Thursday, 28 July 2016

Tak Kan Duduk Rumah Pun Penat??

Assalamualaikum..

2, 3 hari kebelakangan ni, Kak Nad selalu terbaca luahan hati kawan-kawan perihal duduk di rumah sebagai housewife. Soalan pertama yang terlintas difikiran, "salah ke jadi housewife?"

Ini salah satu yang menarik hati Kak Nad.



Agak-agak korang lah, duduk rumah tu duduk goyang kaki je ke? Pada yang baru kawen, belum ada anak, mungkin lah agak free sikit. Ada banyak "me-time". Tapi bagi housewife yang kat rumah jaga anak? Rasa-rasanya mampu tak, nak ber "me-time"? Duduk tepi rumah dengan secawan kopi dan sebiji novel di tangan? Mampu kot kalau anak kau dah umur 30 tahun!

Kak Nad bukan lah seorang housewife. Tapi kita tahu lah yang kerja rumah tak pernah habis! Lagi-lagi bila kita ada anak kecik yang sedang dalam fasa nak explore semua benda. Nak buat kerja rumah, masak dan pantau anak-anak bukan perkara remeh.

"Duduk rumah bukan buat apa" - statement apa lah ni?

Anak tu rupa elok bersih, pampers bertukar, rambut bersikat, muka berbedak, perut anak kenyang, susu cukup, tu semua sape yang urus? Angin lalu bertiup kat anak tiba-tiba PLING! semua dah siap? Takde maknanya dik non oiiii....tu semua kudrat housewife tu lah!

Makanan terhidang atas atas meja, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, siap lagi kemas dapur, cuci mencuci, mop mengemop, tu semua siapa yang buat dik non??? Kudrat housewife tu lah.....

Baju bersih bercuci, bersusun, berlipat, bergosok siap line tajam, wangi semerbak, tu pun kudrat housewife.

Siap pakej mengajar anak lagi kat rumah. Homeschool ke apa orang panggil, sebelum anak tu masuk sekolah betul-betul. Tu belum lagi kira pegi kedai sendiri cari barang dapur. Tu belum kira lagi, ada yang buat bisnes online sebab nak cari duit  bantu financial family.

Pada Kak Nad, housewife ni kerja paling penat. Nak mengadu penat tapi takut orang berkata. Badan sakit, nak mintak pasangan urut, tapi takut nanti di tanya, "Duduk rumah pun penat ke?". Dari sakit hati dengar soklan tak berpendidikan macam tu, baik pendam je rasa sakit-sakit badan tu semua.

Pagi tadi, lepas bangun tido...suami Kak Nad minta tolong urut kaki. Tapi dia tanya dulu......
"Takpe ke urut kaki ni? Kan abang duduk rumah je, jaga Adam."
Kak Nad senyum, dan terus urut tanpa banyak soal. Suami Kak Nad selalu rasa yang dia tak patut rasa penat sebab dia bekerja di rumah. Hurm.......

Logik ke yang duduk rumah ni takde rasa penat?

LANGSUNG TAK LOGIK!

Suamiku Mr. Mama

Assalamualaikum..

Penah dulu Kak Nad nangis-nangis cakap pada suami, Kak Nad nak berenti kerja. Nak duduk rumah jaga anak, uruskan keluarga. Tiap hari doa, supaya Allah bagi jalan, murahkan rezeki untuk Kak Nad berhenti kerja. Tapi dengan ekonomi keluarga sekarang ni, belum mengizinkan keadaan tu berlaku.

Kita hanya merancang. Tapi rancangan Allah lebih baik.

Rezeki tu lebih memihak pada suami Kak Nad. I jeles tau dik non! Uhuk uhuk... :")

Dah hampir 3 minggu suami Kak Nad jadi work-from-home-daddy. Minggu pertama memang struggle. Sebab nak buat kerja sambil jaga anak bukan perkara mudah. Sebelum ni hantar pengasuh. Tapi suami Kak Nad kata nak jaga Adam sendiri. Dia kata, time takde kerja kat rumah, dia bosan. Lagipun, dapat cut cost perbelanjaan bulanan.

Agak stress minggu 1st tu. Suami tak biasa lagi dengan kerenah Adam. Selama ni jumpa cuma waktu malam je. Tu pun cuma beberapa jam. Suami jadi selalu nak marah-marah. Kesian Adam. Bila suami marah-marah, Kak Nad ikut rasa nak marah lah. Bukan marah Adam, tapi marah suami sebab dia marah Adam! Haihh.....

Minggu 1st boleh nak dikatakan minggu orientasi 2 beranak tu. Masuk minggu ke-2, Alhamdullilah...banyak sangat perubahan. Walaupun tak begitu drastik, tapi menunjukkan ke tahap yang baik. Suami dah boleh baca waktu Adam susu dan tido siang. Dah pandai nak handle Adam sambil buat kerja. :)

Lega........

