Nuffnang Ads

Friday, 16 August 2019

Happy, awak dekat mana?

Semua orang ada struggle sendiri.
Ada kesakitan yang dia kena tanggung.
Sama je macam aku.

Sebab Allah itu Maha Adil.

Terlalu banyak yang aku lalui. Yang aku nak luahkan.
Tapi pada siapa?

Main reason aku tak selalu update apa-apa dekat media sosial, 
baik FB, Instagram atau Blog,
sebab aku tak rasa happy.

Aku sayang apa yang aku ada sekarang, tapi aku tak happy.
Aku suka kerja aku sekarang, tapi aku tak happy.
Aku selesa dengan tempat tinggal aku sekarang, tapi aku tak happy.

Yes.

Tak happy adalah perkara yang sangat tak best.

Macam mana nak happykan diri sendiri?

Aku tak ada cara. Semua yang aku buat, aku cuma rasa kosong.
Tak rasa happy pun.

Aku tak rasa marah, sedih atau apa.
Aku ok. i'm just fine.
Cuma, aku tak rasa happy.

Ada orang sarankan aku untuk cari bantuan.
Sebab keadaan ni effect kualiti kehidupan aku.

Aku pun tak tahu apa hal.

Saat aku menulis ini, aku rasa macam nak keluar.
Keluar dari mana?

i dont know.

Cuma rasa nak keluar.

Dan rasa tenang.

Thursday, 20 June 2019

Diari Seorang Mak #8 : Sosial Medias

Aku dok perati lah sosial media ni kan.

Scroll..scroll..

Tengok happy life orang. Yang menarik perhatian aku adalah mak anak 2 dan ke atas.
Why?
Sebab aku ada 2 anak yang bersama dengan aku.
Hidup aku tunggang langgang!
Kadang nak mandi pun tak sempat.
Tak dapat pegang HP. Apatah lagi update apa2 dekat sosial medias.
Update blog ni pun time aku free dekat office.

Aku ke yang tak pandai manage masa?

Monday, 22 April 2019

Diari Seorang Mak #7 : Turn Yang Lain Pulak Demam

Assalamualaikum..

Last week kami balik kampung.
Buat BBQ. Takde lah jemput sesape.
Adik beradik je haa..
Sempena rumah mak siap renovation. Kikiki...

Masa time BBQ tu aku demam lagi sekali.
Batuk + sakit kepala.
Aydan pun ikut demam sekali.
Eh..salah. Aydan demam dulu. Pastu jangkit kat aku.
Jumaat malam tu Aydan dah start panas.
Pagi sabtu kami bawak dia pegi Klinik.
Malam sabtu tu Aydan dah ok, aku pulak down.
Then Isnin, semuanya dah ok. Alhamdullilah.

This week, baba sakit gigi. Bengkak muka dia. Berhari2 jugak baba sakit gigi.
Aydan pun demam lagi. Risau aku Aydan demam ulang2 ni.
Ubat demam minggu lepas ada lagi. So aku bagi ubat demam je lah.
Sambil2 sapu Tasneem Balm - CF rub.
Harap2 cepat lah kebah.
Pagi badan Aydan panas, tapi lepas makan ubat, tengahari tu dah ok. 
Aydan nap. Lepas tu panas balik. Aku keep sapu CF rub.
Abang buat hal sendiri. Sebab bila Aydan demam dia akan jadi extra extra extra clingy.
Lepas maghrib Aydan dah ok. Main dengan Adam. Kacau baba. Hepi je dia.
Baba masih sakit lagi. Kesian baba. Tapi aku tak tahu nak buat apa.
Boleh tolong kesian je lah. 
Control anak2 jangan bising sangat sebab baba sakit kepala.
Bagi baba rest sikit.

Tengah malam Aydan start panas balik. Baba pun start panas jugak.
Aircond memang aku ON 24 jam.
Bagi suhu kat rumah nyaman.
Lantak lah bill melambung ke apa.
Yang penting, baba dan anak2 selesa.
Lagi2 time memasing tak berapa nak sihat ni.

Whatsapp mak tanya kabar, bagitahu angah dengan cucu dia tak sihat.
Rupanya mak pun tak sihat jugak.
Cuaca panas walaupun hari2 hujan.
Bahang dia lain maciam.
Kena minum air banyak2.

Moga2 semua yang tengah tak sihat ni cepat2 sembuh.
Aminx33

Wednesday, 27 March 2019

Diari Seorang Mak #6 : Demam

Assalamualaikum,

Dah lama tak demam.
Tetiba semalam boleh pulak demam.
Mungkin aku ingat badan aku ni kebal kot.

