Nuffnang Ads

Thursday 23 November 2017

Set Bersalin Pilihan Hati

Assalamualaikum semua!

Lamanya Kak Nad tak update kan? Kak Nad membawa berita gembira, bahawasanya Kak Nad bakal jadi mak pada 3 orang anak! Lajuuuu kan? :-)

Ok. So di pendekkan cerita, oleh kerana Kak Nad mengandung dan beranak dekat-dekat, kali ni Kak Nad akan pilih set bersalin yang complete untuk berpantang 44hari. Senang. Beli sekali je. Semua ada.

SET LEPAS BERSALIN TROPICAL HERBS BY AMWAY

Apa yang Kak Nad suka dengan Set Bersalin Tropical Herbs ni adalah ianya LENGKAP dan MENYENANGKAN.

Apa yang ada dalam Set Bersalin ni?

- Teh Herba (10 uncang)
- Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
- Lepas Bersalin 2 (80 kapsul sayuran)
- Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
- Herba Mandian (20 uncang)
- Campuran Peramping Perut (20 paket)
- Campuran Penghangat (15 paket)
- Campuran Penenang (15 paket)
- Minyak Urut Herba (60ml)
- Minyak Bayi (60ml)
- Bengkung (PERCUMA!)


Related image

Teh Herba : 
Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.

  • Menbantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
  • Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
  • Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.
Arahan:
Boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Rendam 1 uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara masih hangat. Campur dengan 1 sudu kecil madu, jika mahu.

Image result for after birth tropical herbs

Lepas Bersalin 1 :
Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan:
Diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10, sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba.
2 kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.

Lepas Bersalin 2 :
Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
  • Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina
  • Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecairan berlebihan.
  • Merangsang rembesan susu.
Arahan:
Dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. 2 kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.

Image result for herba pembersih wanita tropical herbs

Herba Pembersih Wanita :
Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan.
  • Herba Perbersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya kawasan vagina.
  • Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang)
  • Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Arahan:
Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini 2 kali sehari.

Cara membuat larutan herba:
  • Rendam satu uncang dalam air panas 500ml selama 10 minit atau untuk larutan yang lebih kuat ; didihkan satu uncang  dalam 1 liter air selama 15 minit.
  • Biar larutan sejuk sehingga suam sebelum menggunanya atau tuang ekstrak yang panas ke dalam besen bulat dan campurkan dengan 1 liter air.
  • Letakkan besen dalam bingkai mangkuk tandas dan duduk dalam larutan itu, rendam vagina.
  • Setiap uncang boleg diguna 2 kali.


Herba Mandian:
Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
  • Diperbuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala hingga ke hujung kaki.
  • Herba dipilih kerana harumannya, kandungan dan ciri-ciri yang merehatkan, antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
  • Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
Arahan:
Boleh digunakan dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.

Cara menyediakan :
  • Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
  • Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
  • Guna sebagai air mandian.
Image result for firming herbal blend tropical herbs

Campuran Peramping Perut:
Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
  • Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
  • Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
  • Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
Arahan:
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.
Awas! Jangan guna jika bayi lahir melalui pembedahan.

Cara menyediakan:
  • Masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkan agar menjadi pes.
  • Sapu pes dengan sekata pada kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
  • Guna bengkung untuk hasil yang lebih baik.
  • Bersihkan pes selepas membuka bengkung.
Minyak Urut Herba:
Menyingkirkan angin dan merehatkan badan.
  • Membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
  • Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
  • Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.
Arahan:
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari. Seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosok untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.

Campuran Penghangat Badan (Param):
Menghangatkan badan terutama tangan dan kaki.
  • Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
  • Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga digunakan untuk melegakan gatal-gatal.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau menggunakan bengkung, ia boleh diguna bila-bila masa.

Cara menyediakan:
  • Masukkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan campur agar menjadi pes.
  • Sapu ke seluruh badan kecuali muka, perut dan kawasan vagina.
  • Biar kering atau seeloknya selama dua hingga 3 jam sebelum membersihkannya.
Campuran Penenang (pilis):
Menenag dan menyamankan dahi
  • Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenangkan pada dahi.
  • Amat berguna pada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.
Arahan: 
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi, elakkan kawasan mata.

Cara menyediakan:
  • Masukkan satu sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkannya menjadi pes yang pekat.
  • Sapu pada dahi.
  • Biarkannya sehingga kering atau seeloknya satu jam sebelum mencucinya.

