Assalamualaikum.
Seluar gym dah dapat. So, weekend pegi lah jogging.
Sabtu. Pagi-pagi lagi husband dah kejut.
"Jom! Kata nak jogging"
Rasa malas je masa tu.
Golek-golek lah kejap. Pastu Aydan bangun. Pastu Adam pun bangun.
Ok. Sebab semua dah bangun, maka marilah kita pegi taman, jogging.
Siap-siapkan diri dan anak-anak.
Pukul 8 pagi dah ada dalam kereta.
Semangat!
Kalau hari keje, pukul 8 pagi masih terkial-kial dekat rumah.
Gambar dekat taman tak ada. Masing-masing fokus bersenam.
Adam main bola. Adik relax dalam stroller.
Sejam je jogging sambil-sambil main bola dengan Adam.
Cuaca pagi sejuk. Berangin.
Syok!
Then kami pegi sarapan. Roti canai dekat mamak.
Harini makan dekat mamak Rahim. Tak nak pegi Siraj. Nanti kena beli mainan.
Masa makan tu, tetiba Adam ajak naik bas.
Adam dah banyak kali ajak naik bas. So, kali ni Baba tunaikan permintaan Adam.
Kita naik bas jom!
Sekejap je naik bas tu. Dari USJ 1 ke Sunway Pyramid dalam 5 minit je. Saja nak bagi Adam seronok. Lagi pun Mama Baba pun tak pernah lagi naik bas electric tu.
Dah jalan-jalan refresh kan fikiran, kami pun balik.
Sampai rumah dalam pukul 12.30 tengahari.
Mandikan Aydan, susukan, terus tido.
Adam pulak, mama suruh dia mandi, main air. Suka lah dia!
Sementara Adam main air, kita masak kat dapur.
Menu simple, sup ayam.
Lepas siap masak, join Adam sekejap kat bilik air. Lepas tu siapkan dia pakai baju.
Lepas siap semua, suap Adam makan.
Banyak Adam makan.
(Banyak betul perkataan 'Lepas' hehe)
Dah kenyang, penat, Adam tido sampai petang!
Mama Baba pun tido sama.
Aydan bangun pukul 4.30 petang.
Mama pun ikut bangun. Kalau ikut hati, nak baring-baring lagi.
Hihi..
Mandikan Aydan, suap makan, susu, lepas tu Aydan main-main. Adam pun bangun.
Mama masuk dapur goreng karipap dengan hotdog.
Kopi o.
Selesai minum petang, kami keluar lagi. Jalan-jalan pusing-pusing area Subang Jaya.
Sebelum maghrib dah sampai rumah semula.
Ahad takde apa aktiviti sangat.
Kemas rumah, masak. Main dengan anak.
Tu je lah..
Ohh...kesimpulan yang dapat dibuat.
Jogging tu penat. Walaupun cuma jogging 2 round je.
Huhuhu.
No comments:
Post a Comment
pop