Nuffnang Ads

Sunday, 27 December 2015

Balik Bandar

Assalamualaikum...

Maka tiba lah hari terakhir cuti selama 4 hari. Cuti bekerja dan cuti dari pegang segala jenis gadget. Full fokus pada family.




Selamat pulang ke bandar dan menjalani rutin harian seperti biasa. :")

Wednesday, 23 December 2015

Tak Dapat Cuti???!!

Assalamualaikum,

Tahun 2015 dah sampai ke penghujungnya.
Tahun yang sangat pendek dan memenatkan.
Serius. Memang penat sangat. Nak sangat rehat dan tenangkan fikiran.
Lupakan kejap Subang Jaya dan fikir seronok je.

Plan lah nak balik kampung. Family semua nak jumpa cucu. The only one cucu.
Baik belah saya atau belah suami, tu jelah cucu nya.
Sorang tu je.

Tiba-tiba nya boss husband cakap tak boleh cuti.
"Awak cari duit ni pun untuk family"

Aduhhhhhhhhh!!!
Geram nya rasa bila dengar husband cerita macam tu.

WEH!!! Dah penat cari duit, nak jugak rehat! Cari duit untuk keluarga tapi tak dapat lepak dengan keluarga??? Apa makna nya duit kalau tak dapat tengok muka mak ayah??? Apa makna nya duit kalau tak dapat peluk cium mak ayah???!!!!

Dah lah jarang dapat balik. Kalau balik pun sekejap sangat.

PAHAM LAH SIKIT!!!!

Haihhhh....memang geram giler!

Maaf lah sebab beremosi. 

Tak semua benda boleh dibeli dengan duit.
Tak semua. Okey?

Bersedia hadapi 2016

Assalamualaikum,

Diam tak diam dah nak habis tahun 2015.
Tahun yang agak memenatkan.
Tapi banyak kenangan indah yang terjadi di dalamnya.
:-)

2016 bakal menjelma.
Banyak benda yang nak kena buat dan setelkan.
Alhamdullilah, rezeki setakat ni sangat memuaskan.
Walaupun kadang-kadang terasa sangat sempitnya, tapi Allah maha Pemurah, ada je rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.

This month ada meeting dengan client.
Minta kita tambah produk.
Buat kelainan and we call it as "Premium Roll"



Ingredient suggested by nutritionist. Sebab our target customer adalah orang yang jaga badan.
Now tengah perah otak nak design sticker pulak.
Kena dengan otak saya, memang simple habis lah jawabnya.
Tapi bila terlampau simple, nampak tak menarik pulak.
Hurmmm....
Ada lagi beberapa hari nak masuk 2016. Masih ada masa.

And our sandwiches pun kita nak beri nafas baru. Nak tambah menu baru yang lebih sihat dan lebih sedap. 



On planning nak jual homemade soya dan cincau.
And biggest plan for our little family is nak join OVERDOSE TEAM!
Masih dalam perbincangan dengan pihak management dan perancangan dengan my big boss.

Fuhh!...January, please please and please be nice to us.

February, Adam Yusuff akan jalani pembedahan.

Start March baru ok sikit kot.

:-)

Friday, 18 December 2015

Bila Adam Yusuff Demam

Assalamualaikum,

Bila Adam dah tidur, saya selalu tengok muka dia lama-lama.
Tenung. Renung.
Selalunya saya akan rasa sebak.
Rasa sayu. 

Selalu saya cakap dekat husband, syukur sangat Allah bagi Adam pada kita.
Tak tahu macam mana nak describe betapa saya sangat mensyukuri anugerah ni.

Adam senyum, ketawa, nangis, jerit, bebel.
Semua tu buat saya rasa sangat dirahmati.

Tak penah rasa puas cium pipi Adam.
Sampai kadang-kadang terfikir, macam mana bila Adam ada adik nanti.
Mampu tak saya layan adik Adam sama rata dengan Adam.

Haaa..tak mampu nak fikir benda yang belum ada.

Last few days Adam Yusuff demam.
Babysitter call cakap Adam demam.
Terkejut jugak sebab masa hantar pagi tu dia ok je.
Tanpa banyak bicara, terus keluar dari ofis.
Call boss masa dah dalam kereta. Bagitahu keluar kejap.
Bila ambik Adam, badan dia memang panas.
Babysitter cakap, lepas bangun tido, badan dia mula panas dan merengek.

Risau kami.
1st time mengadap benda macam ni.
Saya susukan Adam. Lepas tu lap badan dia dengan kain basah.
Pakaikan cool fever.

Adam merengek-rengek. Tapi bila dia bukak mata dan nampak mama babah, dia senyum-senyum.
Lega bila tengok dia masih nak sengeh-sengeh.

Since saya tak dapat cuti dan Adam pun macam ok sikit, kami balik ke ofis.
Pukul 4 petang babysitter call bagitau Adam dah ok. Badan dah tak panas.
Balik tu pun Adam dah start nak main-main macam biasa. Demam tapi tak macam orang demam.

Senang hati bila tengok anak aktif.


Semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik pada kita.
Aminnn...

Beli Aje.

Assalamualaikum,

Kerja rumah memang tak kan penah habis!
Buat lah macam mana pun, tak henti-henti. Ada je yang nak kena buat.

Dah penat balik keje, di tambah lagi dengan bisnes part time, kerja-kerja dekat rumah jadi tertangguh. Bila dah tertangguh tu, rasa nak menangis lah jugak.
Baju tak berbasuh. Kain tak berlipat. Bilik tak berkemas.
Haihh...

:"(

Nasib lah husband sangat paham dan tak banyak mintak.
Dia bagi lesen untuk order je lauk dari luar.
Tak yah penatkan diri nak masak.
Lagi pun lebih jimat bila beli lauk kat luar.

Kadang-kadang saya sendiri rasa tak best sebab tak dapat kaut pahala banyak-banyak.
Besar ganjaran bila masak untuk keluarga.

Kat bawah ni semua antara lauk-lauk harian yang saya beli.

TAK PERNAH LEBIH DARI RM5!


Saya rasa syukur sangat. Allah temukan kami dengan akak yang baik hati jual lauk sedap-sedap dan banyak dengan harga yang sangat murah. 

Nak bayar lebih pun dia tak nak. Nak RM5 je.



Thursday, 17 December 2015

Resepi : Sup Ketam Simple

Assalamualaikum,

Tajuk tu, kemain lagi kan?
Saya ni sebenarnya dah lama tak masuk dapur.
Walaupun sangat tahu ganjaran yang akan saya dapat kalau masak untuk suami dan anak.
Bukan sebab malas. Tak.
Tapi lebih kepada nak mengelakkan pergaduhan suami isteri.

Ehh...apa kena mengena masak dengan gaduh?

Haaa...nanti saya cerita di entry lain.