Image result for minyak bayi tropical herbs
Minyak Bayi:
Melegakan angin dan kembung.
Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semulajadi menggunakan minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
  • Tidak mengandungi menthol dan metal salisilat dan selamat diguna pada bayi.
  • Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
  • Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
  • Menyamankan kulit bayi.
  • Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.
Bengkung:
Bengkung Lepas Bersalin ini apabila diguna dengan Campuran Peramping Perut Tropical Herbs akan meningkatkan tindakan herba ini.
  • Menyembuh dan memejalkan otot dan tisu abdomen
  • Memejalkan kulit yang teregang di bahagian dada dan mendapat semula bentuk badan anda.
Image result for cara pakai bengkung tropical herbs



Friday 14 July 2017

Aryan Yusuff Kesayangan Hamba Pergi Menghadap Ilahi

Assalamualaikum...

Semalam, genap sebulan Aryan pergi tinggalkan aku. Entry tentang betapa seronoknya aku lahirkan Aryan pun masih belum siap, dia sudah pergi dulu.

Semalam antara hari aku menangis paling teruk. Walaupun aku di pejabat.

Aku rindu pada Aryan.

Saat menaip ini juga air mata aku sudah berada di bibir mata......

Masih segar di mata aku bagaimana aku terima sekujur tubuh yang sejuk dan longlai saat aku pulang dari kerja.

Aku tahu dia dah tak ada masa tu...

Allah...............

Aku cuma harap, Allah beri kekuatan pada aku. Supaya sentiasa bersabar dengan ujian yang hebat ini.

Satu hari nanti kita akan berjumpa juga, sayang........

Wednesday 26 April 2017

Seronoknya Bersalin dan Berpantang!

Assalamualaikum..

Aryan Yusuff dah nak masuk 3 bulan. Alhamdullilah....sihat anak mama tu. Dah start nak mengiring. Senang sangat jaga Aryan. Tak banyak ragamnya. Next week kita pi cucuk yek?

Kali ni, aku nak cerita lah pasal pengalaman bersalin dan berpantang Aryan.



Oleh kerana jarak Adam dan Aryan tak jauh, aku dan husband agak risau. Sebab Adam agak clingy. Dan selalu nak kena bagi perhatian kat dia. Risau bila ada baby baru, kitaorang tak cukup tangan nak layan 2 babies.

Dan berdasarkan pengalaman waktu bersalin dan berpantang Adam, maka kali ni aku dan husband buat persediaan yang betul-betul. Semua benda kami pikir dan teliti betul-betul.

Aku start cuti bersalin 2 minggu sebelum due. Inform mak ayah yang aku nak bersalin dan berpantang dekat kampung. Last minute plan. Plan asal nak bersalin dan berpantang dekat Subang ni jek. Hihi....

Maka berkemas-kemaslah kami.........nak lepak kampung lama ni.
Masa Adam, aku bersalin awal seminggu. So, start cuti jek, aku terus prepare mental dan fizikal aku. Kot-kot lah bersalin awal jugak kali ni..

Last aku check up pregnancy, berat aku naik mendadak. 3kg. So, next check up aku diarahkan minum air gula. Tapi oleh kerana last check up tu aku dah kat kampung, maka aku pun malas lah nak pegi. haha....

Mak aku punya lah risau......asek suruh aku pegi klinik je. Tapi aku memang malas dan tak nak pegi. Lagi pulak sebab berat aku naik banyak, aku kena pegi ambik tekanan darah selang sehari. Tu pun aku malas jugak nak buat. 

Husband aku dah bising-bising sebab aku tak nak pegi. Mak aku pun risau kemain. Aku pulak rasa sihat je..takde apa-apa yang aku nak risaukan. Sebab tu aku malas nak pegi. Lagi berapa hari je nak due...tu lah yang aku pikir.

Tapi last-last aku pegi jugak klinik. Tapi bukan klinik kerajaan ibu dan anak tu. Tapi klinik swasta. Buat scan and cek tekanan darah je. Bagi puas hati husband dan mak aku.

2 minggu sementara nak tunngu bersalin, kami memang berjimba berhabisan. Jalan ke sana ke mari. Pegi makan tempat jauh-jauh. Senang cite, berjalan je lah kejenya. Selagi belum sakit kata kau!

EDD aku 30/1. Hari-hari aku kira hari masa tu. Lagi berapa hari yang tinggal. Pastu rasa perut. Belum sakit.

Sampai lah 29/1. Bangun subuh tu aku dah start rasa tak selesa. Pinggang aku agak sakit. Tapi aku buat relax je lah. Sebab tiap hari pun pinggang aku sakit. Haha....

Aku buat je keje macam biasa. Buatkan Adam susu..Mandikan dia. Sarapan. Main-main dengan Adam. Makan tengahari. Tido petang...Semua nya aku buat macam biasa. Aku dah rasa ada contraction pukul 7.30 pagi lagi. Cuma aku tak bagitau sape-sape. Sampai lah agak-agak petang pukul 5. Masa tu sakit dah agak kuat. Mood aku pun dah mula turun. Aku bagitau husband aku, aku rasa dah nak bersalin. Aku dah rasa sakit dari pagi lagi.

