Assalamualaikum semua...... ^_^
Untuk hari ke-2 #cabaran30hari #kelabbenashaari topik yang akan diutara kan adalah BAGAIMANA MEMENANGI HATI NADLADZIM.
Alaaaa...tak susah pun nak tambat hati saya kalau kena pada gaya nya.
Semudah A B C... Ecececece... :-D
5 perkara mudah :
#1 Bercakap dengan lembut pada saya. Saya sangat suka pada orang yang mampu berlemah lembut pada orang lain. Saya bukan orang yg lemah lembut dan saya tak akan ke arah itu. Cuma saya akan cuba jadi orang yang lebih baik dari semasa ke semasa. ;-)
#2 Sentiasa berpakaian kemas dan tidak berbau. Saya rasa semua orang pun suka dekat dengan orang yang bersih dan wangi kan? Yang ketiak asham, baju berbau, stokin berbau, semua orang pun tak suka nak dekat. Betul tak? (>.<)
#3 Pencinta haiwan. Terutamannya pada kucing. Saya ni sangat alergik pada orang yang suka menyakitkan haiwan. Rasa macam nak tumbuk je tulang rusuk dia kasi dia senak..kehkeh..
#4 Selalu bawak saya pegi makan yang sedap-sedap. Saya sangat suka makan dan boleh makan dengan banyak. Tapi once badan dah mula nak naik, saya akan cepat-cepat puasa. Heee...
#5 Jangan nak jiwang meleleh skema-skema dengan saya. Family saya giler-giler. Jadi saya tak boleh masuk la dengan orang yang macam tu. Kena lah happy-go-lucky. :-D
Ok...sampai sini dulu..
Peace!
Always my feveret! |
No comments:
Post a Comment
pop