Wednesday, 8 April 2015

Macam Mana Nak pujuk Suami Merajuk?

Hi, Assalamualaikum..

Dah masuk 6 bulan berkahwin. Kandungan pun dah masuk 5 bulan. Banyak lagi kekurangan diri ini dalam mengejar cita-cita menjadi isteri terbaik untuk suami. Ecehhhh..... ;p

Zaman bercinta bertahun-tahun tak menjadikan i'olls seorang yang terer giler bab selok belok perangai sang kekasih hati. Huuu....T_T

Memang betul apa orang kata. Kau bercintalah lama mana, bila dah kawen kang, mesti lain. Mesti banyak giler benda baru yang kau kena belajar. And YES! Its true!..

Dulu masa bercinta dan bertunang tak terasa ni semua. I rasa macam kacang goreng je kawen ni. Apa sangatlah menanggung tugas menguruskan rumah. Setakat memasak, mengemas, membasuh.. senang je tu...dah biasa pun. Itu dulu. Masa belum memegang title isteri. Tapi hakikat sebenarnya, tanggungjawab isteri adalah lebih dari itu ya kawan-kawan. T_T

Part paling susah, pada I lah...... adalah macam mana nak membahagiakan orang yang kita sayangi dan cintai. Lebih-lebih lagi I ni spesis yang malas nak berusaha. Mengada je lebih.

Ini pengalaman hidup I. Berlaku, HARI INI. Harini okeh? Sadis sangat............... T_T

Yesterday (selasa) was my hubby's birthday. Last weekend kitorang balik kampung. Celebrate awal lah konon-kononnya dengan family. Buat BBQ sikit. Bakar kambing dengan ayam dan sedikit makanan sampingan yang lain. Hadiah pun I dah bagi in advance. So I rasa macam dah setel lah pasal sambut birthday sang arjuna. Hari isnin malam baru kitorang balik USJ.

Dekat pukul 12 malam sampai USJ, I dah mula rasa penat. Walaupun sepanjang perjalanan I bantai tido, tapi keadaan diri membuatkan I rasa letih.

I tertido atas sofa depan TV. Biasanya kalau i tertido atas sofa, hubby akan bentang toto dekat bawah dan tido dekat situ. Tapi malam tu, bila I terjaga dalam pukul 3 pagi, i cuma nampak toto je, hubby nya tak baring pun kat situ. I pun rasa macam EHHHHHHHHH....mana laki aku? Tapi mata ni memang berat. I pun sambung tido sampai ke siang.

Bangun pagi dikejutkan oleh si suami. "Baby! Harini besday Cuk.... kita dah sama-sama tua.." Dengan suara riang gembira suami kejutkan. I hanya senyum. Bangun dan terus pergi mandi. Siap-siap nak pergi kerja. Teruk betul perangai I ni......................T_T

Masa balik kerja, hujan turun dengan lebat. Suami kata tak payah masak. Kita beli nasi kukus je. Hujan-hujan macam ni memang syok pekena nasi kukus. Sampai rumah, kami makan macam biasa. Mood suami pun ok je. Senyum je. I pun relax je lah. Malam tu I tido awal lagi. Dalam I tido awal, suami pergi beli air tapis dekat blok depan. Siap buat kan air gula supaya senang I nak buat air manggo atau air oren feberet dia. Lepas tu dia buatkan nestum ais bagi I sebab sebelum I tertido, I ada request nak nestum ais. T_T

Pagi tadi cepat-cepat suami keluarkan nestum ais. Dia kata I dah tido malam tadi masa dia buatkan air tu. I rasa sangat disayangi dan dihargai. Bersungguh-sungguh suami nak buat I rasa bahagia.

Sampai je opis, I ambil henpon. Entah kenapa, terasa nak bukak gallery. Bila bukak je, terus mengalir air mata ni. I nampak gambar kad besday. Handmade by suami. Kad besday untuk diri dia sendiri.

TT_________________________TT

Dia tunggu I wish happy birthday kat dia semalam. DIA TUNGGU. Sampai pagi. Dia kejut siap cakap harini besday dia. Tapi I cuma senyum dan still tak wish!! Ya Allah................. Dah lah macam tu, sampai ke sudah I tak wish happy birthday kat dia.

Patutlah masa I terjaga malam tu, suami tak ada kat tempat dia. Sibuk buat kad. T_T

Pagi tadi dia ada buat muka sikit. Tapi I ignore sebab rasa, "apahal tiba2 nak merajuk?" so, I malas nak layan. Tapi bila ternampak gambar dalam gallery tu, baru I tahu kenapa. Dalam dia merajuk tu, dia sempat lagi tanya, Baby nak makan apa-apa tak? I terus jawab, Baby nak mintak maaf. T_T
Sedih sangat rasa. Dia bersungguh-sungguh cuba bahagiakan diri I. Tapi I?? T__T

Apa patut I buat? Macam mana nak pujuk dia balik?


2 comments:

pop