Husband aku ni pulak, dengar je aku cakap camtu, terus bagitau mak aku. Dah semua orang panik. Sebab tu aku malas nak bagitau awal. Hewhew....Aku boleh relax lagi. Masih boleh tahan sakit.

Mak aku dah ajak pegi hospital. Aku cakap nanti lah....lepas maghrib ke.. Malas lah lama-lama kat hospital. Lagi pun belum keluar darah ke air ketuban ke...

Family aku semua muka redha je bila aku kata pegi hospital lepas maghrib. 

Aku buat semua benda dalam keadaan tenang masa tu. Aku mandi, solat, siapkan Adam. Lepas aku dah siap pakai baju, mak aku terus je ajak pegi hospital. Aku cakap nanti kejap lagi...nak makan dulu. 

Sumpah aku rasa tenang je masa tu. Sakit, tapi aku rasa sakit tu tak lah sakit sangat. Aku makan dengan seleranya..aku tengok muka mak cuak semacam.


Bersambung..............

Tuesday 4 April 2017

Short Vacation

Hai semua!

Ini adalah entry yang tersimpan sebagai Draft sejak beberapa bulan lalu.
:D

Takdok gambar sebab henpon camera canggih rosak!
Dah hantar repair.
Harap tak hilang lah segala gambar kenangan dalam tu.

Publish lambat.

Harap masih ada yang sudi nak baca entry panjang berjela ni.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum..

Lamanya Kak Nad menyepi. Mehehe... Tak ada apa nak share. Tiap hari sama saja rutinnya.
Kak Nad dah 35weeks pregnant. Diam tak diam, bising tak bising, tinggal lagi sebulan je nak jadik mother of two. :-)

Pregnant kali ni sama je dengan yang pertama. Tak ada masalah. Insha Allah sampai saat melahirkan pun tak ada masalah. Doakan Kak Nad ya?

Persiapan menyambut ahli baru?

Alhamdullilah. Dari segi barang-barang, hampir 100%. Cuma tinggal lagi nak siapkan mental dan fizikal je. Sebab lepas ni nak kena handle 2 babies. Huhu....

Adam Yusuff, 2, 3 menjak ni terlebih clingy. Dia memang jenis memerap dengan mama baba. Tapi lately, kadar perapan tu tinggi sikit. Haha... Kak Nad layankan je lah peel dia tu. Sementara masih layan dia sorang. Nanti dah 2 orang, dah kena bahagikan masa.

Sepanjang 2nd preggy ni, semua kerja dibuat seperti biasa. Lagipun takde alahan apa-apa. Jadi rasa cergas je lah.

So.......... 2016 dah sampai ke penghujungnya. Bila duduk sorang-sorang, sambil makan biskut cicah milo panas, rasa sayu je....rasa macam tak percaya yang 2016 dah nak melabuhkan tirai. Tahun yang sampai bila-bila pun tak kan terulang lagi.

Terfikir-fikir, apa achievement Kak Nad untuk tahun 2016. Rasanya 2016 antara tahun yang paling banyak bagi kenangan manis dan pahit. Antara tahun yang mencabar yang ditempuhi. Tahun yang banyak mengajar Kak Nad erti sabar. Tahun yang mengajar Kak Nad handle sebuah keluarga yang dilengkapi oleh suami dan anak.

:")

Gembira menanti hadirnya 2017, tapi dalam masa yang sama, sayu nak tinggalkan 2016.

Mukadimah yang sangat panjang.
;-D

Sebagai penutup 2016, dan jugak sempena nak melahirkan anak tak lama lagi, maka kami decide untuk pergi bermakan angin. Destinasi pilihan, yang dekat-dekat je lah. Kang tetiba nak terberanak, susah pulak.
Lepas ni, kena bertapa selama lebih kurang 6 bulan. Pastu baru boleh berjalan lagi.
Fully sponsored by Mak Ayah.
Huntong tak huntong lah kan. Hehehe.....


23/12/16
Mak Ayah sampai dari Batu Pahat. Dalam pukul 8 lebih malam. Bawak nasi baryani. Malam tu kami makan dengan penuh nikmat. Mana nak carik nasi baryani sedap kat USJ ni? Kalau ada yang sedap pun mahaiiii naww! 
Lepas tu, masing-masing terus tido. Pukul 10 malam, dah sunyi rumah. Adam Yusuff pun tido awal. Semangat nak berjalan.

24/12/16
Oleh sebab mak enon tak pack beg lagi, jadinya kena lah bangun awal. Pukul 5 pagi dah terjaga. Solat jap, terus siap-siapkan beg. Pukul 6 lebih pagi, Adam dah bangun. Lega rasa. Tak payah kejutkan dia. Dia bangun sendiri. Buatkan susu suam sedap-sedap, pastu tunggu dia yak-yak. Sementara tu, yang lain-lain pegi siap-siap mandi.

