Nuffnang Ads

Tuesday 30 September 2014

Selamat Hari Lahir Pada Mummy!

Assalamualaikum semua............... ^_^

Harini harijadi MummyRem. Blogger kegemaran saya. Walaupun follower dia tak ada, tapi segala update yang mummy buat akan saya ikuti. Hihihi....

Jadi, sempena harijadi mummy, saya nak ucapkan semoga mummy sentiasa diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dikurniakan ketenangan hati dan kebahagian bersama dengan yang tersayang.

Terima lah hadiah dari saya.. Kekeke.....


Pada kawan-kawan sudi-sudi lah follow mummy. Cerita di blog mummy semua best-best. ^_^
Gerenti tak menyesal kalau follow..

Peace!

Monday 29 September 2014

Kalau Dah Rindu

Assalmualaikum......

Akhirnya dapat juga saya blogwalking sekejap. Melepaskan segala rindu yang terbuku. Huhuhu.....

My big day is just around the corner. Sibuk menguruskan segala hal dan sibuk bekerja. Juga kekangan gajet dan kuota yang sudah capai ke penghujungnya. T_T

Harini saya nak tulis nama pada kad jemputan untuk boss dan kawan-kawan sekerja. ^_^

Sejujurnya saya tak tahu apa yang patut saya rasa sekarang ni. Cuma hati saya macam tak puas ada dekat dengan keluarga. Kalau dulu balik kampung cuti hujung minggu dah cukup untuk saya lepas kan rindu, tapi sekarang ni, setakat 2 hari di kampung macam tak rasa apa.......... Baru berapa jam tinggalkan rumah, dah rindu semula. T_T

Jom layan gambar keluarga saya sekejap............



Me & Adik

Mak ayah

Abang & kakak ipar

Little boy

Rindu diorang semua walaupun baru semalam jumpa. T_T


Peace yaw!


Wednesday 24 September 2014

MAAF KAN SAYA.

Assalamualaikum semua.....

Saya nak mohon maaf sebab tak dapat nak teruskan #cabaran30hari. Saya terlampau sibuk sejak akhir-akhir ni dan terpaksa membubarkan cabaran tu. T_T

Maaf kan saya lagi sekali.

Saya berhenti dulu disini. Bila keadaan kembali tenang, saya akan update entri baru ya?

Peace!

Friday 19 September 2014

Day#2 5 Cara Memenangi Hati NadLadzim

Assalamualaikum semua...... ^_^
Untuk hari ke-2 #cabaran30hari #kelabbenashaari topik yang akan diutara kan adalah BAGAIMANA MEMENANGI HATI NADLADZIM.
Alaaaa...tak susah pun nak tambat hati saya kalau kena pada gaya nya.
Semudah A B C... Ecececece... :-D
5 perkara mudah :
#1 Bercakap dengan lembut pada saya. Saya sangat suka pada orang yang mampu berlemah lembut pada orang lain. Saya bukan orang yg lemah lembut dan saya tak akan ke arah itu. Cuma saya akan cuba jadi orang yang lebih baik dari semasa ke semasa. ;-)
#2 Sentiasa berpakaian kemas dan tidak berbau. Saya rasa semua orang pun suka dekat dengan orang yang bersih dan wangi kan? Yang ketiak asham, baju berbau, stokin berbau, semua orang pun tak suka nak dekat. Betul tak? (>.<)
#3 Pencinta haiwan. Terutamannya pada kucing. Saya ni sangat alergik pada orang yang suka menyakitkan haiwan. Rasa macam  nak tumbuk je tulang rusuk dia kasi dia senak..kehkeh..
#4 Selalu bawak saya pegi makan yang sedap-sedap. Saya sangat suka makan dan boleh makan dengan banyak. Tapi once badan dah mula nak naik, saya akan cepat-cepat puasa. Heee...
#5 Jangan nak jiwang meleleh skema-skema dengan saya. Family saya giler-giler. Jadi saya tak boleh masuk la dengan orang yang macam tu. Kena lah happy-go-lucky. :-D
Ok...sampai sini dulu..
Peace!

Always my feveret!

Day#1 Gambar Terkini & 5 Fakta Tentang Diri Saya

Hai korang.........^_^

Harini saya nak mulakan #cabaran30hari #kelabbenashaari

Bismillahirahmanirahim...............

Saya cerita secara ringkas fakta tentang saya ya? ;-p

#1 Saya Angah - Saya anak no.2 dari 4 adik-beradik.

#2 Saya degil - Sebab saya selalu rasa saya betul. Mak dan ayah lah orang yang tak jemu-jemu nasihatkan saya. ^_^

#3 Saya suka masak - Yes! I love cooking. Cuma bila penat kerja, saya jadi malas nak masak.

