mak, macam sakit sikit perut ni. Padahal sebenarnya dah sakit banyak.
Mak saya tanya ok tak? Kalau Didi ok, mak pegi keje. Apa-apa hal call mak.

Lepas mak pegi keje, saya masuk bilik baring atas katil. Mengira waktu dan menahan sakit. Makan minum semua dah tak rasa nak. Saya cadang pukul 11 nanti baru bagitau suami. Tengahari pukul 2 baru pegi hospital. Hahaha......

Mengira detik ke pukul 11 tu punya lah lama.........

10.30am
Saya call mak. "Mak tak nak balik ke? Perut Didi dah sakit.."
Lepas call mak, saya bagitau Angah. Semua orang tak tahu nak buat apa masa tu.

10.45am 
Mak sampai rumah. Saya try cek dekat spenda. Ada darah. Saya bagitau Adik.
"Heee..cepatlah pegi hospital kak!"

Saya ambik tuala, mandi dulu.
Mak suruh pakai kain batik dengan kemeja ayah. 

11.15am
Siap pakai baju semua.
Mak tanya, dah makan pagi? Mak suruh jamah roti sikit. Roti kelapa tu saya makan cuma segigit.
Rasa sakit makin kuat. Pergerakan jadi lambat. Saya ke hospital dihantar oleh Angah dan mak.

11.45am
Sampai hospital. Mak bawa saya ke dewan bersalin. Angah pegi cari parking. Sakit makin terasa. Dalam perjalanan nak ke dewan bersalin saya berhenti banyak kali sebab menahan sakit. Tak boleh nak jalan. Di kaunter, saya bagitau nurse, dah turun darah. Nurse minta air kencing dan minta saya tunggu untuk periksa bukaan.

12.15pm
Doktor datang untuk cek laluan. Sebelum doktor datang, ada beberapa kali nurse datang tanya soalan. Apa saoalannya saya tak ingat sebab masa tu tengah fokus tarik dan hembus nafas. Tahan sakit. Nurse nak dapat jawapan pun kena tunggu sakit hilang.

7.5cm dah masa tu. Doktor terus suruh pegi katil bersalin. Nurse ambil baju pink suruh saya tukar. Nak tukar tu pun amek masa sebab tak boleh gerak sangat. Sakit dah memuncak. Masih kekal dengan rutin tarik nafas hembus nafas.

Dah sampai ke katil tu, saya jadi makin berdebar. Sakit menjadi-jadi.
Tarik nafas hembus nafas. 
Tu je yang mampu saya buat. Masa nurse suruh baring, saya tanya nurse. 
"Nurse, duduk je boleh tak? Sakit lah perut bila baring."
Nurse pun jawab...
"Duduk memang boleh kurangkan sakit sebab perut kendur. Tapi dalam Malaysia ni, belum ada orang bersalin duduk, puan."

Nak gelak pun ada masa tu.
Pasrah dan redha, saya pun baring. Bila baring, terus rasa nak terberanak. Nurse seluk, dah 8cm. Kena tunggu lagi 2cm. Nurse pakai kan alat apa tah kat perut, doktor tengah siap-siapkan apa semua. Tiba-tiba saya rasa ngilu dari bahagian dalam vagina. Rasa macam benda menolak-nolak. Bukan benda. Tapi seorang bayi.

12.30pm
Saya terus cakap kat doktor. Saya tak boleh tahan lagi! 
(Masa tu cuma saya dan doktor tu je kat situ)
Saya terus teran. Dan teran. Obviously saya teran dengan cara yang salah.
Doktor tu terus cakap.
"Puan! Puan! Kalau puan nak teran, macam ni......tarik nafas, teran lama-lama. Bla bla bla bla....."
Tu je yang saya dengar. yang lain dah tak boleh nak dengar lagi.

*Sepanjang meneran saya tutup mata*

Saya dengar suara nurse, suara doktor.
Butir percakapan dah tak jelas. Fokus teran je masa tu.
Nurse jerit kat telinga.
"Puan! Jangan angkat punggung! Jangan angkat punggung!"
Dalam hati masa tu "Mana ada angkat punggung?!"
Zusssss.......
Adam Yusuff pun keluar.

Haaaa......lega. Saya bukak mata masa dengar nurse bagi salam pada Adam. Lepas tepuk-tepuk Adam nangis, nurse tunjuk Adam, sah kan lelaki ke perempuan. Kemudian letak atas dada.

Lepas beberapa minit, nurse ambil Adam untuk dibersihkan. 

^_^

Adam lahir 12.32pm.
Konon nak tunggu pukul 2 tengahari baru pegi hospital.
Kalau tunggu lagi, mau terberanak kat rumah.

Hahaha....


Saturday, 23 April 2016

Nasi Goreng Baby 9 Bulan

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua.
^_^

Semalam masa ambil Adam dekat rumah pengasuh, pengasuh bercerita pasal Adam. Rupa-rupanya dah macam-macam dia suap Adam sepanjang Adam di rumah pengasuh. Tapi setakat ni makanan yang diberi cuma nasi dan roti. Takde lah bagi junk food atau makanan yang tak sihat. 

Oleh sebab Adam dah mula makan nasi, maka hari ni saya pun buatkan lah nasi goreng untuk Adam.

Simple je. 

Bahan-bahannya:
Nasi. Masak lembik sikit.
Bawang holland potong dadu.
Tomato potong dadu.
Isi ayam potong kecik-kecik.
Telur.

Cara-caranya:
Tumis bawang holland sampai agak layu.
Masukkan telur, kacau-kacau.
Masukkan ayam dan tomato.
Masukkan nasi.
Gaulkan.

Voila!

Siap untuk dihidang.

Tak letak garam, sedap ke?
Sedap!
Rasa sedap tu datang dari bawang, telur, ayam dan tomato.
Nak tambah sedap boleh letak puri carrot atau labu atau keledek atau apa-apa puri yang dirasakan sesuai.


Selamat mencuba!