Bila dapat ketam fresh, rasa semangat sangat nak makan.
Nak rasa manis ketam. Dan isi ketam fresh ni jauh sangat beza dari yang saya penah beli dekat kedai atau supermarket. Dia punya sedap tu teringat-ingat.

Resepi yang sangat simple tapi nak share jugak.

Untuk mengekalkan kelazatan ketam itu sendiri, maka saya memilih untuk tidak menggunakan perencah sup atau sup bunjut atau apa-apa yang seangkatan.

Bahan:
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Semua di atas tu blender atau tumbuk. Ikut suka.

Ketam - Cuci bersih
Kentang - Potong-potong

Cara menyediakan:
Bahan yang dah blender/tumbuk tu ditumis sampai agak garing.
Masukkan air, kentang.
Tunggu sampai kentang empuk.
Masukkan ketam.
Perasakan dengan garam dan gula.

VOILA!

Makan dikala hujan lebat.
:")





Wednesday, 16 December 2015

Short Trip Short Getaway!

Assalamualaikum semua!

Ni cerita hari Ahad.
Lepas azan Subuh, mata Adam terus je celik.
Awal anak mama bangun.
Terkebil-kebil lah mata kami 3 beranak. Mencari mood dikala hening subuh.

Tiba-tiba husband bersuara.
"Jom jalan-jalan Morib. Kalau ada rezeki, boleh beli ketam."

Saya tanpa banyak soal, menjawab "Jom!"

Bangun, terus solat Subuh.
Dengan masing-masing tak mandi, pukul 6.30 pagi kitorang dah ada dalam kete menuju ke Morib!
Adam, macam biasa. Kalau bawak naik kete tak penah banyak karenah. Suka je dia.
:-)

Singgah isi minyak dan keluarkan duit.
Bawak kete relax-relax, sambil borak-borak dan gelak-gelak.
Dengan suasana pagi yang redup dan nyaman, rasa best sangat!

Kami sampai Morib dalam pukul 7.45 pagi.
Terus menuju ke Pengkalan Tongkah.
Nelayan belum balik lagi. Tapi tokey(peraih) dah tunggu dekat jeti.

Tak lama lepas tu, nelayan balik ke darat.
Apa lagi, melompat husband turun kereta, nak kejar ketam punya pasal.
Beli ketam dalam 2kg macam tu, kami pun keluar dari situ.
Biar nelayan berurusan dengan tokey pulak.

Kami pergi bersarapan di kedai tepi jalan. Sedap juga. Atau mungkin perut kami dah lapar, kami makan tanpa bicara.
Sesudah kenyang, kami pergi ke Pantai Morib.
Turun saja dari kereta, bayu laut menyapa muka.
Terkebil-kebil mata Adam Yusuff bila terkena angin.
Nyaman sungguh.

Sesi bergambar bermula. Untuk kenang-kenangan.
:)




*Nampak sangat tak mandinya tu*

Kemudian berjalan sekitar pantai. Hirup udara segar.
Rasa damai je.
Tengok laut, tengok awan, tengok pokok kelapa melambai, dengan angin yang cukup menyegarkan.
Sangat refreshing setelah berbulan-bulan berpenat lelah menguruskan hidup.

Bila pulang ke kereta, kami ternampak ada orang jual aiskrim.



Aiskrim homemade. Aiskrim Desa.
RM5.
Sedap.

Kami beli 1, share berdua.

Makan aiskrim bersama soulmate dan anak bertemankan pemandangan yang sauja dan angin nyaman sangat lah rasa bahagia.

Habis aiskrim, matahari pun sudah tinggi. Masanya untuk pulang.
Dan makan ketam!

Short trip short getaway mengejut begini cukup membahagiakan saya.

Ada rezeki, kita melancong jauh2 ya?

Thank you husband!

Laksa Lah Pulak!

Assalamualaikum,

Hujan-hujan macam ni, memang selalu pikir pasal makanan.
Bukak FB, Ternampak laksa.

Aduhhhhh.....

Berkeroncong perut dibuatnya!

Oleh kerana ekonomi sedang menurun grafnya, kami suami isteri akan cari port lepak hujung minggu yang paling murah!

Bergembira dengan hati yang tenang sebab tak payah keluar duit banyak-banyak.
:)

Dekat Shah Alam, dekat dengan Tesco, ada orang jual cendol dan laksa. Kat tepi jalan je.
Makan bawah pokok sambil selpie selpot.




Kalau nak tahu tempat lain yang ada jual laksa yang superb, korang boleh klik dekat link atas tu.

Tapi sebelum tu, sediakan tisu untuk lap air liur. Takut-takut meleleh pulak.
Kikikiki...


Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2

Assalamualaikum,

Korang..
Jom join segmen ni.
^_^

Klik banner kat bawah tuuu..

Happy berblogwalking ya!


Kopi Hipster

Assalamualaikum.

Sekarang ni minum kopi dah jadi macam trend pulak kan?

Dulu masa sekolah, ramai je kawan yang tak suka kopi.
Pahit lah. Tak sedap lah.
Takut nak minum kopi sebab takut muka jadi hitam.
(Hahaha..tah pape je)
Lagi pun kopi ni minuman orang tua-tua.
Kopi selalu dianak-tirikan.
Teh lebih digemari.

Saya?
Saya start suka kopi lepas mak bawak saya lepak dekat Rengit Coffee.
Mak kata saya patut cuba Vietnamese coffee. Sedap katanya.

Saya pun try lah.
Sumpah! Sedap!
Pahit manis lemak semua cukup.
Sedap sangat. Kena dengan tekak saya.

Start dari tu, saya mula minat kopi.


Lagipun kopi ni antara minuman yang anti-oxidan. Banyak kebaikan minum kopi.
Asalkan jangan berlebihan.

Baca >> Jenis-jenis Kopi << untuk tahu lebih banyak maklumat tentang kopi.

Ni Pirate Coffee. Atau dalam bahasa melayunya Kopi Lanun.
Saya try masa balik kampung di Johor.


Ni pulak saya beli dekat area rumah saya di USJ 1 Subang Jaya.
Sedap! Highly recommended.


Selamat berkopi semua!
;p

Tuesday, 15 December 2015

Diam tak Diam

Assalamualaikum,

Diam tak diam, Adam dah 4 bulan.
Makin lama keadaan kami suami isteri makin terurus,
Kalau dulu, kitorang selalu bising penat.
Masing-masing masam muka.
Konon nak tunjuk diri tu dah buat banyak kerja dan sangat perlukan rehat.

Bila Adam nangis, masing-masing jadi stress.
Mana nak urus Adam, nak buat sandwich, nak kemas dapur, nak masak, nak itu nak ini.
Macam-macam.