Masuk minggu ke-3, suami makin expert. Suami Kak Nad dah pandai masak sendiri makan tengahari untuk Adam. Kak Nad balik kerja pun, Adam dah siap mandi wangi-wangi dan dah siap makan pun. Suami Kak Nad siap boleh tolong masak tengahari untuk kami berdua, basuh baju dan sidai baju. Siap sekali dengan kemas dapur. WOW!! Kak Nad cuma masak untuk makan malam je.

Kerja-kerja mencari duit, suami Kak Nad akan buat waktu subuh atau malam lepas Adam tido. Dan waktu siang, dia akan bagi Adam main apa saja asal kan Adam tak kacau dia buat kerja. And we are lucky, Adam langsung tak suka gadjet. Dia main real toy sahaja. Kiranya pandai-pandai lah dia curi masa buat kerja sambil jaga Adam. Superb kan?

Sekarang ni, Adam langsung dah tak kisah kalau mama tak ada. Tak menangis pun. Tapi kalau baba tak ada, dia akan mula tercari-cari. Cari dalam bilik, cari dekat dapur, cari dekat toilet.....hmm...

Banyak sangat beza dulu dengan sekarang. Dulu masa dua-dua bekerja di luar, kami tak ada masa lunch sama-sama. Dinner pun selalunya sorang-sorang. Tapi sekarang, waktu makan mesti bersama. :)

Adam pun hepi. Sampaikan waktu tengah tido, kita agah dia pun boleh mengekek ketawa....

Buat hal lah Adam! Haha..

Dah penat, apa lagi? Membongkang lah!


Wednesday, 27 July 2016

Simple Giveaways by Snek Lazat... Popia free dek nooooonn...

Assalamualaikum...

Kak Nad dan encik husband memang suka sangat popia simpul. Bak cinta kami yang tersimpul mati..kekeke....

Jom semua! Join giveaway ni...



Klik banner untuk join!

Adam Yusuff Turn 1..!

Assalamualaikum..

Alhamdullilah..Adam Yusuff genap setahun semalam. :)

So, Kak Nad buat quick update. Looooong entry lepas habis raya nanti baru ada. Haha....kita compile kan semua cerita pasal raya 2016 dalam 1 entry je.

Semalam takde buat apa-apa celebration apa pun. Semalam pun balik keje lambat sebab ada meeting. Nak dekat pukul 7 malam baru sampai rumah. Masak apa semua, tiba-tiba tengok Adam dah tido. Ehh....cepat pulak dia tido semalam. belum pukul 9 dah terbongkang. Dapat main dengan Adam tak sampai 2 jam. :'(

Tapi siang tu Adam ada buat something. Sempena birthday dia, Adam masuk kan "tit tot" kereta dalam mangkuk air minum kucing. Fuhhh....


Dah buat salah, terus peluk kaki Baba dia.. "Sorry Baba......."

Doa Mama dan Baba buat Adam Yusuff,
Semoga Adam sihat sentiasa. Membesar dengan baik. Jadi anak soleh. Allah sayang, semua orang sayang. Mama dan Baba sayang Adam dunia akhirat.

Pada kawan-kawan Kak Nad, doakan kami jadi ibu bapa yang cemerlang ya?

Ohhh......lupa.... Adam request ni untuk birthday dia..

Vroom!

Thursday, 14 July 2016

Setahun Sekali Syawal Datang Lagi....Hari Yang Dinanti.......

Fuhhh...Fuhhh.. Berhabuk dah blog ni. Kalau rumah, orang dah panggil rumah berhantu. Dan lama tak berziarah ke mari. Bukan tak ada cerita. Ada baaaaaaaanyaaakk cerita. Masa pun ada banyak. Tapi malas pun baaannyaaakk jugak.. mehehe...

Harini Syawal ke-9. Masih rancak beraya ke sana ke mari. Jumpa sedara mara, kawan-kawan, jiran-jiran. Meriah dan seronok! Penat? Raya memang lah penat. Setahun sekali kan? Ziarah kenalan pun boleh nak kata setahun sekali jugak. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Waktu ni lah nak eratkan semula silaturahim. Tak gittew? :)

Tahun ni pakai kaler cokelet

Tahun lepas raya berdua. Tahun ni bertiga. Tahun depan, Insha Allah berempat. Eh eh.....Kak Nad pregnant ke? Hewhew.....Rezeki dari Allah. Doakan kesihatan Kak Nad ye adik-adik?

2015 : Berdua

2015 : Berkembang dengan baik

2016 : Bertiga.
Ehhh...Adam ni memang tak boleh nak duduk diam.

Ekceli tak expect langsung Adam nak ada adik. Sebab Kak Nad memang dalam fasa merancang keluarga. Adam pun belum setahun. Belum pandai jalan lagi. Tapi merangkak memang dah power lah. Memanjat pun dah terer. Kalau jalan sambil pegang perabot tu pun dah ok. Tapi tu lah. Tengah lasak dan memang kena perhatikan dia selalu. Setakat sepah kan dapur tu, dah tak heran dah.

