Nuffnang Ads

Monday 1 September 2014

Keputusan HIV test ambil masa sebulan?

Assalamualaikum semua!

Welcome to September...

Dah masuk bulan September ni, bermakna hari bahagia semakin hampir. Terlalu hampir. Tak tahu nak rasa apa. Risau, hepi, eksited, tak sabar, takut, semua bercampur aduk. Huhu.........

Harini 1st September. Kita pegi buat HIV test untuk bakal peranten. ^_^

Sebab kita ni jenis orang yang buat keje last minit. Dah dekat tarikh baru lah terkedek-kedek nak siapkan itu ini. Pastu stress sendiri sebab takut tak cukup masa. ;-p

Tapi sebelum apa-apa, kita nak mintak maap dulu......... Takde gambo. Kita lupa. Sebab kita baru je berjinak-jinak nak tulis-tulis dalam ni.....weheeee...

Untuk warga Johor yang nak berkahwin, kalau nak buat HIV test, kena ambik borang dari Jabatan Agama daerah masing-masing. Borang tu free je. Kalau mintak tolong sape-sape ambik kan pun boleh. Macam kita, kita mintak tolong kawan mak kita yang keje dekat pejabat agama ambik kan sebab kita keje dekat Subang Jaya. Jadinya bila kita balik ni, boleh terus pegi buat HIV test, tak payah nak kelam kabut ambik borang tu lagi. ^_^

Pagi-pagi lagi kita dah siap-siap nak pegi klinik kesihatan. HIV test untuk bakal peranten haruslah dibuat di klinik kerajaan SAHAJA ya? Tak boleh suka-suki pegi klinik biasa. Huhu....

Mesti korang pikir, kalau buat kat hospital kerajaan, mesti lambat kan? Dengan ramai orangnya, nak tunggu giliran lagi. Nak ambil nombor pun kena beratur. Awal-awal lagi mindset dah cenggitu kan? Kita pun bayangkan benda yang sama. Sebab tu kita keluar rumah pagi-pagi. Kita risau nanti siap lambat. Kalau boleh, kita nak jadi orang yang pertama jumpa doktor. Heeeee.......

Sampai je dekat hospital, kita terus pegi kaunter untuk ambik angka giliran. Tapi akak kaunter tu cakap, untuk HIV test bakal peranten kena datang antara pukul 2 petang hingga pukul 4.30 petang. Kita pun, alaaaaaaaaaa....................................

Nasib baik rumah kita tak jauh. Macam mana lah kan orang-orang yang rumah dia jauh-jauh. Sian diorang.. T_T

Balik rumah, kita masak, makan............. Pukul 2, cepat-cepat kita pegi hospital semula.

Sampai dekat hospital pukul 2.30 petang. Start dari ambik nombor, sampai la siap buat HIV test, masa yangdi ambil cuma 20 minit. Waahhhh.......

Sebelum pukul 3, kita dah siap buat HIV test dan keputusan tu boleh dihantar terus ke pejabat agama. Yay! Senang dan cepat. Hepi sangat. Hepi bukan sebab apa tau, sebelum kita nak pegi buat HIV test tu, dengar kabar angin cakap, result dapat lepas sebulan. Mana lah kita tak cuak. Kita tak setel lagi urusan dengan pejabat agama. Tapi hari nak kawen tinggal lagi sebulan lebih je... T_T

*akibat keje last minit*

Jadi nasihat kita, awak-awak yang nak kawen tu, cepat-cepat lah setelkan urusan dengan pejabat agama. Takde lah kelam kabut macam kita ni.

Peace!

No comments:

Post a Comment

pop