Tapi seiring waktu berlalu, orang tua kata, alah bisa tegal biasa.
Macam tu jugak kami. 
Kalau dulu susah nak bangun pagi.
Tapi sekarang ni, setakat bangun pukul 4 pagi tu dah jadi perkara biasa.
Dulu bangun pagi dalam keadaan tension sebab tak cukup tido.
Tapi sekarang semuanya dah jadi mudah.
Bangun pagi dalam keadaan ceria dan gembira.

Dalam tahun ni, banyak sangat yang saya belajar.
Paling penting bila dah kawen ni, tolak ansur.
Tak boleh dah nak pentingkan diri.
Lagi-lagi bila ada anak.
Lagi satu, tolong menolong.
Suami tolong isteri, isteri tolong suami.
Jaga emosi.
Bila rasa nak marah, cepat-cepat tarik nafas dan senyum.
Cepat je marah tu reda bila buat macam tu.
Beri sebanyak mana yang kita boleh untuk keluarga.
Bila suami isteri saling memberi, maka suami isteri akan saling menerima.

Moga Allah rahmati keluarga kecil kami ini.

Aminnn...

Kenangan Dengan Arwah Nenek

Assalamualaikum.

Tiba-tiba teringat arwah nenek.
Nenek belah mak, kitorang panggil 'Nyai'
Orang jawa. :)


Dulu masa cuti sekolah selalu balik kampung tinggal dengan Nyai.
Nyai garang.
Kalau tak solat dan ngaji, kena rotan.
Kalau tak letak baju elok-elok, kena denda.
Kena baca buku.
Tak boleh main parit.
Tak boleh petik bunga.
Kena mandi pagi-pagi.
Mandi air kolah oiii....
Sejuk menggigil!

Apa yang Nyai suruh buat dan larang buat semuanya bersebab.

Ingat lagi, Nyai buat sarapan jemput-jemput (cekodok) bilis.
Nyai letak cili api.
Kitorang kan budak kecik. Mana suka pedas.
Jadi, kitorang keluarkan cili api tu masa makan.
Esok nya Nyai buat lagi jemput-jemput bilis. Tapi kali ni Nyai tumbuk bagi hancur. Kami tak dapat keluarkan cili api. Tapi jemput-jemput tu tak pedas.

Depan rumah Nyai ada pokok manggis. Time musim manggis best sangat!
Boleh makan manggis puas-puas!


Kenangan korang dengan nenek korang macam mana? 


Tuesday, 1 December 2015

Ehh...Terjebak lagi!

Assalamualaikum,

Dah lama sebenarnya aku tak tengok blog.
Sejak mengandung dan sekarang anak aku pun dah 4 bulan.

Busy dan malas penyebab utama.

Start 2 3 hari lepas aku sesaje je tengok blog dan jalan-jalan dalam blog yang lain.

Eh eh......addicted lah pulak.

:')


Giveaway Disember 2015 Cash RM500





Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Giveaway By Nazfea Solehah

Assalamualaikum,


Klik banner untuk join.

Hadiah best tau!

2 ringgit

Assalamualaikum,

RM2?
Apa yang boleh dibeli dengan RM2 ni?
Dengan ekonomi sekarang, nak bayar duit tol pun tak lepas.
:"(

Kalau aku cakap, suami aku bagi aku duit belanja harian 2 ringgit je korang pecaya tak?
Tolong lah pecaya!
Memang aku dapat 2 ringgit je sehari.

Sikit sangat kan?
Nasi goreng pun tak lepas.

Jangan salah paham.
2 ringgit tu memang aku yang mintak.
Dulu suami aku selalu masukkan duit dalam purse aku.
Tiba-tiba je ada 50. Tiba-tiba je ada 20.
Aku tak suka.
Bukan tak suka dapat duit. Tapi aku kesian kat suami.
Aku tahu dia pun sesak jugak.
Tapi nak tunaikan tanggungjawab, dia bagi jugak aku duit belanja walaupum aku bekerja.

Aku ni pempuan. Ada anak pulak tu.
Online shop sekarang ni banyak.
Offer banyak.
Bila suami bagi duit macamtu, aku pun apa lagi, belanja lah sesuka hati.
Nampak blouse, beli. Nampak baju baby, beli.
Suami pulak cari duit separuh nyawa.
Jadi aku amek keputusan untuk buang sikap boros aku tu.

"Start bulan depan, u bagi i sehari 2 ringgit je tau"

Suami aku sengih je.

1 November 2015. Bermulalah duit belanja 2 ringgit.

2 ringgit tu aku tak guna. Aku simpan dalam tabung kat dapur. Tiap hari aku masukkan 2 ringgit aku.

Mesti korang terfikir macam mana aku makan kan?

Rumah aku dengan opis cuma 200 meter je, Pegi keje balik keje jalan kaki pun takde hal. Tengahari aku balik makan kat rumah. Pagi breakfast pun suami aku belikan siap-siap. Balik keje beli goreng pisang pun suami aku yang beli. Lagi pun suami aku keje opis sebelah je. Tak jadi masalah. Sebab tu aku tak kisah dapat 2 ringgit je setiap hari. 

Kalau tak bawak duit langsung pun aku tak penah kisah sebab rumah pun dekat. Suami pun dekat.

:)

Gigih tau aku simpan 2 ringgit tu. Sekarang ni dah banyak. Dah ada 60 ringgit. Aku nak simpan sampai 100. Pastu baru nak beli barang yang aku suka.

Setiap kali rasa nak beli apa-apa, kena tunggu duit tabung penuh dulu.

Aku hepi, suami aku pun hepi.

:-)

Monday, 30 November 2015

Jawab soalan dari Sofie Adie. :-)

Assalamualikum...

Saya telah di tagged oleh SofieAdie untuk menjawab soalan dia yang buat saya tersenyum sorang2.


Both! Tapi sekarang ni sangat kurang masa untuk kedua benda ni. Buku dan movie. Rindu masa bujang. :")

Pegi pasar malam beli taufu fa. Kopok lekor. Mee kawah. Ayam jerangkung. Petai. Hahaha....

Tak pernah jatuh motor. Alhamdullilah.

Cukup rasa. Belum pernah try pasti sedap.

Sains.

Hagemaru? Dah lama giler giler giler tak tengok Hagemaru. Tunggu lah anak besar sikit nanti. Kompom terjebak skali tgk kartun. Hewhew.

Friday, 27 November 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway : Buasir Otak The Komik

Hai.

Baru tadi aku join giveaway.

Hadiah buku.

Giveaway ni hadiah komik.

Serius. Aku memang suka buku.

Buku apa semua aku suka.

Cuma sekarang ni waktu untuk aku membaca sangat terhad.

Sebab aku dah kawen dan ada baby.

Sekarang ni aku terpaksa baca buku malam-malam dalam bilik yang gelap bila laki dan anak aku dah tido.

Berbekalkan torchlight of course!

Kalau Allah kata aku dapat komik ni secara percuma, dengan apa cara sekali pun tetap aku akan dapat percuma.

Heh.. :)


Mini Giveaway YanieYusuf.com

Hai.