Melihatkan keadaan diri yang tak terurus sebab sibuk uruskan anak yg baru sorang ni, uruskan suami, uruskan rumah, uruskan bisnes, tambah pulak Kak Nad ni bekerja, tak terfikir lagi lah nak tambah ahli. Tapi rezeki Allah. Walau macam mana pun kita merancang, bila Dia nak bagi, sape kita nak tolak kan?

Berita "2 line" pada pregnancy test Kak Nad sambut dengan air mata. Buka air mata gembira. Tapi air mata takut. Suami je lah yang gembira sorang-sorang. Kak Nad takut sangat masa tu. Terfikir, mampukah aku nak handle 2 baby? Baru sorang je pun dah berantakan hidup. Pakai tudung pun senget. Nanti anak dah 2, macam mana..Huaaaaa.......menangis Kak Nad. Bukan tak bersyukur, tapi mak enon nebes!

Ok. Dah habis cerita pasal nak ada adik baby. Nanti Kak Nad update progress (kalau rajin).

So, tahun ni kita FULL #teamrayamegah. Sebab kami suami isteri sekampung, yang membezakan cuma taman je. Kak Nad, Megah, suami, Gading. Dekat je haa..5 minit je naik kete. Kalau jammed kat trafic light, paling lambat 10 minit je nak sampai. Walaupun dekat, tetap ada konflik besar ya adik-adik. Jangan ingat yang jauh je berkonflik bagai ni.

My happiness

Dari 1st day balik Batu Pahat, sampai last day kat Batu Pahat, memang stay kat Megah. Family Kak Nad sure lah bising. Kenapa tak balik Gading? Nanti Mak Gading marah. Suami Kak Nad jawab simple je. "Angah dah besar." Huhu....semua diam je lah. Dah suami Kak Nad jawab macam tu. Kak Nad? Opkos lah hepi meloncat-loncat sebab dapat lama-lama dengan family sendiri. Heee.. :)

Kami beraya rumah Gading pada raya ke-2. Dari pagi sampai malam, lepas tu balik Megah semula. Dan sebelum balik Subang, kita stay rumah Gading setengahari. Malam tu family Gading ambik peluang buat BBQ raya. Tak jemput sape pun. Cuma adik beradik and kawan paling rapat je.


Tangan tu suka sangat tarik tudung. Habis senget.

Menu simple habis. Tapi sedap. Makan sampai licin.

Kak Nad ucapkan Selamat Hari Raya pada semua. Andai ada tersilap tulis, harap dimaafkan.

Love u all. Muah ciked!

Friday, 13 May 2016

Aktiviti bersama keluarga

Assalamualaikum..

Hola hola cikeboom semua!

Dua minggu ni sibuk sikit. Balik kampung me'release'kan stress.
Dan dah dua minggu jugak lah tak mengemas rumah secara besar-besaran.
Muehehehe.....

So, harini kita nak throw back sikit aktiviti kita masa kat kampung.








Memang berjalan je lah kejenya bila dah sampai kampung.

Memang betul-betul release tension.

Next trip balik kampung kita buat aktiviti lain pulak. BBQ mungkin?


Tuesday, 26 April 2016

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum semua!

*Tengok kalender*

*Senyum*

Adam Yusuff, 9 months old.

Setelah 9 bulan berlalu, maka dengan senang hatinya saya nak ceritakan pengalaman bersalinkan si Adam Yusuff.

^_^

------------------------------------------------------------------
Masih dalam bulan Syawal.

25/7/15
Angah beli durian. Takde lah teringin sangat nak makan. Tapi benda ada depan mata, ngap je lah. Angah bagi beberapa ulas je. Eh eh...mana puas. Senyap-senyap saya makan lagi sorang-sorang kat dapur. Mak dah siap-siap masuk peti ais, jadi senang nak curi-curi makan.

Malam tu semua orang bergelimpangan tido dekat depan TV. Entah bila terlelap. Semua orang tido tak beralas. Hanya beralaskan karpet je lah. 
Malas tu saya tido dalam keadaan tak selesa. Pusing ke kiri, pusing ke kanan. Sakit pinggang. Saya assume sebab tido tak beralas. Tapi nak bangun ambil toto, malas. Mungkin jugak sebab makan durian. Panas dalam.
Perut start sakit. Tido makin tak selesa. Banyak kali terbangun. Tapi masih bertahan. Bertahan untuk tak bagitau sesiapa.

Kenapa tak bagitau sesiapa?
Sebab saya kerap baca pengalaman blogger lain bersalin. Dan kebanyakkannya kena balik rumah semula lepas cek bukaan laluan. Ataupun itu hanyalah false alarm. Saya malas nak ulang alik macam tu, jadi saya diamkan je lah. Huhu....

26/7/2015
Siang pun menjelma. Nak tunggu siang tu, punya lah lama....Masa subuh tu saya bagitau mak, macam sakit sikit perut ni. Padahal sebenarnya dah sakit banyak.
Mak saya tanya ok tak? Kalau Didi ok, mak pegi keje. Apa-apa hal call mak.

