Monday, 23 July 2018

Hubungan Yang Perlu Dijaga

Assalamualaikum.

Almost 1 week Aydan tolak direct feed dengan aku.
Frust.
Sape yang tak frust kan?
Patah hati kot.

Harini pun aku tak berapa nak bersemangat sangat.
Bukan sebab harini hari isnin.

Tapi memang macam ni lah tiap hari.
Dah setahun.

Tak semangat nak hidup.
Kepala otak berserabut.
Banyak benda yang aku fikir dan rasa.
Tapi aku takde sape nak tuju.

Aku rasa aku sensorang.

Yeee...aku ada suami.

Tapi tulaaaah.
Haihhh..

Ok. Berbalik pada hal si Aydan ni.
Cousin aku share article pasal nursing strike.

Aydan ni memang jenis suka wangi-wangi.
Dia memang tak suka kalau aku busuk. Masham...

Taste Nora Danish lah mamat tu.
Nak yang wangi, lawa aje.
Aku ni pulak jenis pape-pon-boleh.
Banyak kali jugak lah dia marah-marah sebab aku nak tek kan dia dalam keadaan aku busuk giler!

Jadi, lepas ni, aku kena selalu wangi-wangi.
Cecantik sebab nak kena jaga hubungan tu.
Kang dia rejek aku lagi, aku yang sedih.


Friday, 20 July 2018

Aydan tolak Mama??

Assalamualaikum.

Dah dua hari, 1 malam. Aydan tolak mama. Ohh....sakitnya tu di sini. Di dalam hati. 
T_T

Full BF. Sangat menyukai DF.
Why so sudden anak?

Babysitter cakap, mungkin ada yang ikut mama?
Takut jugak rasanya.

Maka bermulalah fasa berpenat-penat dan mengantuk sepanjang hari sebab tak dapat tido malam yang sempurna.

Before this, bila malam Aydan nak susu, mama cuma hulur je. Tapi malam tadi, mama kena bangun, pi dapur panaskan susu. Pastu layan Aydan susu, baru kita tido.
And perkara tu berulang 2~3 kali 1 malam.

T_T

Sedih dan penat bila benda macam ni jadi.
Bila mama tak cukup tido dan rehat, mama jadi cepat marah.

Kesian baba. Kesian anak-anak mama.

Mama sorry.

---------------------------------------------
Betul lah orang cakap, kehidupan lepas kawen adalah sangat berbeza dengan sebelum kawen. Walaupun kau dah kenal dengan laki kau 12 tahun sekali pun.

Lepas kawen, feeling dia lain. Lebih kepada rasa tanggungjawab. Komitmen.
Kau macam hidup dengan orang yang kau baru kenal.
Aku ~ sampai ke hari ni, walaupun lepas 4 tahun kawen, masih kelam kabut. Masih tak pandai itu ini. Aku kadang-kadang rasa frust sangat. Aku rasa macam aku ni apa pun tak boleh. Tak pandai masak. Tak pandai jaga anak. Tak pandai jaga laki. Tak pandai urus rumah. 
Semua pun tak pandai!

Sumpah aku frust!

Dan sampai ke hari ni, aku masih tercari-cari point di mana aku boleh rasa puas, gembira dan bahagia dengan alam perkahwinan ni.

Puas. Gembira. Bahagia.

Yang pasti, aku akan rasa semua tu bila aku dapat kemas rumah sebersihnya. Termasuk basuh bilik akir, basuh dapur, basuh tempat kucing, basuh balkoni. 
Dapat setelkan laundry. Dari basuh, sidai dan lipat. Dapat kemas bilik baju.
Dapat masak main dish dengan dessert. Masak sedap-sedap untuk Angah dan Adam.
Dapat layan Adam dan Aydan sampai aku penat dan diorang penat.
Dapat lepak dengan Angah, baring depan TV sama-sama layan movie. Minum kopi. Borak-borak macam kita bercinta dulu.

Aku mengaku, sekarang aku selalu marah-marah. Dan yang paling teruk, aura negatif tu tersebar pada Angah dan anak-anak.

Aku frust!

Rumah aku sepah-sepah. Laundry, selalunya Angah yang tolong setel. Aku selalu sedih sebab aku rasa aku ni tak mampu jaga family aku dengan baik. Dan aku, tak tahu nak cerita pada siapa. Aku pendam sendiri. 

Hari ni, entah kenapa, aku lepaskan sikit apa yang aku rasa, dalam ni.
Dan aku, sedikit lega.

Moga-moga lepas ni semuanya akan baik-baik saja.



Thursday, 12 July 2018

Weekend Outing : Tasik Shah Alam

Assalamualaikum..

Lama sangat tak menulis apa-apa dalam blog ni.
Terbiar sepi camtu jek.

Aku dah selamat bersalin anak ke-3 hampir 4 bulan lepas.
Anak ke-2 aku pun dah lebih setahun tinggalkan aku. 
Bermakna.......dah lama gila babas aku biarkan blog aku ni.
Adehhh~~

Agak2 Sofie masih aktif lagi tak?
Sebab dia antara blogger favorite aku.

SofieAdie

Masih belum sempat nak blogwalking blog-blog kegemaran.
Nanti aku curi-curi masa ya?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam biasa, bila weekend, husband aku akan bawak kami ambil angin dekat luar.
Nak bagi Adam tengok alam sekeliling. Lately dia ralit sangat tengok henpon.

Banyak kali dah bawak dia datang Tasik Shah Alam.
Cuma kali ni, aku rajin sikit nak ambil gambar dan video.




Sesi pujuk mama baba. Ajak naik bot.

Jujur, aku suka sangat tengok Adam punya manja tu.
Yelaaaaa....anak sendiri kan. Hahaha.

Ok. Jom kita naik bot!


Beli tiket. Harga - dewasa rm8. Kanak-kanak rm5. Baby - free.


Tak sabar sangat nak naik bot.

Kami kena tunggu sekejap.
Bot sampai, cepat-cepat kami naik.



Aku tak suka gambar-gambar aku masa hari kejadian. Sebab tu nampak peha aku yg besar giler babeng tu??? Pftttt....


Pusing tasik lebih kurang 15 minit. Ada banyak yang boleh ditengok sepanjang kita atas bot. Ada itik, ada burung. Seronok!


Lepas naik bot, kami bawak Adam tengok itik pulak.




Dah nak senja, balik!

Ohh..lupa nak cerita. Sepanjang kami dekat Tasik Shah Alam, kami bau kopi. Entah datang dari mana bau kopi tu. Tapi bau tu sangat sedap.

Maka, husband bawak kami pi minum kopi! Yay!



"Minum je tau."
Pesan si husband.

Kekeke..

Sebab lauk dinner dah masak tadi sebelum keluar.

 Kari kaki ayam dengan taugeh tumis.

Setel untuk hari itu.