Lama giler tak join giveaway.

Tapi aku suka giveaway yang ni sebab hadiah dia best.

Korang yang nak join, baik cepat.

Sikit lagi nak tamat tempoh tu.


Si Anak

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Nah ni. 

Tengok.


My buah hati pertama.

:)

Thursday, 26 November 2015

Nasi Sebungkus

Assalamualaikum..

Harini genap Adam Yusuff 4 bulan.
Membesar dengan sihat.
Alhamdullilah.

Kejap je masa berlalu.
Untuk meraikan harijadi Adam, mama decide untuk tak masak pagi tadi.
(Masak pagi utk makan tghari)

Baba bagitau malam tadi, harini dia kena pegi site visit. Mama kena lunch sorang-sorang.
Dan sebab tu jugak lah mama malas masak sebab mama malas balik rumah jalan kaki. 
Musim hujan ni gate belakang tak bukak. Kena pusing jauh.

Dah dekat nak tengahari tadi baba wasep. Dia tak jadi site visit. So, kitorang boleh lunch sama-sama.
Kami pegi tapau dekat kedai di Angsana.
Kedai tu ada lauk daging masak apa tah..tapi sumpah sedap giler!
Mama panggil nasi Vanggey!
Tiap hari makan pun boleh. Tak penah bosan makan nasi lauk daging masak hitam tu.

Mama pesan kan baba. Beli 2 bungkus tau. Baba reply, OK.
Bila baba datang balik kat kete, mama tengok sebungkus je? Kecewa betul.
Kenapa tak beli 2 bungkus? Atau pun beli nasi extra ke?
This is NASI VANGGEY HOKEH?
Mana cukup kalau share???

OMGEEEEEEEEEEEEE!!!!!

Macam biasa, kalau beli bungkus, kitorang memang share.
Sampai je rumah, mama terus bahagikan nasi kepada dua. Nasi dia memang banyak. daging dia pun banyak. Memang sesuai untuk makan 2 orang.
Tapi ni NASI VANGGEY WEYYY!!!
Mana cukup kalau share... :"(

Dalam keadaan hati yang pasghah, mama makan jugak.
Giler ke nak merajuk tak makan?
NASI VANGGEY TUUUU.....

Masa tengah fokus suap makanan, baba bersuara. 
KENAPA BABA BELI SEBUNGKUS JE.
1st sebab nasi dia memang banyak. Beli 2 akan menyebabkan kebentak perut.
2nd sebab baba cakap tak nak mama gemok.
:"")
Murni sungguh hati baba Adam ni.

Tapi dua tiga menjak ni mama memang makan banyak.
Mama cepat lapar.

Hari ahad nanti baba dengan Adam teman mama jogging ok?

Friday, 20 November 2015

Pegi Ipoh

Salam Jumaat korang!



Lawatan ke Ipoh.
Banyak tempat lain lagi yang kami pegi.
Tapi battry hp kong. Jadi tak banyak sangat gambar yang dapat diambil.
Sendu btol!

:")

Wednesday, 18 November 2015

Bila rindu.....

Assalamualaikum..

Kalau korang perasan, entry sebelum ni sangat syok sendiri. Sebenarnya dah rindu sangat nak menaip. Update blog semua tu. Tapi tak tahu nak cerita apa. Padahal banyak sangat cerita yang boleh di kongsi. Banyak tempat saya pergi. Tapi tulah, semuanya cuma tersimpan dalam memori ingatan je. Tak tercoret langsung kat mana-mana.

Entry meroyan tu pun di taip dalam keadaan separa sedar. Hewhew....Sebab jari jemari ni dah gian sangat nak menaip tapi otak tak memberi kerjasama. Kiranya lebih kurang jugak lah dengan entry kali ni.

Lagi pun bz giler sampai nak curi-curi masa pun tak dapat. Bila ada masa terluang, di gunakan sepenuhnya untuk rehat atau layan anak.

Respek giler kat mommy2 yang anak 2 3 orang, pastu berkerja dan sempat lagi update blog dan buat cake! Bagi lah tips sikit...........

:")

Friday, 6 November 2015

Cerita Niari

Niari laki aku pegi site. Lunch hour terpaksa balik jalan kaki. Ala..dekat je. Dalam 5 minit camtu je dah sampai rumah.

Tapi aku tak terus balik. Singgah rumah babysitter. Tak jauh. Tingkat bawah rumah aku je. Aku ambik anak aku. Aku tengok dia tak tido. Kaki dok mengayuh. Aktif betul. :-)

Babysitter cakap dia baru je bangun. Dan belum susu. Aku angguk-angguk tanda paham. Sampai rumah aku terus bagi anak aku kenyang. Bila dah kenyang, aku letak dalam baby cot, dia nangis. Nak aku kendong dia lah tu. Aku angkat, bawak dia jalan-jalan keliling rumah. Rumah aku kecik je. Pusing-pusing kat situ jugak.

Aku borak-borak, acah-acah, dia senyum. Gila cair aku tengok. Aku cium dia macam dah takde hari esok. Cium puas-puas. Dia gelak. Lagi aku geram. Aku peluk dia erat-erat.

Tengok jam. Tinggal 30 minit waktu rehat nak habis. Aku letak jugak baby dalam cot. Biar lah dia nangis merengek. Aku kena solat. Lepas solat aku terus angkat anak aku. Pok-pok dia, tertido terus. Hmm...good boy anak mama ni. Perut aku lapar. Tengok jam, tinggal lagi 15 minit. Aku capai kulit roti, buat alas perut.

Lepas hantar anak aku pegi rumah babysitter, aku jalan kaki balik opis. Masa nak lintas jalan, orang yang balik solat jumaat usha aku. -.-"

Dalam hati, "Kesian kau ni."

Ok. Tu je aku nak cerita. Jap lagi nak balik keje. Jalan kaki lagi.

Happy Depavali.

Thursday, 5 November 2015

Ada apa dengan USJ?

Seriously? Aku pelik lah. Dah banyak kali dengar dan baca...

"Wahh...budak USJ lah dia....."

"Rasa macam gempak je duduk USJ.."

Di tambah pulak dengan lagu Budak Subang Jaya nyanyian Joe Flizzow.

Ishhh.......apa ada kat USJ ni? Atau pun Subang Jaya? Ada apa?

Apa yang gempak sangat?

Aku duduk USJ dah dekat 9 tahun. Biasa je aku rasa. Tengok budak-budaknya pun biasa je. Takde lah havoc mana pun.


Tak paham~ Tak paham~

Thursday, 15 October 2015

Hidup aku sekarang ni..............

Assalamualaikum, hi semua...

Lama giler tak update apa-apa kat dalam ni. Banyak kali sebenarnya menaip. Tapi bila halfway, delete semuanya. Writer's block (acah2 penulis profesional). Hahaha. Rasa macam sampah je apa yang aku tulis. Walaupun entry ni takde lah berguna pun. Hewhew...hanya sekadar coretan hati.

