Nuffnang Ads

Wednesday, 19 November 2014

Kesian "Mah"

Hi,

Semalam banyak betul saya baca entry tentang "Surat Untuk Mah". Suaminya berlaku curang gara-gara Mah yang gemuk dan busuk..

Kesian saya rasakan pada kaum isteri yang diperlakukan begitu oleh si suami. Seolah-olah gemuk dan busuk tu adalah tiket untuk suami 'makan luar'.

Saya mohon pada Allah Yang Esa agar rumahtangga saya terpelihara.



Perempuan yang bergelar isteri dan ibu ni multitasking. Boleh buat macam-macam benda dalam satu masa.

Sedang jadi suri rumah sepenuh masa saja sudah tak cukup tidur, apatah lagi jika yang bekerja?

Balik saja ke rumah, tanpa salin pakaian, terus urus anak-anak mandi. Kemudian bergegas masuk ke dapur untuk masak makan malam. Dapat pula jenis suami yang tak memahami. Tak ada rasa langsung nak membantu isteri mengurus rumahtangga. Pada hemah dia, urusan rumah adalah tanggungjawab isteri. Sedangkan isteri juga bekerja membantu suami mencari rezeki dan membaiki ekonomi keluarga. T_T

Si suami, pulang dari tempat kerja, terus membongkang di depan TV. Minta isteri buatkan air dan sediakan air mandian. Sedangkan isteri yang juga baru pulang bekerja kelam kelibut menguruskan itu dan ini.

Wahai suami, kesian lah sikit pada isteri anda tu~

Saya sudah berkahwin. Suami saya juga kadang-kadang perangainya begitu bila pulang dari tempat kerja. Tapi di waktu pagi, dia rajin bantu saya. Oleh kerana saya masak pagi untuk makan tengahari, suami saya ambil tugasan mengemas tempat tidur dan sidaikan pakaian yang saya basuh waktu malam.

Alhamdullilah.. Moga suami saya terus membantu saya mengurus rumahtangga sampai ke akhir waktu.

Para suami, jika anda lihat isteri anda selebet, masam dan busuk, apa kata anda ambil tugasan mengurus anak sebentar? Beri peluang isteri anda berdandan dan berwangian untuk anda. Lebih elok macam tu dari 'makan luar' yang sah-sah statusnya TIDAK HALAL.

Apa-apa pun, kita berserah pada Allah. Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita. Segala ujian yang Allah berikan adalah untuk menguji tahap keimanan kita.

JIKA andai kata saya berada dalam situasi seperti Mah, saya mohon agar saya diberi kekuatan dan ketabahan. Allah sentiasa ada dengan kita. Mohon agar rumahtangga kita harmoni sentiasa.

:-)

3 comments:

  1. salams pagi rabu nad,

    betul nad.

    pendapat akak penampilan diri kita sbg isteri memang kena jaga sepanjang masa walaupun anak kecik berderet....:):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....kena sentiasa kemas dan bersih..jgn sampai badan berbau..:)

      Delete
  2. Betul tu, sepatutnya saling bertolak-ansur dan bekerjasama. Nama pun berkongsi hidup suami isteri, sama-sama la buat kerja. Si isteri memang kena jaga penampilan dan si suami tak boleh ambil kesempatan atas isteri.

    ReplyDelete

pop