Nuffnang Ads

Friday, 17 October 2014

Quick Breakfast

Assalamualaikum... ^_^

Saya selalu ada masalah breakfast.
Selalu miss breakfast.
Padahal dah tahu yang breakfast tu penting.

Jadi, sebab concernkan tulang rusuk kiri dia ni, Angah belikan saya pisang setiap 2 hari.
Quick breakfast katanya.
Kena makan.
Bukan susah. Cuma ambil dalam fridge, terus makan.
No more excuse.




Lagipun, saya ni susah buang air besar. Pisang membantu menyelesaikan masalah saya.
^_^

Jom kita tengok apa pentingnya BREAKFAST.

Sarapan pagi adalah sumber tenaga yang pertama selepas kita berehat sepanjang malam.
Macam mana nak bertenaga kalau kita tak supply sumber tenaga pada tubuh kita?
Bila tak sarapan, kita jadi tak bermaya. Cepat letih dan mengantuk.
Otak tak dapat bekerja dengan baik sebab tak ada energy.
Tak boleh nak fokus di pejabat dan yang paling kesian, bagi yang sedang belajar.

Mengambil sarapan juga boleh menguruskan badan.
Bagaimana?
Bila kita sarapan, perut kita dah terisi. Jadi, waktu lunch kita tak berapa nak kebulur.
Bolehlah kita kawal kuantiti makanan yang kita ambil.
And....
Bila kita lapar, kemungkinan kita nak makan junk food adalah sangat tinggi.
Bila kita menjaga waktu makan, makan secara tetap, risiko pengambilan makanan yang tidak berkhasiat adalah tipis.

Amalkan sarapan yang sihat.
Untuk kehidupan yang lebih baik.

Buat azam untuk tahun depan.
Jangan miss untuk sarapan.

^_^



Tips Penjagaan Kawasan Larangan Wanita

Hello semua!!

Ehem.. Entry kali ni macam malu sikit nak utarakan. Tapi hal macam ni penting untuk kita kongsikan bersama. Yelah kan.. V-zone ni sensitip. Kena jaga baik-baik. Kalau tak, senang nak kena jangkitan. Ada je kawan-kawan kt luar sana yang menghadapi masalah dengan v-area tapi malu nak pegi jumpa doktor dan dapatkan bantuan. Only if benda dah jadi teruk, barulah nak cari ubat. Bak kata orang-orang tua, mencegah lagi baik dari mengubati.

Masalah pada v-area ni banyak penyebabnya. Antaranya adalah kerana kebersihan. Banyak je kawan-kawan kita yang terlepas pandang tentang kebersihan bahagian yang paling sensitip ni. Bukan nak cakap pengotor ke apa, cuma kurang aware tentang betapa v-area ni memerlukan penjagaan rapi.


Feeling fresh and confident


Antara tips untuk menjaga adalah.............

Biasakan lah membilas v-area dengan air bersih selepas melepaskan hajat. Perlu ingat, basuh dari depan ke belakang. Basuh betul-betul sehingga bersih, kemudian lap kering-kering sebelum memakai seluar. Sebab keadaan lembab akan memudahkan kulat dan bakteria membiak dengan cepat. Tisu tu pulak, kalau boleh, pilih yang bersih, lembut dan serap air. Untuk keselesaan kita jugak kan?

Tukar seluar kecik tu sekurang-kurangnya dua(2) kali sehari. Pilihlah yang serap peluh yang diperbuat dari kapas. Elakkan menggunakan seluar kecik yang terlalu ketat kerana ia akan memberikan tekanan pada v-area kita dan akan menyebabkan kesayangan kita tu menjadi lembab sekaligus menggalakkan pembiakan kulat.

Kalau boleh, pilihlah pantyliner yang unscented. Ataupun jangan pakai secara terus menerus kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Untuk pad/tuala wanita pula, gunakanlah yang berpermukaan lembut dan ada daya penyerapan yang baik supaya kekal kering. Seelok-eloknya, tukarlah setiap 4~5 jam kerana darah yang tertampung pada pad pun boleh menjadi medium pembiakan kuman penyebab jangkitan.