Semalam Maal Hijrah. Bermakna kalau ikut tahun Islam, usia perkahwinan aku dah mencecah ke angka 1. Tak sangka. Cepat je masa berlalu. Hidup ni terlalu sibuk. Dari sehari ke sehari dah tak rasa apa.

Aku anak dah sorang. Laju kan? hahaha...Kawen terus buat anak. Yelah..memang tu lah tujuan perkahwinan. Nak tambah khalifah Allah. Lagi pun aku ni dah nak masuk 30. Lagi berapa bulan je. Bila lagi aku nak ada anak kalau dok tunggu nanti-nanti. Nak puas honeymoon dulu? Tak payah kot.. Allah dah bagi rezeki, sape lah aku ni nak tolak. Rezeki anak pulak tu.. Bukan semua orang ada peluang. Alhamdullilah..

Dah 2 bulan setengah aku jadi mak. Seronok. Penat? Memang penat. Tapi aku tak terasa penat sangat. Biasa-biasa je. Mungkin sebab rasa hepi tu melebihi segala rasa yang lain. Lagi pun sekarang ni aku dah jarang masak. Laki aku amek tugas masak memandangkan aku sibuk urus anak. Anak baru 1, kalut dia lain macam. hehehe..

Tambah pulak dah start keje. Lepas tu ada buat part time job. Jual sandwich je.... Nampak macam mudah. Tapi kalau jenis tak pandai urus masa macam aku ni, kelam kabut jugak jadinya. Lagi-lagi time anak meragam. Jadi lambat semua kerja. Masa tu lah kuasa luar biasa akan keluar. Tapi tu semua tak jadi masalah. Masih mampu senyum lagi.

Bangun malam? Biasa lah.. ada anak kecik kan. Anak kecik ni perut dia kecik je. Selalu lah lapor. Kita ni mak nya kena lah bagi dia kenyang. Setakat bangun pagi pukul 5 tu dah biasa dah sekarang ni. Tada hal. Dah takde zaman engko nak bangun sampai meninggi hari. Dulu zaman jahil, lepas azan Zuhur baru keluar bilik. La ni? Sebelum azan Subuh engko dah masuk dapur tau. Haaaa....tu lah beza dulu dengan sekarang. Laeennnn......

Me-time? Jangan lah mengharap sangat nak ber me-time. Kalau laki aku takde kat umah, mandi pun kena laju-laju. Takut anak nangis aku tak dengar. Since anak aku ada hernia, aku tak boleh biar dia nangis lama. Kang usus dia termasuk dalam kantung telur dia sampai teruk-teruk, kang lain cerita pulak. Haritu dah jadi sekali. Berkejar kitorang pegi emergency kat Serdang. Apapun, Alhamdullilah...date operation dah dapat. Tunggu hari nya sampai je.

Jadual hidup makin padat. Baru anak sorang. Nanti anak dah 2 3 orang, entah macam mana lah hidup aku. Aku ni pesen nya malas. Tengok anak tido, aku pun nak ikut tido. Patutnya masa anak tido aku kena lah buat kerja..jadi nanti masa anak dah bangun, aku boleh layan anak. Tapi tu lah...tengok anak tido, otomatik mata aku jadi ngantuk. hehehe...

Ehh..dah lah.. ni je kot yang aku mampu aku taip. Kot-kot lah nanti tetiba idea datang terus aku mampu buat novel. kehkeh........

Jumpa lagi next entry (tah bila next nya tu)!! XD



Wednesday, 17 June 2015

Kuih wajib : Tart Nenas

Assalamualaikum, hi.

Semalam bersungguh kami suami isteri tunggu depan tv. Nak dengar pengumuman puasa punya pasal. Seronok riang gembira hati ni bila berpeluang jumpa Ramadhan lagi. ^_^

Malam ni dah mula Tarawih. Jadi dengan ini saya dengan rasa berbesar hati nak ingatkan pada kawan2 semua, jaga solat 5 waktu. Jangan beriya buat tarawih tp solat yang wajib ditinggalkan. T_T

Ohhh.....dah masuk bulan puasa. Ramai yang awal2 lagi dah buat persiapan untuk raya. Persediaan awal tu bagus. Tak ada lah nanti kelam kabut. Lagi2 bagi yang dah berkeluarga dan ada anak.


Jadi dengan kesempatan ini, saya nak promot sikit. Tart nenas homemade yang sedap sangat. Rasanya macam tak lengkap raya kalau tak makan tart kan?

Tart nenas gebu yang sedap ni hanya RM25/50biji.

Jom order. Boleh beli untuk mak/mak mertua. Atau yg belum kawen boleh beli bagi bakal mak mertua. Tentu bakal mak mertua bertambah sayang..kekekeke...

Tuesday, 16 June 2015

Gembira dan Berdebar.

Assalamualaikum, hi.....

Esok maghrib, masuk sudah bulan Ramadhan. ^_^
Esok jugak, masjid-masjid akan meriah dengan jemaah yang akan menunaikan solat sunat Tarawih.
Meriah! Seronok rasanya. ^_^
Tiap tahun, bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu. Bulan penuh barakah.

Bila masuk bulan Ramadhan, bermakna saya ada lagi sebulan untuk bekerja sebelum saya bercuti untuk melahirkan putera sulung. ^_^
Dalam gembira menyambut bulan yang ada Lailatul Qadar di dalamnya, terselit juga perasaan gementar. Berdebar-debar nak menyambut orang baru. Khalifah kurniaan Allah pada kami sekeluarga. ^_^

Dalam menunggu saat kelahiran, badan saya menjadi semakin berat. Kaki semakin sakit. Mungkin kerana bebanan tanggungan badan yang membesar.

Semalam........kami suami isteri istirehat di ruangtamu. Menonton televisyen sambil borak-borak. Tangan saya capai balsem terus ligat menyapu pada kaki yang lenguh.

Suami : Mengandung berapa lama?

Isteri : 9 bulan 10 hari.

Suami : (tengok kalender dengan mulut terkumat-kamit mengira)

Isteri : Cuk, dalam 9 bulan tu kan, berapa kali agaknya cuk tolong urut kaki b? (sengih)

Suami : (sengih lagi lebar dari isteri) *comel betul. melting isteri* Meh..cuk tolong urut.

Isteri : Ehh...takpe lah..main-main jek. B cuma sapu je. Tak urut pun. (terasa bersalah)

Suami : Takpe....meh cuk tolong sapukan. (duduk disebelah dan angkat kaki isteri letak atas peha suami)

* Dalam hati isteri, "kalau mak mertua aku nampak ni, apalah dia kata nanti. Kang dia kata aku ni queen control pulak. Buli anak dia...T_T"

Tapi apa pun, sepanjang kehamilan, saya memang banyak buat perangai. T_T
Nasib baik suami faham dan tak ambil hati dengan semua karenah saya.

