Assalamualaikum semua!
Lamanya Kak Nad tak update kan? Kak Nad membawa berita gembira, bahawasanya Kak Nad bakal jadi mak pada 3 orang anak! Lajuuuu kan? :-)
Ok. So di pendekkan cerita, oleh kerana Kak Nad mengandung dan beranak dekat-dekat, kali ni Kak Nad akan pilih set bersalin yang complete untuk berpantang 44hari. Senang. Beli sekali je. Semua ada.
SET LEPAS BERSALIN TROPICAL HERBS BY AMWAY
Apa yang Kak Nad suka dengan Set Bersalin Tropical Herbs ni adalah ianya LENGKAP dan MENYENANGKAN.
Apa yang ada dalam Set Bersalin ni?
- Teh Herba (10 uncang)
- Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
- Lepas Bersalin 2 (80 kapsul sayuran)
- Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
- Herba Mandian (20 uncang)
- Campuran Peramping Perut (20 paket)
- Campuran Penghangat (15 paket)
- Campuran Penenang (15 paket)
- Minyak Urut Herba (60ml)
- Minyak Bayi (60ml)
- Bengkung (PERCUMA!)
Teh Herba :
Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
- Menbantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
- Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
- Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.
Arahan:
Boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Rendam 1 uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara masih hangat. Campur dengan 1 sudu kecil madu, jika mahu.
Lepas Bersalin 1 :
Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Arahan:
Diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10, sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba.
2 kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.
Lepas Bersalin 2 :
Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
- Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina
- Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecairan berlebihan.
- Merangsang rembesan susu.
Arahan:
Dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. 2 kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.
Herba Pembersih Wanita :
Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan.
- Herba Perbersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya kawasan vagina.
- Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang)
- Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Arahan:
Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini 2 kali sehari.
Cara membuat larutan herba:
- Rendam satu uncang dalam air panas 500ml selama 10 minit atau untuk larutan yang lebih kuat ; didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 minit.
- Biar larutan sejuk sehingga suam sebelum menggunanya atau tuang ekstrak yang panas ke dalam besen bulat dan campurkan dengan 1 liter air.
- Letakkan besen dalam bingkai mangkuk tandas dan duduk dalam larutan itu, rendam vagina.
- Setiap uncang boleg diguna 2 kali.
Herba Mandian:
Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
- Diperbuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala hingga ke hujung kaki.
- Herba dipilih kerana harumannya, kandungan dan ciri-ciri yang merehatkan, antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
- Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
Arahan:
Boleh digunakan dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyediakan :
- Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
- Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
- Guna sebagai air mandian.
Campuran Peramping Perut:
Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
- Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
- Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
- Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
Arahan:
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.
Awas! Jangan guna jika bayi lahir melalui pembedahan.
Cara menyediakan:
- Masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkan agar menjadi pes.
- Sapu pes dengan sekata pada kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
- Guna bengkung untuk hasil yang lebih baik.
- Bersihkan pes selepas membuka bengkung.
Minyak Urut Herba:
Menyingkirkan angin dan merehatkan badan.
- Membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
- Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
- Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.
Arahan:
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari. Seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosok untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.
Campuran Penghangat Badan (Param):
Menghangatkan badan terutama tangan dan kaki.
- Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
- Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga digunakan untuk melegakan gatal-gatal.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau menggunakan bengkung, ia boleh diguna bila-bila masa.
Cara menyediakan:
- Masukkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan campur agar menjadi pes.
- Sapu ke seluruh badan kecuali muka, perut dan kawasan vagina.
- Biar kering atau seeloknya selama dua hingga 3 jam sebelum membersihkannya.
Campuran Penenang (pilis):
Menenag dan menyamankan dahi
- Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenangkan pada dahi.
- Amat berguna pada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.
Arahan:
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi, elakkan kawasan mata.
Cara menyediakan:
- Masukkan satu sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkannya menjadi pes yang pekat.
- Sapu pada dahi.
- Biarkannya sehingga kering atau seeloknya satu jam sebelum mencucinya.
Minyak Bayi:
Melegakan angin dan kembung.
Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semulajadi menggunakan minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
- Tidak mengandungi menthol dan metal salisilat dan selamat diguna pada bayi.
- Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
- Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
- Menyamankan kulit bayi.
- Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.
Bengkung:
Bengkung Lepas Bersalin ini apabila diguna dengan Campuran Peramping Perut Tropical Herbs akan meningkatkan tindakan herba ini.
- Menyembuh dan memejalkan otot dan tisu abdomen
- Memejalkan kulit yang teregang di bahagian dada dan mendapat semula bentuk badan anda.
It's genuinely very complex in this active life to
ReplyDeletelisten news on Television, thus I just use world wide web for that reason, and
get the hottest information.