Berhati-hati dalam memilih cecair pencuci kerana sesetengahnya boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Terlalu kerap mencuci menggunakan cecair pencuci juga akan menyebabkan gangguan keseimbangan flora dalam v-zone. Ia juga boleh membunuh bakteria baik yang ada dan menggalakkan pertumbuhan cendawan yang menyebabkan gatal-gatal.

JANGAN melakukan hubungan seksual pada masa menstruasi kerana dinding menjadi lebih sensetip dan senang terluka dan memudahkan jangkitan.

Elakkan stress dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Ini lah pantyliner yang paling best dalam dunia! Serius. Memang kering sepanjang hari. Kalau time dah nak datang period, keputihan akan jadi banyak, tapi dengan pantyliner ni memang kering dan super super super comfy. Segala cecair akan diserap terus kedalam dan permukaannya tetap kering walaupun dah 8jam pakai. Bila kering, kita selesa, bakteria pun tak membiak!

Ramai kaum hawa yang merungut tak selesa bila datang bulan. Lagi-lagi time heavy flow. Takut bocor lah, rasa lekit lah. Macam-macam lagi jenis rungutan yang kita pernah dengar. Tapi, dengan pad yang power ni, semua masalah tu boleh selesai. Sama macam pantyliner tadi, pad ni super super super comfy. Permukaan yang kekal kering walaupun time tengah heavy flow dan dah pakai 6 jam! Kuasa serapan yang hebat dan yang bestnya ia ada sistem ventilation yang membolehkan kesayangan kita tu bernafas bebas dan tak rimas!


Last sekali, bab cuci mencuci.  Pencuci ni ada bau apple yang lembut sgt. Sedap bau dia. Cecair dia pekat. So, picit sikit je dah cukup. Extact sireh sangat bagus untuk kesayangan kita tu. Dan yang paling penting, ia tidak menyebabkan kekeringan!

Awak-awak yang dah pernah pakai mesti tahu betapa bestnya benda ni. Bukan muka dan kulit badan je nak yang terbaik. Tapi v-area kita pun nak perkara yang sama. Bila bersih, barulah kita rasa fresh dan konfiden! Dan lagi satu, kalau botak, lagi senang nak jaga tau. Bakteria pun takde..hihi..

Ok. Sampai sini saja! ;-)






Thursday, 16 October 2014

Dara Lamb Burger Shah Alam





Cari tempat lepak yang best? Dengan makanan yang sedap? Harga pun boleh tahan berpatutan?
Haaa... Sape-sape yang kat area Shah Alam, boleh try pekena burger dekat Dara Lamb Burger (DLB).

Syokkkk........

Serius. Suasananya yang santai, hiasan kedai yang menarik, pekerjanya ramah. Service tip top. 
Pada peminat shisha, boleh try kat situ. Tobacco dia guna brand Starbuzz.
Sekarang ni tengah offer. Discount RM5.

Lokasi, Seksyen 7. Kedai ni baru bukak dalam sebulan lebih.



Saya dan try dengan kawan-kawan. Memang puas hati sangat. 



Korang try la.

^_^

Wednesday, 15 October 2014

My Preggy Princess Part 2

Hai semua.........

My princess dah selamat melahirkan anak pada 1hb Oktober. Wahhhh... senang nak kira tarikh. Nanti nak kena cucuk vaksin dengan vitamin. ^_^

Hari ni hari yang ke-15. Masih dalam pantang.

Jom tengok gambar. Tapi maaf lah, kualiti gambar tak cantik sebab henpon yang saya guna ni camera dia kurang pixel. Henpon tak canggih.


Kedekut anak.

Anak yang pertama

Mata terpejam sebab kena flash

Lepas menyusu

Tak sabar nak tunggu diorang besar. Nama pun tak letak lagi.