Akhir kata,


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!

SEMARAKKAN RAMADHAN TAHUN INI DENGAN IBADAH! ^_^

Tuesday, 9 June 2015

I'm on instagram now.

Assalamualaikum. Hi.

Bukan nak cari publisiti ke apa.
Cuma nak bagitau.
Saya ada Instagram.
(Jakun)
;-p

Kalau sudi, meh arrr follow ramai2.
Tak ada apa yang best.
Saja je belanja gambar kenangan peribadi.



Ok.Bai.

Thursday, 4 June 2015

Sekejap je lagi...

Assalamualaikum. Hi.

Trimester ke-3.
Kaki mula sakit kalau berdiri lama.
Berjalan lama pun dah cepat penat.
Tumit kaki pun sakit.
Tampung berat badan mungkin.


Ada lagi lebih kurang 9 minggu.
Baju baby tak beli lagi.
Mak ayah tak bagi beli awal.
Jadi minggu ni dah boleh start shopping.
Baby boy atau girl?
Belum tahu.
Surprise.

Nak ada kenduri esok!

Assalamualaikum. Hi.

Harini kami laki bini akan pulang ke Batu Pahat. Esok mak buat kenduri doa selamat untuk saya. Sempena hendak menyambut kelahiran cucu sulung. Eceh.......
^_^

Terasa penat sangat harini. Mungkin disebabkan buat kerja rumah non-stop semalam. Biasa macam tu lah. Kalau harini nak balik kampung, sehari sebelum, kami laki bini akan jadi super sibuk. Ada je urusan yang nak kena setelkan sebelum bergerak pulang.

Biasanya kami akan balik awal bulan. Sebelum balik akan uruskan semua bil dan bayaran2 yang patut. Kalau tak, dekat kampung nanti tak senang hati. Walaupun cuma balik 2 3 hari je.

Dan biasanya jugak sebelum balik, rumah nak kena kemas bersih2. Tu yang pulun kemas rumah sampai pukul 2 pagi tu. T_T

2 hari lepas sempat kami pergi hantar kereta buat body treatment. Kete lama. Kena lah jaga elok2. Kalau tak, jadi makin buruk nanti.

Body treatment yang menelan belanja rm500... gulp...telan air liur. Mahal nyaaaa.......


Tapi servis yamg tiptop. Memang puas hati. Cuma tu lah...mahalzzzzz..............

Apa2 pun moga perjalanan kami harini dimudahkan. Selamat sampai kampung dan selamat kembali bertugas pada hari isnin nanti.

Amin......


Friday, 15 May 2015

Bersyukurlah..

Assalamualaikum.
Salam Jumaat.



Kudapan Yang Super Sedap!

Assalamualaikum, hello!

Sebulan je lagi nak masuk Ramadhan. Bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Seronok rasa nya bila berpeluang menyambut Ramadhan dan tahun ni berpuasa dengan memegang gelaran isteri. Macam mana lah nanti kan? Sahur bersama, buka bersama, terawih bersama. Moga kami manfaatkan Ramadhan ini dengan sebaiknya.

Eh eh......cara mukadimah tu macam esok dah start Ramadhan kan? Heee...eksited..

Hari ni saya dapat parcel dari Pos Laju. "pin! Pin!"




Gumbira rasa hati. Riang ria hari Jumaat. Mihihihi........ mana tidak nya, dalam parcel ini, ada ini.........



Kerepek chuolls!. Kerepek bukan sebarang kerepek. Kerepek dibawakan khas dari Batu Pahat Johor. :)

Konon lah mengidam. Sampai suruh mak tolong pos kan. Saya dah try beli kerepek yang ada dekat Subang ni, tapi semuanya hampa. Kat sini kerepek nya tebal. Penat mulut kunyah. Gigi pun naik sakit. Dah lah macam tu, berbau tengik pulak lagi. Kecewa sangat. Beli dari beberapa tempat, semua hasil nya sama. Kecewa!.

Lain dari kerepek Johor, kerepek nya nipis. Rangup. Rasanya sedap dan yang penting tak berbau. Kualiti sangat bagus. Maka tak hairan lah kawan saya di Terengganu sanggup turun Johor untuk dapatkan bekalan kerepek untuk di jual. ^_^

Sesuai sangat dijadikan makanan kudapan ketika menonton tv. Isi dalam balang raya pun ok jugak! Memang susah nak berenti mengunyah bila dah start makan.

Pada kawan2 mana yang nak order untuk raya, boleh whatsapp no bawah ni..

017-7900392. Berbaloi-baloi. Tak rugi beli.

Monday, 11 May 2015

Tak Jadi Teman?

Assalamualaikum. Hi...


Pregnancy dah masuk 27 weeks. Minggu depan dah masuk 7 bulan. Cepat je masa berlalu. Gambar kawen pun belum puas nak belek. Lagi 2 bulan lebih dah nak ada anak. Allah bagi rezeki anak cepat. Alhamdullilah.

Entah kenapa harini asek fikir pasal bersalin. Baru fikir nak bersalin kat mana. Hewhew.....
Mula tertanya2 terbayang2 sakit nya bersalin. Tangan ni cepat je google pengalaman blogger lain tentang kelahiran. Tentang kesakitan. Takut nya rasa......

Tapi bak kata kak ipar, sakit bersalin tu nikmat. Awal2 lagi dah bagitau yang dia nak tido dengan baby nanti. Hehe....

Bab pemilihan hospital mana yang nak bersalin ni, selalu jadi topik hangat kami suami isteri. Since kitorang check up dekat klinik swasta.

Mula2 nak bersalin kat Batu Pahat. 1st plan. Kitorang pilih swasta. Lepas tu mak ayah kata buat apa membazir? Hospital kerajaan ada. Dan servis pun bagus. Kenapa tak nak bersalin kat kerajaan je? Lagi pun mak kata "swasta ke kerajaan ke, sakit nya sama"
Huhuhu...seram dengar.. :")

Ok lah..atas nasihat orang tua, kitorang tukar plan. Bersalin dekat PPUM. Half goverment. Kira adil lah. *konon*

Bila survey tanya2 orang, dekat PPUM suami tak boleh teman isteri dalam labour room. Alahaiii...........sape nak beri i'olls kekuatan nanti? Nak tolong sumbat kurma di mulut tak kala berada di atas katil bersalin? Huhu.... lepas tu kena booking awal. Memandangkan suami asek kena outstation dan asek bertangguh ke PPUM, kami ambil jalan ringkas, cancel PPUM.

3rd plan, Hospital Serdang. Full kerajaan. Tengok ward dia pun cantik. Ada pakar. Tak payah booking macam PPUM. Boleh walk in je terus kalau sakit. Dah berangan nak ambik ward 1st atau 2nd class. Harga pun berpatutan. Kerajaan kan. Dah semangat ni nak bersalin kat Hospital Serdang. Dah bagitau semua ahli kuarga.