#4 Saya orang yang cepat sejuk bila marah - Beri saya ruang untuk relax bila saya tengah marah. Bagi saya tidur, dan saya akan ok lepas tu.. ^_^

#5 Saya suka popcorn - Saya sangat suka popcorn dan hanya makan popcorn waktu tengok wayang. So, bila saya craving nak makan popcorn, saya akan pergi tengok wayang. *alasan* ^_^

Now saya nak belanja gambar terbaru saya.
Oleh kerana selera makan saya bertambah, maka berat saya juga bertambah...
Harap-harap masa naik pelamin nanti, badan saya dah turun semula.. T_T

Menyahut Cabaran 30Hari #kelabbenashaari

Assalamualaikum korang!......

Yaaaa....saya tahu saya lambat join cabaran ni..hikhik.. (>.<)
Tapi bak kata omputeh, better late than never kan?..... *sedapkan hati sendiri*
Oleh sebab saya dah terlambat join cabaran ni, dan blogger2 lain dah pun mencapai hari yang ke-19, dengan ini, saya jumping la ekh? hihi..

Ehhh..tak lah...saya nak buat dari #day1. Baru lah best betul tak? Ikut urutan.......


Senarai entri yang perlu dibuat setiap hari selama 30hari bermula esok.... ^_^


  1. 1 gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda.
  2. 5 cara memenangi hati anda.
  3. Sesuatu yang menguatkan anda.
  4. Buku kegemaran anda.
  5. 3 perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih.
  6. Apa yang anda makan hari ini.
  7. Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda.
  8. 5 lagu cinta kegemaran anda.
  9. 5 lelaki yang menaraik perhatian anda.
  10. Apa yang ada dalam handbag anda.
  11. Kenangan lucu zaman kanak-kanak.
  12. 5 wishlist anda.
  13. 5 blog kegemaran anda.
  14. Cerita kasut saya.
  15. Surat kepada seseorang. Siapa saja.
  16. Siapa, bagaimana anda 10 tahun lagi.
  17. 5 perkara yang anda rindukan. Apa saja.
  18. Siri TV kegemaran anda.
  19. 1 resepi kegemaran anda.
  20. Quote kegemaran anda.
  21. Tempat yang anda ingin pergi dan tak pernah pergi.
  22. Destinasi percutian impian.
  23. Pekerjaan yang anda ingin selain kerja anda sekarang.
  24. Rumah impian anda.
  25. Berita terkini hari ini yang anda baca.
  26. Gajet kepunyaan anda.
  27. Mood anda hari ini.
  28. 5 perkara bermula dengan "andainya"
  29. Bunga kegemaran anda dan ertinya untuk anda.
  30. Perkara menarik yang anda berbangga tahun ini.
  31. Apa yang anda dapat dengan berblog.

Doakan saya gigih dan tak miss buat #cabaran30hari ni ya? ^_^

Peace!

My Preggy Princess

Hai semuaaa...... ^_^

Semalam lepas balik kerja, rehat-rehat lah sekejap kat ruang tamu. Macam hari-hari sebelumnya, princess kita terkedek-kedek datang buat muka comel mintak wetfood feveret dia. Mulut dia yang kecik tu tak abis-abis membebel, selagi kita tak bukak tin makanan. ^_^

Semalam dia nampak macam tak larat. Dia sebenarnya dah sebulan bunting. Mula-mula saya fikir dia penat. Mengandung kan....... Tapi bila dia asek termengah-mengah dan lidah asek terjelir macam haus tu, saya dah start risau. Mungkin dia kena semput. Macam kucing saya dulu. T_T



So, harini lepas balik kerja, terus nak bawak princess ni pergi klinik. Kesian sangat dah tengok. Melepek jek........T_T

Hopefully semuanya ok.. Aminnn...

Thursday 18 September 2014

Permohonan Nikah Johor

Assalamualaikum kekakak, kekabang dan kekadik semua.... Hihi..
Lama nya tak update blog ni. Sibuk sangat la.....

Nak blogwalking pun tak menyempat. T_T
Maklum lah, majlis tinggal lagi sebulan. Tiap minggu kena balik kampung. Uruskan hal-hal penting.

Tapi yang buat saya lega, urusan dengan pejabat agama dah selesai. Ya Allah, memang lega sangat-sangat. Sebelum ni, ada jugak saya dengar urusan dengan pejabat agama leceh. Tapi, ternyata dakwaan tu tak benar sama sekali. Pengalaman saya dengan Pejabat Agama Batu Pahat sangat manis sekali... Ececece......... (>.<)

Bagi negeri Johor, kita ada interview. Dia cuma tanya yang basic je. Dan dia akan terangkan dekat kita apa tanggungjawab suami dan isteri. Orang Pejabat Agama Batu Pahat sangat friendly! Tak sama langsung dengan khabar angin yang saya dengar.

Borang permohonan nikah kita boleh isi secara online. Senang sangat. Tak perlu pergi pejabat agama untuk ambil borang.

Klik sini -------------------> http://encr.johor.gov.my/HUAWMv6.aspx

Lepas dah isi, print dan siapkan dokumen sokongan.
Kena pergi ke pejabat agama daerah masing-masing dalam tempoh 30hari bersama dengan slip permohonan nikah berserta dokumen sokongan.

