Wednesday, 27 August 2014

Belajar Bersukur

Assalamualaikum....

Tengok orang lain, hari-hari update blog. Saya ni suka je nak update. Tapi kadang-kadang tu tak ada idea. Kang kalau merapu tak tentu pasal, tentu orang tak suka.

Saya nak kalau boleh setiap entry saya ada isi dan dapat memberi manfaat pada orang lain. In sha Allah.

So, kali ni entry saya adalah berkenaan tentang BERSYUKUR.




Saya dilahirkan di Johor Bahru. Membesar di Johor Bahru. Johor Bahru adalah bandar besar yang penuh dengan kesibukan. Hiruk pikuk warga kota yang sibuk mengejar dunia, menjadi pemandangan biasa untuk saya. Malahan mak ayah saya juga salah seorang dari mereka. Mencari wang untuk menyediakan yang terbaik buat keluarga.

Umur saya meningkat ke angka 17, mak dan ayah sudah mulai tua dan penat mengejar duit. Kampung halaman mak dan ayah dijadikan pelabuhan untuk meniti hari tua. Kami berpindah dari Johor Bahru ke Batu Pahat. Kami jalani hari-hari kami di tempat baru dengan rasa gembira dan bahagia. Walaupun perbezaan budaya yang sangat ketara, kami lalui dengan hati terbuka.

Di Batu Pahat, saya duduk di kawasan bandar. Kerana mak dan ayah masih berkhidmat dengan kerajaan. Walaupun tak sesibuk di Johor Bahru, saya masih lagi dapat melihat kesibukan kota. Masih melalui kesesakan jalan raya. Masih melihat bangunan di sana-sini. Masih jauh dari ketenangan kampung.

Habis sekolah, saya sambung belajar ke Matrikulasi dan kemudian ke UiTM Shah Alam. Selepas tamat pengajian, saya terus menetap di Subang Jaya sehingga kini. Di sini, kesibukannya melebihi yang pernah saya rasai sebelum ini. 

Kini saya sudah bekerja. Tekanan hidup semakin dapat saya rasakan. Tuntutan kehidupan di bandar sentiasa buat saya berfikir untuk cari duit lagi dan lagi.

Lihat gambar di atas.......................

Ini rumah makcik kepada Angah. Saya gelarkan mereka Pakcik dan Makcik ya? Supaya senang saya bercerita. Dan rumah ini saya gelarkan sebagai Cottage.

First time saya jejakkan kaki di sini, saya rasa, WOW!.... comelnya cottage ni. Saya sangkakan cottage ni hanya tempat melepak. Kerana Pakcik adalah nelayan. Tentu Makcik nak tunggu Pakcik balik dari laut. Rupa-rupanya, memang mereka sekeluarga tinggal di sini. Saya terkedu. Masa tu, saya belum masuk ke dalam cottage lagi. Baru lepak-lepak di depan rumah.

Bila saya masuk ke dalam, Alhamdullilah. Walaupun kecik molek, tapi bersih. Tak ada langsung sawang dan habuk. Bantal, tilam jugak sangat bersih dan wangi. Saya sangat selesa. Mereka sekeluarga sangat baik dan ramah. Mereka sangat memuliakan tetamu. Kadang saya pula yang rasa malu dilayan begitu.

Makcik yang saya kenal sangat positif orangnya. Dia sentiasa ceria. Ketawa dan pandai buat lawak. Saya kagum dengan sikap dia. Terima apa saja dengan hati terbuka. Jauh beza dengan sikap saya yang semuanya serba tak kena. Pantang house-mate buat sepah, saya akan bebel tak sudah. Dan saya jenis orang yang nak dalam rumah tu complete. Semua cukup. Kalau duit saya tak cukup nak beli barang-barang rumah, saya akan minta pada Angah. ;-p

Tapi lepas balik dari cottage, pandangan saya pada rumah yang saya duduki berbeza sekali. Kalau dulu, saya selalu membebel, rumah saya tak cukup selesa. Rumah saya tak cukup besar. Rumah saya panas. Rumah saya tak ada perabot yang moden. Macam-macam yang saya tak puas hati. 

Sampai saja di rumah, saya duduk di atas sofa. Saya buka kipas siling. Saya buka TV. Kucing kesayangan saya pula terkedek-kedek datang. Selesa. Jauh lebih selesa dari cottage Makcik. Dalam hati saya mula mengucapkan syukur. Saya tak nampak segala nikmat yang telah Allah beri pada saya. Selama ini, saya banyak mengeluh. Saya selalu lihat pada orang-orang yang hidupnya di atas. Bila Allah tunjukkan pada saya orang-orang yang hidup di bawah, saya insaf......... T_T

Hal ini sangat memberi pengajaran buat saya. Bersyukur dengan apa yang ada. Terima segala ujian Allah. Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmahnya. Kalau bukan untuk kita, pasti untuk orang lain.









No comments:

Post a Comment

pop