Nuffnang Ads

Friday 20 March 2020

Hai semua!

Assalamualaikum.
Hai semua!

Masuk hari ke-3 partial lockdown Malaysia kerana Covid-19 yang melanda dunia.

Dah lama rasanya aku tak kesini.
Dan malam ni aku ke mari kerana seorang rakan blogger yang mencetus kerinduan pada blog yang pernah memenangi tahta dalam hati aku. :')

Aku bukan nak menyalahkan takdir yang Allah dah tetapkan untuk aku.
Tapi sejak anak aku kembali ke Rahmatullah, aku memang kurang bersemangat nak jalani kehidupan aku..

Dan setelah sekian lamanya, malam ni, aku sumbat earphone dekat telinga dan dengar lagu2 kegemaran aku. :")

Dan malam2 buta macam ni aku masih belum tido.
Thanks to my hubsbaby temankan kita lepak malam2 makan megi.

Aku terlalu malas nak petik api dapur masak megi.
Jadi malam ni, aku makan megi rendam air panas.
Macam masa kat hostel dulu.

Alaaa..apa ada haalll??.. :-D

Buat perkara yang pernah aku suka buat adalah satu perkara yang best!

Aku rindu sangat dengan rasa ni. :")

Malam2, star gazing. Itu pun aku rindu jugak.
Tapi tak dapat lah nak buat sebab anak2 kecik lagi kan.
Tunggu aku tua sikit lah. Anak pun dah besar.
Then boleh star gazing lagi. Entah tahun bila.

Aku ni dah tua. Tapi aku rasa jiwa aku stuck at 25?
Haha..

Sementara aku masih ada mood nak bercerita ni, meh lah aku cerita sikit pasal tahun 2020 aku ni.

Last year november aku buat umrah.
Oleh kerana hidup aku yg sangat tak best sepanjang 2 tahun tu, jadi aku pegi umrah tu memang dengan niat, Allah kembalikan semangat aku. Allah kembalikan rasa tenang dan gembira pada aku.

Alhamdullilah, lepas balik tu aku rasa ok. Dan aku tanamkan niat, tahun 2020 ni akan jadi tahun yang sesuatu untuk aku.

Mana tahu, Allah uji aku lagi sekali.
Allah ambik ayah aku pulak.
Ayah aku yang aku sayang. Yang tiap2 malam call aku. Yang selalu dengar aku nangis.
Untuk kehilangan yang kali ini, aku menangis sepuas hati aku. Aku lepaskan kesedihan aku melalui air mata.

Aku rasa lega.

Cuma bila kerinduan tu datang, memang air mata saja lah yang mampu reda kan hati aku.

Aku tahu aku kuat.
:")

Ayah aku pergi middle january.

Early january tu entah macam mana aku signup mary kay.

So bila ayah dah balik ke negeri yang kekal abadi, aku sibuk kan diri dengan sharing mary kay.
Membantu lah jugak.

At least ada lah sesuatu yang baru yang aku boleh buat.:-)

Dan aku rasa, blog ni pun boleh jadi sesuatu untuk aku di tahun 2020 ni. :-)

Till then!




No comments:

Post a Comment

pop