Lepas mak pegi keje, saya masuk bilik baring atas katil. Mengira waktu dan menahan sakit. Makan minum semua dah tak rasa nak. Saya cadang pukul 11 nanti baru bagitau suami. Tengahari pukul 2 baru pegi hospital. Hahaha......

Mengira detik ke pukul 11 tu punya lah lama.........

10.30am
Saya call mak. "Mak tak nak balik ke? Perut Didi dah sakit.."
Lepas call mak, saya bagitau Angah. Semua orang tak tahu nak buat apa masa tu.

10.45am 
Mak sampai rumah. Saya try cek dekat spenda. Ada darah. Saya bagitau Adik.
"Heee..cepatlah pegi hospital kak!"

Saya ambik tuala, mandi dulu.
Mak suruh pakai kain batik dengan kemeja ayah. 

11.15am
Siap pakai baju semua.
Mak tanya, dah makan pagi? Mak suruh jamah roti sikit. Roti kelapa tu saya makan cuma segigit.
Rasa sakit makin kuat. Pergerakan jadi lambat. Saya ke hospital dihantar oleh Angah dan mak.

11.45am
Sampai hospital. Mak bawa saya ke dewan bersalin. Angah pegi cari parking. Sakit makin terasa. Dalam perjalanan nak ke dewan bersalin saya berhenti banyak kali sebab menahan sakit. Tak boleh nak jalan. Di kaunter, saya bagitau nurse, dah turun darah. Nurse minta air kencing dan minta saya tunggu untuk periksa bukaan.

12.15pm
Doktor datang untuk cek laluan. Sebelum doktor datang, ada beberapa kali nurse datang tanya soalan. Apa saoalannya saya tak ingat sebab masa tu tengah fokus tarik dan hembus nafas. Tahan sakit. Nurse nak dapat jawapan pun kena tunggu sakit hilang.

7.5cm dah masa tu. Doktor terus suruh pegi katil bersalin. Nurse ambil baju pink suruh saya tukar. Nak tukar tu pun amek masa sebab tak boleh gerak sangat. Sakit dah memuncak. Masih kekal dengan rutin tarik nafas hembus nafas.

Dah sampai ke katil tu, saya jadi makin berdebar. Sakit menjadi-jadi.
Tarik nafas hembus nafas. 
Tu je yang mampu saya buat. Masa nurse suruh baring, saya tanya nurse. 
"Nurse, duduk je boleh tak? Sakit lah perut bila baring."
Nurse pun jawab...
"Duduk memang boleh kurangkan sakit sebab perut kendur. Tapi dalam Malaysia ni, belum ada orang bersalin duduk, puan."

Nak gelak pun ada masa tu.
Pasrah dan redha, saya pun baring. Bila baring, terus rasa nak terberanak. Nurse seluk, dah 8cm. Kena tunggu lagi 2cm. Nurse pakai kan alat apa tah kat perut, doktor tengah siap-siapkan apa semua. Tiba-tiba saya rasa ngilu dari bahagian dalam vagina. Rasa macam benda menolak-nolak. Bukan benda. Tapi seorang bayi.

12.30pm
Saya terus cakap kat doktor. Saya tak boleh tahan lagi! 
(Masa tu cuma saya dan doktor tu je kat situ)
Saya terus teran. Dan teran. Obviously saya teran dengan cara yang salah.
Doktor tu terus cakap.
"Puan! Puan! Kalau puan nak teran, macam ni......tarik nafas, teran lama-lama. Bla bla bla bla....."
Tu je yang saya dengar. yang lain dah tak boleh nak dengar lagi.

*Sepanjang meneran saya tutup mata*

Saya dengar suara nurse, suara doktor.
Butir percakapan dah tak jelas. Fokus teran je masa tu.
Nurse jerit kat telinga.
"Puan! Jangan angkat punggung! Jangan angkat punggung!"
Dalam hati masa tu "Mana ada angkat punggung?!"
Zusssss.......
Adam Yusuff pun keluar.

Haaaa......lega. Saya bukak mata masa dengar nurse bagi salam pada Adam. Lepas tepuk-tepuk Adam nangis, nurse tunjuk Adam, sah kan lelaki ke perempuan. Kemudian letak atas dada.

Lepas beberapa minit, nurse ambil Adam untuk dibersihkan. 

^_^

Adam lahir 12.32pm.
Konon nak tunggu pukul 2 tengahari baru pegi hospital.
Kalau tunggu lagi, mau terberanak kat rumah.

Hahaha....


Saturday, 23 April 2016

Nasi Goreng Baby 9 Bulan

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua.
^_^

Semalam masa ambil Adam dekat rumah pengasuh, pengasuh bercerita pasal Adam. Rupa-rupanya dah macam-macam dia suap Adam sepanjang Adam di rumah pengasuh. Tapi setakat ni makanan yang diberi cuma nasi dan roti. Takde lah bagi junk food atau makanan yang tak sihat. 