Senarai dokumen sokongan ada dalam website tu.

Ok, sampai sini dulu.. Next entry saya tulis panjang sikit ya? ^_^

Peace!

Tuesday 9 September 2014

Dera Budak

Haiii... Assalamualaikum...

Lama sungguh saya tak update blog ni. Sibuk sangat seminggu dua ni di pejabat. Dekat rumah pulak, sibuk setelkan hal-hal kawen. Masa makin suntuk. Banyak yang nak diuruskan.

Dalam sibuk-sibuk ni, sempat jugak lah saya blogwalking. Hehe....

Paling saya tersentap bila saya baca blog MummyRem. Kes dera budak. Berlaku pada kawan dia sendiri. Naik bulu roma ni bila membayangkan perkara ni terjadi pada diri sendiri atau ahli keluarga terdekat.

Semua mak ayah dalam dunia ni nak yang terbaik untuk anak-anak. Jaga elok-elok. Nyamuk sekor pun tak bagi gigit. Tapi bila hantar ke pengasuh, di pukul di ketuknya anak tu. Ya Rabbi...........

Saya juga bakal ada anak. Dan saya juga tak kaya. Begitu juga cik abang. Mungkin saya masih perlu bekerja walaupun anak masih kecil. Takut rasanya bila dengar cerita macam ni. Kita perlu keluar bekerja, dan anak harus di tinggal bersama pengasuh.. T_T

Moga-moga kita semua tidak mengalami pengalaman seperti kawan MummyRem.



Gambar Hiasan

Monday 1 September 2014

Keputusan HIV test ambil masa sebulan?

Assalamualaikum semua!

Welcome to September...

Dah masuk bulan September ni, bermakna hari bahagia semakin hampir. Terlalu hampir. Tak tahu nak rasa apa. Risau, hepi, eksited, tak sabar, takut, semua bercampur aduk. Huhu.........

Harini 1st September. Kita pegi buat HIV test untuk bakal peranten. ^_^

Sebab kita ni jenis orang yang buat keje last minit. Dah dekat tarikh baru lah terkedek-kedek nak siapkan itu ini. Pastu stress sendiri sebab takut tak cukup masa. ;-p

Tapi sebelum apa-apa, kita nak mintak maap dulu......... Takde gambo. Kita lupa. Sebab kita baru je berjinak-jinak nak tulis-tulis dalam ni.....weheeee...

Untuk warga Johor yang nak berkahwin, kalau nak buat HIV test, kena ambik borang dari Jabatan Agama daerah masing-masing. Borang tu free je. Kalau mintak tolong sape-sape ambik kan pun boleh. Macam kita, kita mintak tolong kawan mak kita yang keje dekat pejabat agama ambik kan sebab kita keje dekat Subang Jaya. Jadinya bila kita balik ni, boleh terus pegi buat HIV test, tak payah nak kelam kabut ambik borang tu lagi. ^_^

Pagi-pagi lagi kita dah siap-siap nak pegi klinik kesihatan. HIV test untuk bakal peranten haruslah dibuat di klinik kerajaan SAHAJA ya? Tak boleh suka-suki pegi klinik biasa. Huhu....

Mesti korang pikir, kalau buat kat hospital kerajaan, mesti lambat kan? Dengan ramai orangnya, nak tunggu giliran lagi. Nak ambil nombor pun kena beratur. Awal-awal lagi mindset dah cenggitu kan? Kita pun bayangkan benda yang sama. Sebab tu kita keluar rumah pagi-pagi. Kita risau nanti siap lambat. Kalau boleh, kita nak jadi orang yang pertama jumpa doktor. Heeeee.......

Sampai je dekat hospital, kita terus pegi kaunter untuk ambik angka giliran. Tapi akak kaunter tu cakap, untuk HIV test bakal peranten kena datang antara pukul 2 petang hingga pukul 4.30 petang. Kita pun, alaaaaaaaaaa....................................

Nasib baik rumah kita tak jauh. Macam mana lah kan orang-orang yang rumah dia jauh-jauh. Sian diorang.. T_T

Balik rumah, kita masak, makan............. Pukul 2, cepat-cepat kita pegi hospital semula.

Sampai dekat hospital pukul 2.30 petang. Start dari ambik nombor, sampai la siap buat HIV test, masa yangdi ambil cuma 20 minit. Waahhhh.......

Sebelum pukul 3, kita dah siap buat HIV test dan keputusan tu boleh dihantar terus ke pejabat agama. Yay! Senang dan cepat. Hepi sangat. Hepi bukan sebab apa tau, sebelum kita nak pegi buat HIV test tu, dengar kabar angin cakap, result dapat lepas sebulan. Mana lah kita tak cuak. Kita tak setel lagi urusan dengan pejabat agama. Tapi hari nak kawen tinggal lagi sebulan lebih je... T_T

*akibat keje last minit*

Jadi nasihat kita, awak-awak yang nak kawen tu, cepat-cepat lah setelkan urusan dengan pejabat agama. Takde lah kelam kabut macam kita ni.

Peace!