Nuffnang Ads

Wednesday, 27 March 2019

Diari Seorang Mak #6 : Demam

Assalamualaikum,

Dah lama tak demam.
Tetiba semalam boleh pulak demam.
Mungkin aku ingat badan aku ni kebal kot.

Dari pagi masa kat ofis aku dah rasa sakit kepala.
Tapi buat tak layan je lah. Kerja tengah banyak yakmat.

Cuaca panas sangat semalam. Bahang dia lain macam.
Dengan kepala sakit, aku hanya mampu bersabar dan bertahan.

Tapi sampai je rumah semalam, aku memang dah tak boleh nak buat pape.
Husband aku tolong masak dan jaga anak2.
Suap abang adik makan.
Aku rehat je dalam bilik.

Pukul 8.30malam, aku bawak adik masuk bilik, tutup lampu, susukan dia, suruh dia tido.
Kami tido sampai lah ke subuh.

Alhamdullilah, lepas bangun subuh tu kepala dah tak sakit.
Dah tak demam lagi.

Tq ami ayeee.. :-)

P/S: Haaa..kan dah cakap, ami aye tu baik orangnya. Aku je yg selalu komplen dia. Haishh..ubah sikit perangai tu Nadiaaaa......

Tuesday, 19 March 2019

Diari Seorang Mak #5 : March 2019

Assalamualaikum,

So far 2019 sangat baik pada aku.
Alhamdullilah.
Early Januari, busy dengan kerja. Nak kejar date line apa semua.
Semua orang pun terpaksa OT. Tapi slowly keadaan semakin terkawal.
Masyuk jugak laa OT Januari tu.
Dekat rumah pun baik2 saja.

Orang yang selalu sayang aku.
Husband banyak tolong buat kerja rumah. Macam selalu lah.
Kitorang pun kurang gaduh. If gaduh pun, dah tak teruk macam dulu. Masing2 pun macam dah malas nak gaduh2 ni.
Bila sorang badmood, lagi sorang akan diam je.

Bulan ni, March 2019. Aku menginjak ke angka 33. Aydan Yusuff pun masuk 1 tahun.
Alhamdullilah.

Aydan Yusuff - day 1
Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada aku. Tak terhitung.

Start dari bulan March 2019 ni jugak, Adam Yusuff dah start sekolah. Lambat sikit dia start. Sebab aku tak jumpa sekolah yang sesuai untuk dia dan aku.
Pasal sekolah Adam tu nanti aku cerita kat entry lain. Heuheuheu...:-)


Mula2 tu memang drama sikit lah time pergi dan balik sekolah. Tapi bila dah masuk hari ke-3 camtu, dia dah mula paham. Dah kurang nangis. Masih nangis sikit2 tapi semua under control.

Start bulan March 2019 ni jugak, rumah aku pasang aircond. Haha...
Mungkin ramai je rasa..hekelehhhh..pasang ekon je pun nak kecoh..
Haha..kecoh lah...sebab aku kan bukan orang ada-ada. Ekon tu mahal. Bil api nanti pun mahal. Untuk mak jenis cheapskate macam aku ni, memang akan pikir banyak kali nak pakai barang mahal camtu.

Tapi sebab cuaca extra panas. Pastu Adam tetiba demam. Aydan pun macam dah nak hangat badan dia, plus time atok datang rumah, asek cakap panas.
Maka, mari lah kita pasang ekon.
Pasang dekat hall. Jadi semua orang boleh rasa ekon tu. Bijak tak mak?..hehe..

Adam demam, pastu terus pasang aircond

Also start bulan March 2019. My husband dah tak kedekut lagi nak bawak i'olls jenjalan ikea. Mungkin sebab dia dah naik gaji kot?..Bila aku cakap nak gi ikea je, dia terus onz. Kalau sebelum ni, memang dia akan try avoid ikea lah. Sebab dia tahu, kalau dia bawak aku pegi ikea, memang aku akan beli barang. Takde nya pegi cuma nak cuci mata. Paling koman pun, aku beli lilin. Haha...


Aku doakan suami aku diberikan rezeki yang melimpah ruah. Aminx33.

Suami aku ni baik. Tapi selalu aku je yang banyak komplen. Sian dia....
Moga2 dengan peningkatan umur aku ni, aku lebih menghargai orang2 yang ada disekeliling aku.



Start March 2019 ni jugak, kami rajin2 kan diri bawak anak2 pegi swimming. Cuma bila cuaca semakin tak menentu, start Adam demam tu, kitorang stop kan dulu. Takde nak buat aktiviti luar sangat. Tunggu cuaca dah ok sikit, musim panas ni dah berlalu, baru kita pegi outdoor activity.





So, apa projek lepas bulan March ni?

:-)

Stay tune......