Nuffnang Ads

Friday, 17 October 2014

Tips Penjagaan Kawasan Larangan Wanita

Hello semua!!

Ehem.. Entry kali ni macam malu sikit nak utarakan. Tapi hal macam ni penting untuk kita kongsikan bersama. Yelah kan.. V-zone ni sensitip. Kena jaga baik-baik. Kalau tak, senang nak kena jangkitan. Ada je kawan-kawan kt luar sana yang menghadapi masalah dengan v-area tapi malu nak pegi jumpa doktor dan dapatkan bantuan. Only if benda dah jadi teruk, barulah nak cari ubat. Bak kata orang-orang tua, mencegah lagi baik dari mengubati.

Masalah pada v-area ni banyak penyebabnya. Antaranya adalah kerana kebersihan. Banyak je kawan-kawan kita yang terlepas pandang tentang kebersihan bahagian yang paling sensitip ni. Bukan nak cakap pengotor ke apa, cuma kurang aware tentang betapa v-area ni memerlukan penjagaan rapi.


Feeling fresh and confident


Antara tips untuk menjaga adalah.............

Biasakan lah membilas v-area dengan air bersih selepas melepaskan hajat. Perlu ingat, basuh dari depan ke belakang. Basuh betul-betul sehingga bersih, kemudian lap kering-kering sebelum memakai seluar. Sebab keadaan lembab akan memudahkan kulat dan bakteria membiak dengan cepat. Tisu tu pulak, kalau boleh, pilih yang bersih, lembut dan serap air. Untuk keselesaan kita jugak kan?

Tukar seluar kecik tu sekurang-kurangnya dua(2) kali sehari. Pilihlah yang serap peluh yang diperbuat dari kapas. Elakkan menggunakan seluar kecik yang terlalu ketat kerana ia akan memberikan tekanan pada v-area kita dan akan menyebabkan kesayangan kita tu menjadi lembab sekaligus menggalakkan pembiakan kulat.

Kalau boleh, pilihlah pantyliner yang unscented. Ataupun jangan pakai secara terus menerus kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Untuk pad/tuala wanita pula, gunakanlah yang berpermukaan lembut dan ada daya penyerapan yang baik supaya kekal kering. Seelok-eloknya, tukarlah setiap 4~5 jam kerana darah yang tertampung pada pad pun boleh menjadi medium pembiakan kuman penyebab jangkitan.

Berhati-hati dalam memilih cecair pencuci kerana sesetengahnya boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Terlalu kerap mencuci menggunakan cecair pencuci juga akan menyebabkan gangguan keseimbangan flora dalam v-zone. Ia juga boleh membunuh bakteria baik yang ada dan menggalakkan pertumbuhan cendawan yang menyebabkan gatal-gatal.

JANGAN melakukan hubungan seksual pada masa menstruasi kerana dinding menjadi lebih sensetip dan senang terluka dan memudahkan jangkitan.

Elakkan stress dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Ini lah pantyliner yang paling best dalam dunia! Serius. Memang kering sepanjang hari. Kalau time dah nak datang period, keputihan akan jadi banyak, tapi dengan pantyliner ni memang kering dan super super super comfy. Segala cecair akan diserap terus kedalam dan permukaannya tetap kering walaupun dah 8jam pakai. Bila kering, kita selesa, bakteria pun tak membiak!

Ramai kaum hawa yang merungut tak selesa bila datang bulan. Lagi-lagi time heavy flow. Takut bocor lah, rasa lekit lah. Macam-macam lagi jenis rungutan yang kita pernah dengar. Tapi, dengan pad yang power ni, semua masalah tu boleh selesai. Sama macam pantyliner tadi, pad ni super super super comfy. Permukaan yang kekal kering walaupun time tengah heavy flow dan dah pakai 6 jam! Kuasa serapan yang hebat dan yang bestnya ia ada sistem ventilation yang membolehkan kesayangan kita tu bernafas bebas dan tak rimas!


Last sekali, bab cuci mencuci.  Pencuci ni ada bau apple yang lembut sgt. Sedap bau dia. Cecair dia pekat. So, picit sikit je dah cukup. Extact sireh sangat bagus untuk kesayangan kita tu. Dan yang paling penting, ia tidak menyebabkan kekeringan!

Awak-awak yang dah pernah pakai mesti tahu betapa bestnya benda ni. Bukan muka dan kulit badan je nak yang terbaik. Tapi v-area kita pun nak perkara yang sama. Bila bersih, barulah kita rasa fresh dan konfiden! Dan lagi satu, kalau botak, lagi senang nak jaga tau. Bakteria pun takde..hihi..

Ok. Sampai sini saja! ;-)






No comments:

Post a Comment

pop