Nuffnang Ads

Monday, 15 October 2018

Diari Seorang Mak #4 : Misi Jogging


Assalamualaikum.

Seluar gym dah dapat. So, weekend pegi lah jogging.
Sabtu. Pagi-pagi lagi husband dah kejut.
"Jom! Kata nak jogging"
Rasa malas je masa tu.
Golek-golek lah kejap. Pastu Aydan bangun. Pastu Adam pun bangun.
Ok. Sebab semua dah bangun, maka marilah kita pegi taman, jogging.
Siap-siapkan diri dan anak-anak.
Pukul 8 pagi dah ada dalam kereta.

Semangat!
Kalau hari keje, pukul 8 pagi masih terkial-kial dekat rumah.

Gambar dekat taman tak ada. Masing-masing fokus bersenam.
Adam main bola. Adik relax dalam stroller.
Sejam je jogging sambil-sambil main bola dengan Adam.

Cuaca pagi sejuk. Berangin.
Syok!

Then kami pegi sarapan. Roti canai dekat mamak.
Harini makan dekat mamak Rahim. Tak nak pegi Siraj. Nanti kena beli mainan.

Masa makan tu, tetiba Adam ajak naik bas.
Adam dah banyak kali ajak naik bas. So, kali ni Baba tunaikan permintaan Adam.

Kita naik bas jom!



Sekejap je naik bas tu. Dari USJ 1 ke Sunway Pyramid dalam 5 minit je. Saja nak bagi Adam seronok. Lagi pun Mama Baba pun tak pernah lagi naik bas electric tu.

Dekat hallway bus station Sunway Lagoon

Muka eksited!

Aydan dan penat nak tido.


Dah jalan-jalan refresh kan fikiran, kami pun balik.
Sampai rumah dalam pukul 12.30 tengahari.
Mandikan Aydan, susukan, terus tido.

Adam pulak, mama suruh dia mandi, main air. Suka lah dia!
Sementara Adam main air, kita masak kat dapur. 
Menu simple, sup ayam.

Lepas siap masak, join Adam sekejap kat bilik air. Lepas tu siapkan dia pakai baju.
Lepas siap semua, suap Adam makan.
Banyak Adam makan.

(Banyak betul perkataan 'Lepas' hehe)

Dah kenyang, penat, Adam tido sampai petang!
Mama Baba pun tido sama.

Aydan bangun pukul 4.30 petang.
Mama pun ikut bangun. Kalau ikut hati, nak baring-baring lagi.
Hihi..
Mandikan Aydan, suap makan, susu, lepas tu Aydan main-main. Adam pun bangun.
Mama masuk dapur goreng karipap dengan hotdog.
Kopi o.
Selesai minum petang, kami keluar lagi. Jalan-jalan pusing-pusing area Subang Jaya.

Sebelum maghrib dah sampai rumah semula.

Ahad takde apa aktiviti sangat.
Kemas rumah, masak. Main dengan anak. 
Tu je lah..



Ohh...kesimpulan yang dapat dibuat.
Jogging tu penat. Walaupun cuma jogging 2 round je.
Huhuhu.


Wednesday, 10 October 2018

Diari Seorang Mak #3 : Random Babbling

Assalamualaikum.

Harini Rabu.
Saat ni hujan sedang lebat.
Tengah takde kerja nak buat di opis ni.
Pukul 4.38pm.
Lagi sejam nak balik.

Selangor sedang tak ada air.
4 hari.

Otak tengah pikir macam-macam.
Perempuan memang macam ni kot?
My husband cam relax je tak pikir pape.
Huh?

So, malam ni nak makan apa.
Since sis memang jarang masak, plus air takde.
Memang tak masak lah kekdah nya.
Kekeke..

Pekena makanan yang sup-sup pun best jugak.
Sup ayam ke..atau kambing perap.
Haalaaaaa.....dap nyeeeee...



Nak beli rumah.
Nak cantik elokkan kete.
Nak beli mekap dan jaga skin bebaik.
Nak beli young&living.
Nak balik rumah tapi tak nak stress kat rumah.

Sian anak-anak.
Tiap hari cuma dapat spend time dengan anak-anak lebih kurang 3~4 jam.
Tu pun dah termasuk time mandi makan solat kemas dapur buat keje rumah.

