Nuffnang Ads

Tuesday, 16 June 2015

Gembira dan Berdebar.

Assalamualaikum, hi.....

Esok maghrib, masuk sudah bulan Ramadhan. ^_^
Esok jugak, masjid-masjid akan meriah dengan jemaah yang akan menunaikan solat sunat Tarawih.
Meriah! Seronok rasanya. ^_^
Tiap tahun, bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu. Bulan penuh barakah.

Bila masuk bulan Ramadhan, bermakna saya ada lagi sebulan untuk bekerja sebelum saya bercuti untuk melahirkan putera sulung. ^_^
Dalam gembira menyambut bulan yang ada Lailatul Qadar di dalamnya, terselit juga perasaan gementar. Berdebar-debar nak menyambut orang baru. Khalifah kurniaan Allah pada kami sekeluarga. ^_^

Dalam menunggu saat kelahiran, badan saya menjadi semakin berat. Kaki semakin sakit. Mungkin kerana bebanan tanggungan badan yang membesar.

Semalam........kami suami isteri istirehat di ruangtamu. Menonton televisyen sambil borak-borak. Tangan saya capai balsem terus ligat menyapu pada kaki yang lenguh.

Suami : Mengandung berapa lama?

Isteri : 9 bulan 10 hari.

Suami : (tengok kalender dengan mulut terkumat-kamit mengira)

Isteri : Cuk, dalam 9 bulan tu kan, berapa kali agaknya cuk tolong urut kaki b? (sengih)

Suami : (sengih lagi lebar dari isteri) *comel betul. melting isteri* Meh..cuk tolong urut.

Isteri : Ehh...takpe lah..main-main jek. B cuma sapu je. Tak urut pun. (terasa bersalah)

Suami : Takpe....meh cuk tolong sapukan. (duduk disebelah dan angkat kaki isteri letak atas peha suami)

* Dalam hati isteri, "kalau mak mertua aku nampak ni, apalah dia kata nanti. Kang dia kata aku ni queen control pulak. Buli anak dia...T_T"

Tapi apa pun, sepanjang kehamilan, saya memang banyak buat perangai. T_T
Nasib baik suami faham dan tak ambil hati dengan semua karenah saya.

Akhir kata,


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!

SEMARAKKAN RAMADHAN TAHUN INI DENGAN IBADAH! ^_^

1 comment:

  1. selamat menyambut ramadhan..dan dipermudahkan kelahiran.. =)

    ReplyDelete

pop