Nuffnang Ads

Thursday, 2 October 2014

Jiran Oh Jiran

Hai semua....... Assalamualaikum.. ^_^

Macam biasa, saya suka singgah di blog MummyRem. Seronok membaca. Hihi.....

Kali ni saya baca tentang jiran MummyRem. Baca cerita penuhnya di sini Apa Kata Jiran.

Kita ni hidup bermasyarakat. Ada orang sekeliling. Macam saya yang hidup di Subang Jaya ni, susah nak jumpa jiran sebelah menyebelah. Jangankan jiran sebelah rumah, jiran sebelah bilik ni pun jarang dapat jumpa. Masing-masing sibuk dengan rutin harian yang berlainan jadual. T_T

Bila saya baca cerita MummyRem, saya terus teringat pada masalah jiran yang saya hadapi. Saya ni jenis orang yang suka terperap di rumah. Jarang nak keluar melepak atau merayau. Kalau keluar pun, cuma pergi Giant atau Mydin cari barang yang dah kehabisan stok.

Bila dah suka lepak di rumah, tentulah saya nak rumah saya sentiasa dalam keadaan kemas, selesa dan juga wangi. Haaa.. cerita pasal wangi, jiran bawah rumah saya ni warga asing. Dari Bangladesh. Duduk ramai-ramai. Tak tahu saya berapa orang dia sumbat dalam 1 rumah tu..

Rutin diorang ni, setiap hari memasak bila diorang balik dari kerja pukul 10 malam. Bau nya sangat menusuk hidung dan sangat kuat. Habis 1 rumah saya bau masakan diorang tu. Sofa, langsir, sampai lan bau tu masuk ke bilik saya. T_T


sumber google

Saya memang stress betul. Tak suka dengan bau-bau yang tak menyenangkan. Kalau saya sidai baju di balkoni, alamatnya, baju saya dah tak bau pelembut lagi. Diganti dengan bau masakan diorang tu.

Kalau setakat pukul 10 malam setiap hari tu ok lah lagi, pagi-pagi pukul 8 pun ada bau macam tu jugak. Bila saya balik kerja pukul 6 petang pun berbau jugak. Haihhh... Kalau macam ni punya gaya, bila saya dapat sidai baju?

Pernah saya ketuk pintu rumah diorang, tanya kenapa bau teruk sangat, diorang ada mintak maaf, bau tu kurang la untuk 2 3 hari, tapi lepas tu, datang lagi masalah yang sama. Haihhh....

Macam-macam cara saya dah buat untuk kurangkan masalah bau, tapi masih belum jumpa cara terbaik. Tapi takpe.. saya akan usaha lagi.

Doakan saya berjaya. ;-)

Peace!

No comments:

Post a Comment

pop