Sejujurnya aku tak penah pikir nak me time apa jadah segala tu. 
(Maafkan bahasa kasar)
Sebab waktu aku untuk anak-anak sangat limited.
Memanglah penat keje pastu sambung keje kat rumah tak habis-habis.
Tapi kalau keluar ber me time, pastu terlepas moment best dengan anak-anak, lagi lah tak best.
Contoh, aku keluar pegi jenjalan sendiri. Pastu kat rumah anak-anak dengan baba nya bergembira gelak ketawa tanpa aku.
Ehhh..mana boleh..
Mungkin sebab aku rasa hepi dengan anak dan suami.
Sebab tu aku tak perlukan me time.
Dan aku tak halang husband aku keluar.
Sebab seingat aku, dia behave je bila kat luar tu.
Harap-harap dia macam tu selamanya.
Amin33×


Semalam seluar gym sampai. Dah try.
Niat nak bersenam. Hahaha......
Moga-moga boleh lah dapat figure yang diidamkan.

Kat rumah tu.........
Dalam bilik tu....baju-baju Adam dengan baby Aydan..tak setel lagi.
Nak nangis boleh tak??
Huaaaa!

Pastu dapur tu tak tahu nak buat apa lagi kasi elok.
Rasa macam dah elok. Tapi rasa macam tak puas hati lagi. Macam ada yang kurang.
Haihh..memang berserabut kepala.
Serabus sebab benda yang tak payah nak diserabutkan.
Mihihihi...

Last week sibok sangat cakap dekat husband. 
Nak pegi jenjalan.
Sebab rasa macam dah tak best.
Pegi lah kitorang ke Bukit Tinggi.



Still....rasa macam tak puas lagi. huh!
Ehh..mana gambar baby Aydan?

Alalalalaaaa...
Gambar adik semua kat henpon atok dengan nenek.
Jap gi mama mintak. Mama update.


 Timen tolong pegang adik.
Sebab mama nak ambik gambar berdua dengan baba. Tetiba abang menyelit. Dah jadi gambar bertiga.
Mama cuma mampu berhuhu je lah..



Dah panjang-panjang bebel ni.
Dah dapat idea nak makan apa?

Hahaha..

Till then!

Diary Seorang Mak #2 : My Baby Aydan

Assalamualaikum.

Aydan Yusuff dah pun 6 month old.
Kejap je masa berlalu. 
Pantas!

Dah start makan pun.
Rasa macam baru je bersalin dan berpantang.
Mama ni belum sempat-sempat nak kurus. Kekeke...

Masa ni tengah tunggu nak discharge dari Hospital.



 Berpantang dekat Megah cuma seminggu. Then sambung pantang dekat Gading seminggu.
Tak betah berpantang dengan mak mertua dengan alasan bukan dengan mak sendiri. Maka aku ambil keputusan habiskan pantang dekat Subang saja.

Tak kisah bersusah-susah dan berpenat-penat asalkan diri rasa selesa.

Suka Adam main air!
Habis je 45days, terus keluar bawak Adam mandi pool dekat Putrajaya.
Mandi 2 jam tak cukup!
Balik tu menangis lah sekejap. Tapi berjaya ditenangkan dengan mudah.
Hehehe..

Main puas-puas sementara Mama maternity leave.
Tido sesama. Abang Adik. 
Lepak bilik sesama.
Bawak Adam main kat taman. Baby Aydan memang behave sangat bila kita bawak keluar jenjalan.
Good boy. :-)







Bawak jugak bebudak jalan kat Tasik Shah Alam.



Peha sangat gabak!
Then picnic kat Morib.




Tadi tido. Ni dah bangun.
Ni masa raya. 
Pegi makan-makan dengan atok nenek. Tapi gambar nenek takde. Hihi..





Ni pulak time lepak-lepak kat rumah.



Demam sikit.
Tu kain batik lejen tuu.. :-D
Mata tu kuyu nak tido.
Abang Adik Time!





A post shared by Nadia Ladzim (@nadialadzim) on

Ni lah antara apa yang terjadi selama 6 bulan ni.
Seronok layan anak-anak dekat rumah.
Rasa puas bila dapat kemas rumah, masak, layan anak-anak dan tido petang.

Nanti ada masa kita cerita pasal Baby food untuk Aydan.

Till then!