^_^


Tuesday, 14 October 2014

Honeymoon to Shanghai?!

Hai korang!

Semalam boss panggil masuk bilik dia. Dia tanya, you all naik cuti kawen bila? Aku jawab la, In sha Allah 29hb tu dah start keje. Dia diam je. Dalam 20saat jugak dia menung.

Apahal pulak bos aku ni? (kata dalam hati)

Dia capai kalender. Dia tunjuk tarikh 3hb November sampai 7hb November.

Dia kata, Ni tarikh ni, saya nak bawak husband you pegi Shanghai. Boleh tak?
(pergi atas urusan kerja)

I was like, WHAT? Shanghai? Tinggalkan aku? Ketika inai masih merah dijari, aku dibiarkan kesepian? T_T

Aku angguk je lahh...... Boss tanya lagi, BOLEH TAK?

Aku jawab dengan penuh yakin, Why must you ask me? Why not you ask Ariff himself?

Boss aku ketawa, dia jawab "Kena minta permission you dulu maaa........ After 25th Oct, you're the boss" 

Perli aku ke hapa? -.-"

Aku senyum je lah. Tak kan lah aku tak bagi Angah pegi kan? Ni urusan kerja dan melibatkan karier dia. Yang penting, kena belikan aku souvenir. Kikiki.......

Takde maknanya honeymoon kat Shanghai.

Honeymoon kitorang postpone ke tarikh yang akan dibincangkan kelak.

Peace! ^_^

Friday, 3 October 2014

Aku nak bahagia

Hai korang.........

Macam mana mood korang sekarang? Dengan harga minyak yang naik, aku rasa kebanyakan orang akan rasa terbeban. Dan mood pun jadi kurang baik. 

Apa pun masalahnya, tolong jangan lepaskan tekanan pada orang yang salah.
Contohnya, anak-anak dan isteri. Tolong. Jangan jadikan mereka mangsa.

Masalah kewangan sekarang ni makin meruncing. Bila harga minyak naik, harga barangan harian jugak akan naik. Nak cover kos kata para peniaga.
T_T

Gaji aku tak seberapa. Bila dah bayar sewa rumah dan bil-bil bulanan, bakinya tinggal berapa ringgit je. Nama nak berjimba ria, memang a big NO.

Aku risau sangat kalau hal kewangan akan menggugat kebahagian rumahtangga aku nanti.
Sungguh. Aku takut.

Maaf kalau entry aku sejak dua menjak ni lebih kepada luahan perasaan.

Jumpa next entry. Aku akan cuba beri input yang lebih bermanfaat.

Peace!




Thursday, 2 October 2014

How To Be Positive Person

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!......

Semalam 1 Oktober. Aku rasa banyak kot kejadian yang berlaku semalam. Dan aku rasa sangat penat harini.

Bagi aku, pagi-pagi ni, permulaan hari aku agak ke laut sikit. Maybe sebab penat, so mood pun tak berapa baik. Hurmm......

Tapi still ada topik yang boleh dibincangkan.

How to become more positif person each day.

Setiap hari, ada saja yang terjadi. Ada saja masalah yang datang. Ada saja perkara berbangkit yang perlu diselesaikan. Samada itu hal kecil atau besar, tetap perlu dibereskan.

Penat. Lelah nak hadap hidup ni. Itu yang aku rasa kadang-kadang. Aku tak tahu lah orang-orang kat luar sana.

Selalu bila aku kusut yang berlebihan, tapi aku bukan anak orang kaya atau orang kaya yang banyak duit nak pergi holiday bila otak serabut, aku akan lepak mamak. Atau tempat ramai orang. Biasanya mamak la.. boleh pekena teh tarik sekali.

Aku suka tengok orang lain. Aku suka tengok gelagat orang lain. Ada yang datang dengan kawan. Ada yang datang dengan awek. Ada yang datang dengan isteri dan anak-anak. Ada apek tua minum kopi lepas jogging. Ada geng-geng muslimah moden pakai shawl lilit-lilit. Ada macam-macam orang. Dan macam-macam ragam.

