Assalamualaikum dan selamat pagi semua!......
Semalam 1 Oktober. Aku rasa banyak kot kejadian yang berlaku semalam. Dan aku rasa sangat penat harini.
Bagi aku, pagi-pagi ni, permulaan hari aku agak ke laut sikit. Maybe sebab penat, so mood pun tak berapa baik. Hurmm......
Tapi still ada topik yang boleh dibincangkan.
How to become more positif person each day.
Setiap hari, ada saja yang terjadi. Ada saja masalah yang datang. Ada saja perkara berbangkit yang perlu diselesaikan. Samada itu hal kecil atau besar, tetap perlu dibereskan.
Penat. Lelah nak hadap hidup ni. Itu yang aku rasa kadang-kadang. Aku tak tahu lah orang-orang kat luar sana.
Selalu bila aku kusut yang berlebihan, tapi aku bukan anak orang kaya atau orang kaya yang banyak duit nak pergi holiday bila otak serabut, aku akan lepak mamak. Atau tempat ramai orang. Biasanya mamak la.. boleh pekena teh tarik sekali.
Aku suka tengok orang lain. Aku suka tengok gelagat orang lain. Ada yang datang dengan kawan. Ada yang datang dengan awek. Ada yang datang dengan isteri dan anak-anak. Ada apek tua minum kopi lepas jogging. Ada geng-geng muslimah moden pakai shawl lilit-lilit. Ada macam-macam orang. Dan macam-macam ragam.
Umpama lihat wayang kehidupan secara percuma, live depan mata!
The best part is, tengok wayang kehidupan secara santai sambil makan maggi goreng pedas dan teh tarik... Itu cara aku laaaa........ Tiap orang ada cara berbeza nak release tension.
So, berbalik pada topik yang aku utarakan. How to become positive person.
Yang pertama sekali, tengok pada diri sendiri. Macam mana penampilan kita? Elok ke? Bagus ke? Kemas tak? Bersih tak? Ubah. Ubah kepada yang lebih baik. Contohnya, kalau selalu kau pergi kerja pakai baju kurung, dan baju kurung tu pulak yang dah berapa kurun punya baju kurung. Ubah. Samada kau buat baju kurung baru atau kau tukar pakai skirt labuh dengan kemeja. Ikut citarasa kau. Kau pakai apa yang kau suka.
Yang kedua, pilih kawan. Bukan maknanya kau jadi sombong dan tak nak kawan dengan orang. Tapi pilih dengan siapa kau nak rapat. Kalau kau rapat dengan yang perangai tak elok, kemungkinan besar kau pun akan terikut sama. Ok, aku tahu akan ada orang cakap, kita kawan dengan dia sebab bimbing dia jadi baik. Kau yakin? Yakin boleh bawak kawan kau tu? Cuma ada dua risiko. Dia jadi baik atau kau yang jadi jahat. Kau pilih la........... Tepuk dada tanya iman.
Yang ketiga, setiap hari sebelum kau tido, niat kau nak buat yang terbaik untuk esok. Keyakinan tu akan hadir bila kita dah buat yang terbaik. Cuma bila kita dah buat yang terbaik tapi nasib tak menyebelahi kita, anggap saja itu bukan rezeki dan Allah dah sediakan yang lebih untuk kita. Aku tahu bukan senang nak redha. Tapi kita kena yakin dengan Allah. Allah tak beri apa yang hanba-Nya mahu. Allah beri apa yang hamba-Nya perlukan.
Yang keempat, ini aku ambik dari mutiara kata Prof Muhaya..
" Sebut benda yang baik kepada diri kita dan ulang dengan penuh emosi, keyakinan dan masukkan ke dalam minda bawah sedar. Apa yang minda sedar fikir dan masuk ke minda bawah sedar, maka minda bawah sedar akan bekerja untuk melakukan kerja itu dengan izin Allah. Apabila kita berdoa dengan khusyuk, kita sedang masukkan program ke dalam minda bawah sedar. Kualiti kehidupan ditentukan melalui fikiran dan sikap kita"
Aku suka kata-kata prof Muhaya ni. ;-)
Ehh..Ok lah.. Panjang berjela pulak aku membebel. Kalau ada apa-apa tambahan, aku akan buat pada entry lain.
TQ pada yang membaca. ^_^
Peace!
No comments:
Post a Comment
pop