Malam tadi entah macam mana, terborak topik bersalin dengan suami.

"I tak teman u tau nanti dlm bilik tu (labour room)"

"Ehh...apasal pulak? Haritu kata nak teman kan? Nanti sape nak bagi i kurma tu semua? I nak pegang tangan sape masa sakit?" Perasaan ni dah start dah nak memberontak.

"Suruh mak teman" -sambil buat muka seposen tak rasa bersalah langsung.

Dalam hati ni berkata2 sendiri.... "Elehhh...cakap lah takut. Gelabah. Panik. *ketawa dlm hati*"

"Yelah. Kalau macam tu bersalin kat Batu Pahat je lah. Ada mak ada ayah." - daku mengalah akhirnya.

Dan harini pagi2 lagi dengan semangat berkobar2 apply cuti bersalin awal 2 minggu dari estimate due date. Bak kata suami, kot2 lah baby nak kuar cepat kan?


Wednesday, 6 May 2015

Jika Tinggal Solat

Assalamualaikum, hi...

Aku ni hanya lah seorang hamba Allah yang selalu melakukan dosa. Sobs! Dan perkara yang paling ringan dalam dunia ni adalah meninggalkan solat. Bila ada hal dunia sikit je, terus tak terjaga solat. Sedih tau!

Banyak juga lah tips2 yang aku cari macam mana cara nak buat kita tak tinggal solat. Aku kalau boleh tak nak sampai tertinggal solat. Malas nak berhutang. Kalau terlupa bayar hutang? Berdosa hokeh?..

Tapi harini aku tak share tips macam mana nak jaga solat. Sebab aku pun tak terer lagi bab tu. Kadang2 termiss jugak 1 waktu... *nangis*

Ni aku dapat dari kawan2 share di FB atau whatsapp group. Aku jadikan salah satu peringatan untuk diri sendiri supaya jaga solat.

Kerugian meninggalkan solat:

Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
Asar: Kesehatan mulai terganggu.
Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan

Moga2 dengan memikirkan kerugian yang akan ditanggung akan buat aku tak nak langsung tinggal solat. Cuba elakkan dari tertinggal solat.

Aminn...

Tuesday, 5 May 2015

Rajin Lepas Kahwin

Assalamualaikum, hi...

Kalau nak ikut malas, semua orang pun malas kan? Kalau boleh duduk goyang kaki semua benda pun dah siap. Tapi tu semua hanyalah angan-angan kosong yang tak kan jadi kenyataan. Sebab, kalau kita tak buat, sape lah yang nak buatkan kerja untuk kita. T_T

Macam aku, memang dah diperakui kemalasannya oleh ahli keluarga. Tapi sejak kawen ni, malas ni macam dah tak ada dalam kamus hidup. Masa bujang boleh lah nak meleha-leha goyang-goyang kaki tengok tv. Lepas kawen ni, otomatik jadi 'ter' rajin pulak.

Masa bujang bilik bersepah takde sape nak heran. Lantak kau lah situ. Baju tak lipat berlonggok dalam bakul. Lemari baju orak-arik (bangsa kalau nak ambik baju yang belah bawah, main tarik je), bangun tido selimut tak lipat, sejadah telekung tak lipat elok-elok, buku lepas baca tak letak tempat asal. Haihhh....banyak lagi kalau nak senaraikan. Pompuan jenis penyepah. Penyepah tau. Bukan pengotor. Aku benci kotor, tapi kalau bab tidy up ni, gua serender! Hahaha.....

Ok. Itu DULU. 6 bulan yang lepas. Haha.... sejak ada suami ni, memang malu lah nak buat perangai gitu. Sekarang ni perangai masih kepit-kepit lagi. Konon malu-malu bajet ayu. Tak tahu lah nanti lepas 6 tahun. Kepit lagi tak agak-agak?...*kesat peluh*

Dalam 6 bulan ni, banyak yang aku kena belajar. Tapi yang paling-paling penting sekali, kena DISIPLIN. Bayangkan lah, selama berpuluh tahun ada perangai malas lipat telekung, pastu nak kena ubah bad habit tu kepada good habit, susah jugak lah. Nampak macam senang. Alaaaaa......lipat telekung je poonnnn......... tapi sebab memang dah jadi habit, nak ubah tu agak payah. Memang memerlukan mindset dan disiplin yang tinggi. Kalau tak, tak berlipat lah telekung tu. :')

Tu baru satu je contoh. Banyak lagi perangai buruk aku ni. Nasib lah laki aku kawen dengan aku. Kurang rajin aku ni. Udah le dia tu jenis pengemas. Rajin puleee...... Bila balik rumah mak aku, lepas breakfast biasa kitorang borak-borak dulu kat meja makan. Update cerita semasa lah kononnya. Sebab memasing kan jarang jumpa. Laki aku ni pulak, orang sibok menyembang, dia sibok kemas rumah mak aku. Habis pinggan mangkuk semua dibasuh, ruang tamu, dapur, porch kete, laman rumah semua habis dikemas. Sampaikan stor ayah pun di setelkan jugak. Sampai dah takde apa yang tinggal. Baju-baju kotor pun dia tolong campak dalam mesin. Aku tinggal sidai jek. *Mak ayah aku memang suka kalau laki aku ada*

Kakak ipar aku pun jenis rajin. Kalau kat rumah mak, dia lah tukang masak. Gitau je nak makan apa.....huhu.

Aku : Untung lah mak ayah...dapat menantu rajin-rajin semua.

Mak : Kesian lah besan-besan mak. Diorang TAK UNTUNG dapat menantu macam korang.

Hahaha....sentap hokeh. Tapi nak buat macam mana. Aku dah paling ter rajin sekali, tapi still laki aku jugak win. Kalau balik rumah mak mertua, semua benda tak payah buat. Lagi-lagi mengandung ni. Asek-asek suruh tido, pastu makan. Sampai aku rasa macam hape jek.




*sila abaikan dapur yg tak semenggah tu*

Bila datang time rajin, semua kerja dia nak buat. Tapi kalau time dia penat, malas, memang haku sorang terpontang panting urus rumah. Tapi aku tak kisah. Sebab aku puas bila dapat kemas ikut style aku sendiri. Hewhew.......

Apa pun, pada aku dalam rumahtangga ni kena ada sikap tolong menolong. Suami kena lah tolong isteri. Sebab isteri kan dah tolong sama-sama cari duit.

Peace ^_^

Thursday, 23 April 2015

Throwback

Assalamualaikum, hi...

Tiba2 teringat masa trimester pertama kehamilan. Sendu manjang. Asek menangis jek. Komplen bosan dengan husband. Kata tak dapat perhatian dari husband.

Kalau lah aku yang jadi husband masa tu, mau berserabut kepala hotak. Huhu...