Oleh sebab Adam dah mula makan nasi, maka hari ni saya pun buatkan lah nasi goreng untuk Adam.

Simple je. 

Bahan-bahannya:
Nasi. Masak lembik sikit.
Bawang holland potong dadu.
Tomato potong dadu.
Isi ayam potong kecik-kecik.
Telur.

Cara-caranya:
Tumis bawang holland sampai agak layu.
Masukkan telur, kacau-kacau.
Masukkan ayam dan tomato.
Masukkan nasi.
Gaulkan.

Voila!

Siap untuk dihidang.

Tak letak garam, sedap ke?
Sedap!
Rasa sedap tu datang dari bawang, telur, ayam dan tomato.
Nak tambah sedap boleh letak puri carrot atau labu atau keledek atau apa-apa puri yang dirasakan sesuai.


Selamat mencuba!

Tuesday, 22 March 2016

Monday, 21 March 2016

Ada Saja

Assalamualaikum, Hi..

Kalau nak diikutkan, banyak sangat benda nak tulis dalam blog ni.
Macam-macam. Tapi bila dah start menaip je, tetiba anak nangis.
Macam biasa lah kan. Keutamaan didahulukan.
Lepas pujuk anak, nak sambung menaip, tetiba perut lapar.
Masak jap, pastu makan. Tengah makan, cite kat TV best lah pulak. Sambil makan, sambil tengok TV.
Dah siap makan, kemas dapur yang kita dah serakkan tadi. Basuh pinggan. Bila dah kat dapur, terpandang pulak mesin basuh. Eh eh...basuh baju bagus ni. Matahari tengah terik. Nanti sidai, kejap je dah kering. Bila start basuh baju, anak pun dah bangun tido. Sambil tunggu mesih basuh buat keje, kita susukan anak, gurau dengan anak. Then, sidai baju pulak. Siap sidai baju, tengok-tengok anak dah biyak. Terus tukar pampers. Dan kerja-kerja berterusan sampailah entry yang tadi tu sekadar menjadi draft dan apa benda yang nak tulis tadi dah hilang separuh dari kotak memori.
:')

Penat. Tapi sangat puas. Tengok anak hepi. Suami hepi. Rumah berkemas. Kain baju setel.
Takde apa lagi dah yang diharapkan. Tinggal cari redha Allah je. 

Dari segi materialnya, kitorang tak mewah. Dan kadang-kadang sesak jugak.
Tapi setakat ni, Allah sentiasa cukupkan keperluan kitorang.
Rezeki bahagia tu lebih nikmat dari harta benda.

Ada je masanya kita rasa tak best.
Bila saya sedih, kecewa, risau, rasa terbeban, penat, selalu saya pujuk hati~

Takpe. Allah ada.

Dan secara otomatiknya, segala rasa yang tak best tu akan lenyap.
Sebab kita tahu, kita ada Allah. Allah Maha Besar. Allah Maha Kuasa.

:-)

Monday, 14 March 2016

Best Buddy!

Assalamualaikum, hi!

My best buddy is my own husband.
Kami kenal sejak sekolah.
Tak penah declare makwe pakwe apa semua.
Tapi kitorang rapat.
Rapat sampai menyusahkan hati mak bapak.
Aduhhh...

Hahaha..cite lama. Biarkan lah jadi kenangan.

Dari 1st day kenal, saya memang tahu dia kaki motor. Bangsa minat motor sampai ke tulang sum-sum.
Saya tak kisah. Sebab zaman saya dulu, istilah rempit ni kurang. Sebab diorg bukan macam budak sekarang yang weng sana sini mengabihkan minyak tak tentu pasal.

Setakat ni, saya belum penah miss teman dia pegi event motor. Walaupun saya dah terdedah dalam dunia motor ni berbelas tahun, tapi memang saya tak boleh nak minat. Saya cuma boleh jadi peneman dia je.

Saya penah habiskan duit bonus saya semata-mata untuk beli barang motor untuk dia. Kasut. Helmet. Jaket. Ehh...macam-macam lah.
Mungkin ada kata saya bodoh habiskan duit untuk lelaki. Tapi nak kata apa, kata lah..sebab dia juga berhabis layan kerenah saya yang lagi macam-macam. Haha..

Penah kitorang buat keje giler naik motor berdua dalam masa satu hari, ikut jalan pantai dari Banting sampai ke Klebang.
Kulit rentung tak payah cite. Berbelang.
Tak habis kat situ, esoknya joint event motor kat klcc under petronas.
Penat tapi puas.

Kenapa saya boleh layan sampai macam tu?
Sebab saya cuma ada dia. Dan dia cuma ada saya.
Kitorang memang share semua benda.
No secret.
Saya memang in habis dalam hidup dia. Same goes with him. Dia boleh lepak dengan kawan saya cite pasal handbag kasut. Saya pun boleh join member dia cite pasal game motor.

Walaupun saya tak ramai kawan. Tapi saya rasa hidup saya cukup best. Lengkap.