Umpama lihat wayang kehidupan secara percuma, live depan mata!
The best part is, tengok wayang kehidupan secara santai sambil makan maggi goreng pedas dan teh tarik... Itu cara aku laaaa........ Tiap orang ada cara berbeza nak release tension.

So, berbalik pada topik yang aku utarakan. How to become positive person.

Yang pertama sekali, tengok pada diri sendiri. Macam mana penampilan kita? Elok ke? Bagus ke? Kemas tak? Bersih tak? Ubah. Ubah kepada yang lebih baik. Contohnya, kalau selalu kau pergi kerja pakai baju kurung, dan baju kurung tu pulak yang dah berapa kurun punya baju kurung. Ubah. Samada kau buat baju kurung baru atau kau tukar pakai skirt labuh dengan kemeja. Ikut citarasa kau. Kau pakai apa yang kau suka.

Yang kedua, pilih kawan. Bukan maknanya kau jadi sombong dan tak nak kawan dengan orang. Tapi pilih dengan siapa kau nak rapat. Kalau kau rapat dengan yang perangai tak elok, kemungkinan besar kau pun akan terikut sama. Ok, aku tahu akan ada orang cakap, kita kawan dengan dia sebab bimbing dia jadi baik. Kau yakin? Yakin boleh bawak kawan kau tu? Cuma ada dua risiko. Dia jadi baik atau kau yang jadi jahat. Kau pilih la........... Tepuk dada tanya iman.




Yang ketiga, setiap hari sebelum kau tido, niat kau nak buat yang terbaik untuk esok. Keyakinan tu akan hadir bila kita dah buat yang terbaik. Cuma bila kita dah buat yang terbaik tapi nasib tak menyebelahi kita, anggap saja itu bukan rezeki dan Allah dah sediakan yang lebih untuk kita. Aku tahu bukan senang nak redha. Tapi kita kena yakin dengan Allah. Allah tak beri apa yang hanba-Nya mahu. Allah beri apa yang hamba-Nya perlukan.

Yang keempat, ini aku ambik dari mutiara kata Prof Muhaya..
" Sebut benda yang baik kepada diri kita dan ulang dengan penuh emosi, keyakinan dan masukkan ke dalam minda bawah sedar. Apa yang minda sedar fikir dan masuk ke minda bawah sedar, maka minda bawah sedar akan bekerja untuk melakukan kerja itu dengan izin Allah. Apabila kita berdoa dengan khusyuk, kita sedang masukkan program ke dalam minda bawah sedar. Kualiti kehidupan ditentukan melalui fikiran dan sikap kita"
Aku suka kata-kata prof Muhaya ni. ;-)

Ehh..Ok lah.. Panjang berjela pulak aku membebel. Kalau ada apa-apa tambahan, aku akan buat pada entry lain.

TQ pada yang membaca. ^_^

Peace!




Jiran Oh Jiran

Hai semua....... Assalamualaikum.. ^_^

Macam biasa, saya suka singgah di blog MummyRem. Seronok membaca. Hihi.....

Kali ni saya baca tentang jiran MummyRem. Baca cerita penuhnya di sini Apa Kata Jiran.

Kita ni hidup bermasyarakat. Ada orang sekeliling. Macam saya yang hidup di Subang Jaya ni, susah nak jumpa jiran sebelah menyebelah. Jangankan jiran sebelah rumah, jiran sebelah bilik ni pun jarang dapat jumpa. Masing-masing sibuk dengan rutin harian yang berlainan jadual. T_T

Bila saya baca cerita MummyRem, saya terus teringat pada masalah jiran yang saya hadapi. Saya ni jenis orang yang suka terperap di rumah. Jarang nak keluar melepak atau merayau. Kalau keluar pun, cuma pergi Giant atau Mydin cari barang yang dah kehabisan stok.