Mana tak nya, satu kerja rumah pun aku tak sentuh. Basuh baju, menyapu, masak, semua aku tak buat. Aku duduk je depan tv, tengok tv, pastu bila bosan, aku menangis. Hahaha...apa benda punya perangai lah..

Husband lah yang gigih uruskan hal rumah. Semua kerja dia buat termasuk lah basuh poopoo kucing2 aku. Hatta masak pun dia buat. Masa tu aku suka sgt makan bubur. Tiap hari balik keje, pungpang2 dia kat dapur masak untuk aku. Aku, duduk je depan tv. T_T
Tahu2 makanan semua dah siap.

Allah.....teruk betul perangai.

Bila berakhirnya trimester 1st, mood mula pulih. Dah kurang nangis. Dah tak moody. Kat tempat kerja pun lebih fokus. Ada mood nak masak. Mood mengemas pun naik. Haaa....... gittheww....

Sekarang ni, husband pulak yang duduk goyang kaki. Balik keje, aku yang terpungpang2 kat dapur. Hehe..... Bagi dia makan sedap2, sampai terlebih karbo, akhirnya husband aku tewas. Penyakit kurang garam dia datang balik. Within 24hours jugak lah muscle weakness dia tu.

Huhu.......tapi banyak yang aku belajar lepas dari trimester 1st. And i'm so lucky to have u husband. Walaupun banyak je yang kurang kat diri u, tapi kekurangan tu tak dapat mengatasi kelebihan u. ^_^

I love u.


Friday, 17 April 2015

Saya nak blogwalking.

Assalamualaikum, hi....

Since saya dah lama tak mengeblog, lama tak meng'update', lama tak berjalan2 di blog kengkawan, dan mood pun semakin ok, kuota internet banyak lagi, kerja kat opis melambak tapi kat rumah goyang kaki, jadi di sini kiranya sudilah kawan-kawan tinggalkan link untuk saya melakukan lawatan dihari minggu yang bosan sebab belum gaji..... :"D

Bila belum gaji, nak soping pun takde duit, nak window soping? alaaaa....sakit hati je nanti sebab tak dapat beli.

Jadi mari memanfaatkan masa dengan blogwalking. Asek tido waktu hari minggu pun tak bagus kan?
Mihihihi....

Moga kawan-kawan support ya?

^_^

Perangai

Assalamualaikum, hi..

Entry ni sebenarnya nak diterbitkan bulan lepas lagi. Lama betul entry ni berstatus draft. T_T
Tapi saya post jugak lah ye? Sayang nak buang. Dan maaf sebab lambat share story..
_______________________________________
Since berbadan dua ni, baru update entry sebanyak 2kali. Huuuu... T_T
Now pregnancy dah masuk 4bulan..bermakna, lama betul tak update kan?

Banyak je sebenarnya benda yang nak diroyankan dalam ni. Tapi, tulah............... saya sejak mengandung ni asek sedih jek. Sedih tak tentu pasal. Siap nangis tersedu-sedu. Sampai hasben dan mak ayah dah tak tahu nak buat apa lagi.

Alasan saya berasa sedih dan menangis kerana saya rasa bosan dan sunyi. Jiwa ni rasa kosong jek.

Boleh nak dikatakan hampir setiap hari saya akan menangis. Duduk sorang2 dekat balkoni, lepas tu nangis. Tengok tv, rasa boring, nangis lagi.... T_T
Hatta lepas makan pun boleh tersedu menangis. Arghhh.......saya yang menangis ni rasa stress, hasben saya berganda lah dia punya stress.

Ya Allah......bila difikirkan balik, teruk btol diri ni. Tapi nak buat macam mana.....air mata bercucuran sendiri.

Ekceli takde lah menangis tak tentu hala. Tapi kerana perasaan yg over sensitip, benda kecik pun akan buat saya menangis tak henti..

Before this saya pakai henpon cikai. Bila terasa nak upadate apa2 di media sosial, saya akan pakai henpon hasben. Saya bukan kaki gadget. Jadi henpon canggih tak menjadi tarikan saya.

Tapi saya punya nangis nangis dan nangis, hasben pun dengan baik hati beli kan smart phone kat saya. Dengan harapan saya leka bermain gadget sampai terleka dari rutin menangis. :")

Ya....berhasil..saya leka. Tapi cuma 2 3 hari. Kemudian henpon baru pun tah kemana. Rutin berasa bosan dan menangis kembali lagi. T_T

Hati tisu betul.. family kat kampung pun geleng kepala memikirkan karenah saya.









Balik kampung haritu, semua pakat melayan saya berjalan. Bawak saya makan macam2. Semata2 nak hilangkan bosan saya. :")

Seronok betul.......... ^_^

Sampai saat ni pun hasben masih gigih berusaha supaya saya tak boring. Bulan ni dia pasang astro dan sediakan wifi untuk saya. Tiap malam lepas makan dia akan ambil sikat dan sikat kan rambut saya. Ouchhh.....touching sangat. ^_^

Harap2 sampai bila2 pun dia akan layan saya macam princess.. bukan sebab saya sendu lebih..hihi...

Ohh..untuk pengetahuan semua, saya dah tak kuat nangis lagi.. ^_^

Sebab trimester pertama dah berlalu dan emosi semakin stabil.

Thursday, 16 April 2015

Dah Pandai

Assalamualaikum.. hi,

My tummy dah start gerak2. Rasa lah dup dup. Dia tendang ke siku ke, tak pasti. Mungkin jugak berseman kat dalam tu..^_^

Sebagai seorang ibu, tak putus2 i berdoa agar anak dalam kandungan ini sihat sejahtera. Tak putus2 juga berdoa agar bila dia dah besar nanti, punyai akhlak terpuji dan jadi anak yg soleh/solehah. Semua ibu dalam dunia ni juga mengharap perkara yang sama, kan?

Baby dah start gerak, i think dalam 3 minggu lebih. Tapi lately dia macam dah pandai bagi respond pada sentuhan. ^_^

I'm so exciteeddddd!!!! Hewhew...

Tiap pagi, lepas bangun tido, sebelum bangkit dari pembaringan, i and husband akan say good morning to each other. And my husband akan pegang perut say hi to baby..

"Good morning baby" - githewww........^_^
Sambil jari jemari mengusap perut dengan lembut.

And............baby respond!!.. baby bagi tendangan yang menunjukkan dia pun dah bangun jugak.. Ya Allah..............best sangat rasa. Alhamdullilah....
Dah 2 3 hari husband buat, dan tiap kali tu jugak baby bagi repond.

Since kitorang belum pegi scan, bila macam ni, memang jadi tak sabar sangat lah nak jenguk dia dalam perut. Mihihi.... lagi 2 minggu pegi check up. Tak sabar rasanya!

Lagi tak sabar nak tunggu dia lahir.

^_^