Dulu kitorang berdua.
Sekarang bertiga.
Pegi mana-mana sama-sama.
No secret.
Dan saya harap, ianya kekal sampai tua.

My best buddy eva!!


Friday, 4 March 2016

Wednesday, 24 February 2016

Solid Food Untuk Baby Adam - 6 Bulan

Assalamualaikum, Hi!

Ewah ewah kau punya tajuk. Ajet good good je.
Hahahaha....

Sebagai seorang mak, saya sangat concern tentang perkembangan anak.
Ekceli lusa Adam dah 7 bulan. Saya dah start bagi dia makan masa umur 6 bulan lagi.
Biasa ahh..blogger sendu macam saya, cerita sebulan lepas baru nak kongsi. Mihihi.. :")

Zaman sekarang ni, semua mommies nak yang terbaik untuk anak-anak.
Senang cite, dah jarang sangat dengar mommies cakap nak bagi baby dia makanan segera macam Cerelec etc.

Saya pun sama!

Untuk baby 6 bulan yang baru start nak makan, yang paling sesuai adalah puri buah-buahan atau sayuran.
Resepi ada banyak. Google je. Kompom keluar. Hihi...
Saya tak ada resepi nak share. Belum ada lagi. Mungkin nanti Adam dah setahun baru saya share resepi makanan baby 6 bulan.
Kikiki....

1st makanan Adam adalah pisang! 
Kenapa saya bagi pisang? Sebab senang. Blender je. Tak payah masak ke apa. Huhu...
Adam suka je. Makan ngap ngap habis semangkuk. 
Pastu poo poo pun macam pisang jugak. ;-P

Yang sedihnya, saya ni kan acah acah macam seorang wanita berkerjaya yang super busy. Saya banyak kali skip bagi Adam makan.
Kesian Adam. Suka hati mak dia je..kejap bagi makan, eh eh, esok tak bagi pulak.
Bagi makan ikut masa lapang, boleh gitu?

*ketuk kepala sendiri*

Tapi start dari minggu lepas, saya secara konsistennya dapat bagi Adam makan. 
Walaupun bukan saya yang suapkan, tapi makanan Adam saya sendiri yang masakkan.
Pass kat pengasuh, pengasuh bagi Adam makan pagi dan petang.

Masa Adam 6 bulan, 1st time tu je saya bagi Adam pisang. Time lain saya bagi puri dalam botol jenama Heinz. Buzy kata nya tak sempat nak buat puri sendiri. :"(
Maaf anak......




Tuesday, 23 February 2016

Weekend Yang Perfek!

Assalamualaikum. Hi!

Harini Selasa. Tapi baru nak cerita pasal weekend lepas. Kekekeke....
Tak sempatlah nak update. Sibuk menikmati moment-moment indah bersama keluarga. Ecehhhh..Hahaha..

Sebenarnya, takde lah indah mana pun weekend tuari. Tapi, entah lah eaa....rasa macam best sangat weekend tu. Mungkin sebab berjaya kemas rumah cantik2 kot?
Hahaha......tu lah dia perasaan seorang mak. Takde benda lain yang lebih best selain dari dapat kemas rumah besih-besih dan masak sedap-sedap. Giteww...

Tiap hari pening pikir, macam mana nak habiskan keje-keje rumah yang macam tak kan habis tu?
Bangun pagi setelkan keje rumah sampai bawak ke petang pun tak siap-siap lagi.
Walaupun dah ada vacum, tapi tetap jugak ada je keje nak kena buat.
Adakah lepas ni nak kena beli dryer baju pulak untuk cepatkan keje rumah?
Hewhew....simpan duit kalau nak sangat - kata suami.

Hari Ahad is the best day for last week.
Hihihi..
Bergolek 3 beranak depan TV lepas subuh. Pukul 8 keluar pegi breakfast kat mamak.
Roti bakar, telur separuh masak, kopi o kaw kurang manis. Pehhhh..nikmat!
Pastu bawak Adam dut dut pegi swim kat Pusat Akuatik Shah Alam.
Mak Pak Adam bayar sorang RM3.20.
Adam masuk Free aje. :-)

Sejuk kau air kolam tu. Mula2 Adam relax je. Dalam 20 minit camtu terus bawak dia naik. Gigil-gigil Adam. Biru bibir dia. Nangis lah jugak sebab sejuk.
Lepas siap bilas dan pakai baju, terus bagi susu. Dan-dan tu jugak dia tido.

Jom layan gambar Adam Yusuff
.
.
.
.
.


 



Akhirnya tido kepenatan.

*entry ni banyak gelak. Pehal lah aku ni. Hahaha..(gelak lagi)

Tuesday, 16 February 2016

#projekhujungtahun

Assalamualaikum, Hi semua!

Sejujurnya kepala saya tengah sakit sekarang ni. berdenyut rasanya.
Badan sakit dan penat.
Selalu je rasa nak pitam.
Paling takut bila rasa tu datang masa tengah dukung Adam.
Silap haribulan boleh tergolek kitorang dibuatnya.

