5 hari saya tak online. Apatah lagi dapat jengok blog. T_T Maaf pada yang komen dan yang menyertai segmen Mari Berkenalan. Saya tak sempat nak visit awak orang lagi.
Suami(Angah) masuk sepital. T_T
Sakit : Hypokalemik Periodic Paralysis
Hari Ahad pukul 10 malam, kami bergegas ke Hospital Banting. Hospital paling dekat masa tu. Kebetulan masa sakit, kami ada di rumah makcik Angah di Banting. Angah terus tak dapat nak bergerak sebab otot Angah langsung tak ada energy.
Sampai saja di hospital, doktor terus beri rawatan intensif. Angah diberi keutamaan. Check jantung, check tekanan darah, wire sana sini, semuanya dalam keadaan stabil. Doktor ambil darah dan tunggu keputusan.
GARAM DALAM BADAN SANGAT KURANG.
Itu yang doktor beritahu. Tapi kenapa boleh kurang garam? Angah takde muntah-muntah atau cirit-birit atau demam. Angah di beri air garam dan kemudian dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut.
Saya tunggu di luar emergency room dari pukul 10 malam hingga 7 pagi. Tanpa tidur. T_T
Alhamdullilah.... lepas masuk air garam, Angah bertambah baik. Dia mampu gerakkan kaki. Pukul 7 pagi, Angah di tolak masuk ke dalam wad.
Dalam pukul 11 pagi, doktor datang ke katil untuk beri penerangan tentang masalah Angah. Sebenarnya Angah tak boleh ambil karbohidrat terlalu banyak. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Jika kandungan karbo berlebihan dalam badan, kadar gula meningkat sekaligus kadar gula menurun dan menyebabkan otot lemah dan tak berupaya untuk bangun.
Jadi selepas ni, waktu makan malam adalah sebelum pukul 7 malam. Untuk supper, boleh makan protin (ayam,ikan,daging) dan fiber (sayuran dan buahan) sahaja.
Kena jaga pemakanan sebab orang yang ada sakit ni, senang nak kena kencing manis.
Apa-apa pun syukur Alhamdullilah sebab dah tahu sakit sebenar. Sebelum ni, Angah penah jugak di serang sakit lemah otot ni, Tapi kami semua ingat effect dari dia eksiden dulu. Rupa-rupanya masalah garam.
Sampai sini dulu.
Peace! ^_^
Btl tu. Jgn amik karbo byk. Tp kdg2 lggr jgk. Bru tdi mkn roti..hihi
ReplyDeleteJom join Segmen Zaman Persekolahan