Dari pagi masa kat ofis aku dah rasa sakit kepala.
Tapi buat tak layan je lah. Kerja tengah banyak yakmat.

Cuaca panas sangat semalam. Bahang dia lain macam.
Dengan kepala sakit, aku hanya mampu bersabar dan bertahan.

Tapi sampai je rumah semalam, aku memang dah tak boleh nak buat pape.
Husband aku tolong masak dan jaga anak2.
Suap abang adik makan.
Aku rehat je dalam bilik.

Pukul 8.30malam, aku bawak adik masuk bilik, tutup lampu, susukan dia, suruh dia tido.
Kami tido sampai lah ke subuh.

Alhamdullilah, lepas bangun subuh tu kepala dah tak sakit.
Dah tak demam lagi.

Tq ami ayeee.. :-)

P/S: Haaa..kan dah cakap, ami aye tu baik orangnya. Aku je yg selalu komplen dia. Haishh..ubah sikit perangai tu Nadiaaaa......

Tuesday, 19 March 2019

Diari Seorang Mak #5 : March 2019

Assalamualaikum,

So far 2019 sangat baik pada aku.
Alhamdullilah.
Early Januari, busy dengan kerja. Nak kejar date line apa semua.
Semua orang pun terpaksa OT. Tapi slowly keadaan semakin terkawal.
Masyuk jugak laa OT Januari tu.
Dekat rumah pun baik2 saja.

Orang yang selalu sayang aku.
Husband banyak tolong buat kerja rumah. Macam selalu lah.
Kitorang pun kurang gaduh. If gaduh pun, dah tak teruk macam dulu. Masing2 pun macam dah malas nak gaduh2 ni.
Bila sorang badmood, lagi sorang akan diam je.

Bulan ni, March 2019. Aku menginjak ke angka 33. Aydan Yusuff pun masuk 1 tahun.
Alhamdullilah.

Aydan Yusuff - day 1
Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada aku. Tak terhitung.

Start dari bulan March 2019 ni jugak, Adam Yusuff dah start sekolah. Lambat sikit dia start. Sebab aku tak jumpa sekolah yang sesuai untuk dia dan aku.
Pasal sekolah Adam tu nanti aku cerita kat entry lain. Heuheuheu...:-)


Mula2 tu memang drama sikit lah time pergi dan balik sekolah. Tapi bila dah masuk hari ke-3 camtu, dia dah mula paham. Dah kurang nangis. Masih nangis sikit2 tapi semua under control.

Start bulan March 2019 ni jugak, rumah aku pasang aircond. Haha...
Mungkin ramai je rasa..hekelehhhh..pasang ekon je pun nak kecoh..
Haha..kecoh lah...sebab aku kan bukan orang ada-ada. Ekon tu mahal. Bil api nanti pun mahal. Untuk mak jenis cheapskate macam aku ni, memang akan pikir banyak kali nak pakai barang mahal camtu.

Tapi sebab cuaca extra panas. Pastu Adam tetiba demam. Aydan pun macam dah nak hangat badan dia, plus time atok datang rumah, asek cakap panas.
Maka, mari lah kita pasang ekon.
Pasang dekat hall. Jadi semua orang boleh rasa ekon tu. Bijak tak mak?..hehe..

Adam demam, pastu terus pasang aircond

Also start bulan March 2019. My husband dah tak kedekut lagi nak bawak i'olls jenjalan ikea. Mungkin sebab dia dah naik gaji kot?..Bila aku cakap nak gi ikea je, dia terus onz. Kalau sebelum ni, memang dia akan try avoid ikea lah. Sebab dia tahu, kalau dia bawak aku pegi ikea, memang aku akan beli barang. Takde nya pegi cuma nak cuci mata. Paling koman pun, aku beli lilin. Haha...


Aku doakan suami aku diberikan rezeki yang melimpah ruah. Aminx33.

Suami aku ni baik. Tapi selalu aku je yang banyak komplen. Sian dia....
Moga2 dengan peningkatan umur aku ni, aku lebih menghargai orang2 yang ada disekeliling aku.



Start March 2019 ni jugak, kami rajin2 kan diri bawak anak2 pegi swimming. Cuma bila cuaca semakin tak menentu, start Adam demam tu, kitorang stop kan dulu. Takde nak buat aktiviti luar sangat. Tunggu cuaca dah ok sikit, musim panas ni dah berlalu, baru kita pegi outdoor activity.





So, apa projek lepas bulan March ni?

:-)

Stay tune......