Nak sangat rehat.
Ni semua penangan sebab terlebih kerja dan kurang rehat.
Makan ikut suka, tapi langsung tak bersenam.
Maka banyak lah masalah yang timbul.

Fokus kelaut. Mood swing.
Fizikal mental semua hancus.
Dalam 2016 ni, dah 2 kali kita hadap cuti panjang.
Cuti awal tahun dengan cuti raya cina.

Walaupun cuti panjang, tapi still jugak tak dapat nak rehat secukupnya.
Makin bertambah penat adalah.
Merungut?
TAK! Saya tak merungut. Saya cuma beritahu yang saya berada dalam zon letih dan lemah.
Bila badan letih, lemah, mulalah emosi jadi tak stabil.
Haihhh....

Disebabkan masalah ni timbul tapi nak rehat tak dapat, maka datang satu idea secara tiba-tiba.
Idea datang ni hasil rengekan saya pada suami yang tak henti-henti.
Tak sudah-sudah mengadu penat, penat dan penat.
Bila suami kata 'rehat lah', dengan rasa gembiranya nak rehat, tapi otak dok pikir keje yang tengah delay tunggu diselesaikan.
Maka dengan lemah longlai, tak jadi berehat-rehat, badan ni secara auto akan buat jugak keje.

*tarik nafas dalam2*
*mencari kekuatan*

Ok. Takpe. Tak dapat rehat sekarang sebab banyak benda nak kena buat dan fikir. At least sekarang ni hal operation Adam dah setel. Selesai satu hal. Next case yang patut diselesaikan bakal diselesaikan tak lama lagi. Senang cite, segala masalah berbangkit akan cuba ditangani satu persatu. 

Sementara nak tunggu semua hal setel, maka kita harus mencari sedikit dana untuk buat #projekhujungtahun.

Apa #projekhujungtahun ni?

#projekhujungtahun adalah projek memanjakan diri dengan berehat sepuasnya sebelum memulakan tahun baru. 
Dan projek ni tak boleh dilakukan di kampung halaman atau rumah sendiri. Sebab kalau buat di antara 2 tempat ni, projek ni akan gagal dan kami tak kan dapat rehat dan melepaskan lelah.

Hurmm....
Mana nak cari dana?

Insha Allah, kalau rajin, ada masa, tak penat, anak tak meragam, saya akan kongsikan pada entry yang tah bila saya nak update.

:")

Monday, 15 February 2016

Alasan...........

Assalamualaikum....Hi semua!

Dekat sebulan tak update apa-apa. Kalau sempat bukak blog pun, untuk jenguk2 cerita blogger lain.
Alasan busy sangat klise.
Huhu....

Sebenarnya, saya ni, bila kat rumah, jarang sangat pegang gadget. Kalau ada waktu terluang pun, kebiasaannya akan dihabiskan dengan melayan kerenah anak. 

Dan bila anak tidur, mak nya ikut tido skali lah.
Hewhewhew.

Cuti raya cina ni boleh dikira berapa kali saya pegang hp.
Masa dekat hospital dengan Adam Yusuff pun tak pegang hp sangat. Sebab nak jimat battery.

Adam Yusuff dah selamat menjalani pembedahan angin pasang dia. Kiri kanan kena bedah.
Tapi lepas operation tu, kemain lagi dia punya aktif.
Sampai tak terlayan kita dibuatnya.

Saya ni bila pegang hp sambil layan Adam, nanti Adam akan pandang saya semacam.
Dia paaandaaanggg jeeee.. sampai saya rasa bersalah. Cepat-cepat letak hp dan main dengan dia.
Haaa...kecik2 dah pandai pandang slack kat orang. Hahaha...

Tu antara sebab kenapa saya jarang pegang hp bila dekat rumah.
Waktu paling takde gangguan adalah waktu malam. Masa semua orang dah tido.

Tapi makcik pun ngantok jugak masa tu. Jadinya terpaksalah lupakan sosial media yang ada.





Haha..gambar last tu..jongos betul makcik gemok ni.
Masa ni dah penat pujuk Adam. Adam kena puasa dari pukul 6 pagi. Gambar ni diambil agak2 pukul 2 tengahari. Adam pun dah lunyai dah masa ni.
Masing2 dah kepenatan.

Apapun, segalanya dah selesai. Semoga Adam terus diberi kesihatan yang baik.


Monday, 11 January 2016

Puas Hati Aku!

Assalamualaikum,

Semalam dengan segala hormatnya, saya berjaya jugak beli vacum! Hahahaha......

Puas hati aku! 

Sebelum ni, bila nak beli, ada je halnya. Atm kad tak boleh guna lah. Cash in hand tak cukup lah, stok tak ada lah, kalau yang ada pun mahal nak mampuihh..memang idok lah nak membelinya. 