Bila dah suka lepak di rumah, tentulah saya nak rumah saya sentiasa dalam keadaan kemas, selesa dan juga wangi. Haaa.. cerita pasal wangi, jiran bawah rumah saya ni warga asing. Dari Bangladesh. Duduk ramai-ramai. Tak tahu saya berapa orang dia sumbat dalam 1 rumah tu..

Rutin diorang ni, setiap hari memasak bila diorang balik dari kerja pukul 10 malam. Bau nya sangat menusuk hidung dan sangat kuat. Habis 1 rumah saya bau masakan diorang tu. Sofa, langsir, sampai lan bau tu masuk ke bilik saya. T_T


sumber google

Saya memang stress betul. Tak suka dengan bau-bau yang tak menyenangkan. Kalau saya sidai baju di balkoni, alamatnya, baju saya dah tak bau pelembut lagi. Diganti dengan bau masakan diorang tu.

Kalau setakat pukul 10 malam setiap hari tu ok lah lagi, pagi-pagi pukul 8 pun ada bau macam tu jugak. Bila saya balik kerja pukul 6 petang pun berbau jugak. Haihhh... Kalau macam ni punya gaya, bila saya dapat sidai baju?

Pernah saya ketuk pintu rumah diorang, tanya kenapa bau teruk sangat, diorang ada mintak maaf, bau tu kurang la untuk 2 3 hari, tapi lepas tu, datang lagi masalah yang sama. Haihhh....

Macam-macam cara saya dah buat untuk kurangkan masalah bau, tapi masih belum jumpa cara terbaik. Tapi takpe.. saya akan usaha lagi.

Doakan saya berjaya. ;-)

Peace!

Wednesday, 1 October 2014

Bila Dapat Gaji

Hai semuaaaa.......

Harini hari gaji. Hepi. Rasa nak makan kat luar. Makan best-best. Dah lama mengidam nak makan itu ini. Haritu pegi jenjalan cuci mata kat IOI Mall. Nampak la baju selai dua yang sesuai nak buat pegi keje. Dah mark dah kedai tu. Harga pun dah lekat dalam kepala. Best memang best. Huhu....

Malam kang nak ajak buah hati tengok wayang kat One City. Lepak dekat skypark sambil minum-minum.. Feeling romantik la kononnya. Wahhhhh!

Tengahari lepas lunch, keje kat opis ni pun tak berapa nak banyak. Jadi terus terpikir nak bayar bill.

Bukak cimbcliks....

Mula-mula transfer duit dulu pada mak. (Walaupun sikit. Cari berkat)
Bayar sewa rumah.
Bayar bil api & air
Bayar bil Astro
Bayar bil Indah Water
Transfer masuk ASB
Bayar duit ansuran mudah

............................................................. -.-"

Baki duit dalam bank??

T_______T

Hajat hati nak makan sedap lagi mahal, beli baju dan tengok wayang terus terbantut.

Lain kali lahhh ~~~~~~~~



Duit Oh Duit



Hello October!

Assalamualaikum semua......... ^_^

Dengan ini berakhirnya bulan September 2014 dan hadir lah Oktober 2014.
Bulan Oktober bakal menjadi bulan keramat untuk saya.

Dan dalam bulan islam, sekarang ni dah bulan Zulhijjah 1435.

Another few days more akan masuk bulan Muharram 1436.


1 Muharram detik permulaan perkiraan tahun islam hijrah.
Perpindahan Nabi dan umat islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Atas keyakinan dan iman yang teguh kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam untuk sepanjang zaman.


Dan hijrah saya juga akan bermula pada 1 Muharram. ^_^
Semoga penghijrahan ini membawa seribu rahmat buat saya. Membawa saya lebih dekat dengan yang Esa. Membawa saya lebih dekat dengan syurga-Nya. Semakin disayangi maha Pencipta.

Few days more.

Hari yang ditunggu-tunggu.

Semoga dimudahkan. Semoga dilindungi. Semoga dirahmati.


ehsan google