Saya ni kan susah sikit nak berbelanja. Kalau nak beli apa-apa, pikir dulu banyak kali.
Orang susah. Gini lah gayanya. ;")

Dah lama ngidam vacum.
Penat tawuk sapu rumah. Dengan rambut yg gugur banyak lepas bersalin, di tambah dengan bulu kucing. Dah lah kena sapu hari-hari, giler tak nangis aku dibuatnya?

Dah lah jadual hidup yang padat lagi sendat. Sampai tahap pok2 anak tido sambil nangis.
Haru betul.

Penat lah. 

Tahun 2016 ni lagi lah. Launching makanan baru. Chicken wrap dengan air botol. Dengan online bisnes. Walaupun tak selalu orang order, tapi selalunya order datang masa tengah bz. T_T

Tengahari, masa rehat pegi pos barang.
Balik kang, setelkan Adam dulu. Mandi, susu dan layan dia main sekejap.
Pastu siapkan makan malam. kang nak buat sandwich, wrap dengan air botol untuk sesi malam.
Dah setel, kena kemas lagi.

Pastu semua benda nak kena buat cepat-cepat sebab nak tido cepat. Esoknya pukul 5 dah kena bangun nak buat delivery sesi pagi pulak.

Tu belum lagi bangun malam-malam Adam nak susu.
Nasib saya beribu kali ganda baik sebab suami selalu tolong buat keje kat umah.
Tapi kadang-kadang time dia dah over penat, terkial-kial jugak lah saya setel sendiri.

Ok lah. Dah panjang saya membebel.

Apa pun, saya hepi sangat sebab kerja saya jadi senang dan rumah saya bersih!
Hahaha...

Friday, 8 January 2016

Adam Nak Ada Adik?

Assalamualaikum,

Masa awal-awal dapat anak haritu, Allah je yang tahu macam mana keadaan kami laki bini. TAK TERURUS! Kelam kelibut dah macam apa dah.
Umur anak baru sebulan. Pegang anak pun kekok lagi tapi kami dah decide nak balik Subang Jaya.
Start dari tu lah kena handle semuanya sendiri. Penat, tak cukup tido, tak cukup rehat, rumah tak sempat kemas, tak sempat masak. Anak asek nak ngempeng je. Yelah kan......masih dalam hari.
Memang stress. Kesian lah kat anak masa tu sebab asek dengar mak pak dia bertekak. Kalau pasal hal besar lain lah jugak. Ni sekecik-kecik hal. Pun boleh jadi isu.

Masa pun berlalu......Sikit-sikit, mak pak Adam makin pandai handle keadaan.
Bekerjasama orang kata.
Now Adam Yusuff dah 5 bulan setengah. Huyooo.......
Mak saya selalu cakap, ishhh tak sangka Didi dah ada anak. Dah pandai jaga anak.
Huhuhu... :')

Umur saya ni dah 30. Tapi sebab perangai saya yang macam budak-budak a.k.a tak matang, jadinya rasa macam kagum lah saya dah boleh jaga anak sendiri.

Sebelum tido malam selalunya scroll newsfeed dekat FB. Tengok aktiviti kawan-kawan sepanjang hari. Since umur pun dah 30, harus lah kawan-kawan ramai yang dah ada anak. Bukan sorang tapi 2 3 orang. Seronok tengok anak-anak diorang main. Tetiba menyelinap perasaan nak tambah anak lagi. Dan hasrat diluahkan pada suami.

"Adam nak adik."

Suami saya terus ketawa. Dia balas, yang sorang ni pun awak tak terlarat nak layan, awak nak tambah lagi sorang dalam waktu terdekat ni? Baik awak fikir balik.

Sekarang ni memang saya dalam fasa berehat. Nak fokus pada Adam dulu. At least sampai dia pandai jalan. Tapi, seriously, saya memang tak sabar nak ada anak lagi. Kalau boleh perempuan pulak.
Hamboi..kau punya cita-cita. Melangit.
Hihihi...


Tuesday, 5 January 2016

Teruskan atau Berhenti

Assalamualaikum..

Awal tahun macam ni, ramai kawan2 yang diberhentikan kerja atau ditamatkan kontrak gara2 ekonomi negara yang meleset. Saya tumpang simpati. Untuk yang banyak tanggungan tentu amat terasa dengan kehilangan pekerjaan.

Entah kenapa sejak dari semalam, hati saya rasa tak best. Entah dari mana fikiran ini datang, saya terasa macam mahu berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa. Saya amat tahu kewangan keluarga yang meruncing. Tapi saya tetap berat hati untuk terus bekerja. Apa yang merasuk fikiran saya pun saya tak tahu.

Secara jujurnya gaji suami belum dapat cover semua perbelanjaan keluarga. Tapi saya terfikir, saya boleh work from home. Niaga kecil2an. Jaga anak jaga suami jaga rumah. Sambil jaga keluarga, sambil cari duit.

Tapi mampu ke niaga kecik2 tu tolong cover perbelanjaan keluarga..hmm....

Teruskan kerja di luar rumah atau jaga keluarga sambil niaga kecik2?