Tepat pukul 8 pagi, kami berlima dah keluar rumah.

(Ahli rombongan: Atok, Nenek, Baba, Mama, Adam)
Naik kereta nenek. 

Destinasi pertama. Victoria Station, Taipan USJ. Isi perut dulu. :)
Menu macam biasa, murtabak daging saiz M. Telur separuh masak, teh tarik.
Makan secara santai. Wat lek wat pis.
Lepas tu pergi farmasi cari garam. Biasa lah kan? Berjalan dengan pesakit hypokalamik ni, kena lah mode berjaga-jaga. ;)

Lepas isi minyak dan baca doa, kami terus mulakan perjalanan ke KUANTAN!

Yay!

Dalam kereta macam biasa, borak, gelak, kutuk kereta sebelah, tengok pemandangan....Adam dalam kete pun ok je. Dia main-main, dah bosan, tido.
Kami singgah di RNR Bentong.
Sepanjang perjalanan, kami benar-benar menikmati pemandangan. Sebab ini 1st time kami lalu jalan ni. Jadi, apa yang ada di sekeliling, memang kami akan tengok. Seronok!

Isi perut lagi. Kali ni makan yang ringan-ringan je sebab baru lepas breakfast.
Kami order 2 set big breakfast. Atok share dengan nenek. Baba, mama, Adam, share 1 set. Tu pun jenuh nak habiskan sebab kenyang lagi.

Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan, kami berhenti lagi di RNR. Lupa RNR apa. Dah masuk area Pahang dah masa ni. Kat sini kami makan nasik. Waktu dah menunjukkan pukul 1. Lebih kurang.
Kali ni kami makan nasi putih lauk Patin Tempoyak. Sedap!

Lepas masing-masing pergi toilet segarkan diri, kami teruskan perjalanan.
Borak punya borak dalam kereta, tahu-tahu je dah sampai area Kuantan. Tapi entah macam mana, kami terlepas simpang ke Bandar Kuantan. Jadi Atok kata, kita terus kan perjalanan ke KUALA TERENGGANU!

Yay!

Kami singgah di Pantai Cherating. Tengok mat dan minah saleh separuh bogel bawak surfing board. Haha... Berhenti ambik udara segar. Tengok pemandangan, ambik gambar.
Hujan mula turun. Biasalah. Akhir tahun. Musim hujan. Kami balik ke kereta dan teruskan perjalanan.

Sampai area Kemaman. Dah petang dah masa ni. Dalam pukul 3 ~ 4 camtu. Kami singgah makan di Warung Aziz Satar. Pekena satar paling sedap dalam dunia!. Serius sedap. Pulak lagi masa tu hujan agak lebat. Maka satar panas-panas dengan kopi o. Memang layan habis!
Selain satar, kami makan kopok lekor dan ikan kembung goreng tepung. Ikan fresh. Sedap betul. Puas kami makan.

Dah kenyang, kami teruskan lagi perjalanan. Lalu di kawasan Petronas. Tengok api. Hehehe... Jakun lah jugak. Dan akhirnya kami sampai di Kuala Terengganu pukul 7.30 malam. Terus masuk bilik yang dah di booking awal. Malam tu kami tidur di Kuala Ibai. Harga 1 bilik, RM50 untuk semalam. Bilik basic je. Ada katil, aircond, TV. Heater tak ada. Bilik kecik. Tapi tak kisah sangat pun. Sebab cuma untuk tido malam je. 

Sampai bilik, kami bersihkan diri. Uruskan Adam. Mandi dan susu. Layan dia main. Sibuk nak pegi bilik nenek. Dah sampai bilik nenek, nak pegi tempat baba pulak. Adeehhhh... gitu lah berulang-ulang. Yang lain semua baring. Luruskan pinggang. Rehatkan kaki. Pukul 9 malam kami keluar semula untuk cari makan malam.

Mula-mula, kami ke Kuala Terengganu. Pegi area sungai. Tengok kat situ ada orang jual makanan. Stail food truck. Tapi kebanyakannya jual keropok lekor dan cucuk-cucuk. Jadi, kami cuma pusing-pusing bandar dan dapat jugak sambar seluar jeans untuk Adam 3 helai. Seluar bundle tapi condition sangat baik. 

Cari makan di kedai tepi jalan. Entah apa nama kedai ni. Makanan dia SUPER DUPER SEDAP!
Kami order ikan siakap (agak besar) masak stim limau, telur bungkus, sayur kailan ikan masin, telur dadar, udang laut goreng kunyit dan keropok goreng sebagai appetizer. Keropok goreng dia pun sedap. Adam suka lah. Banyak dia makan.

Eh eh eh....semua makanan sedap ni. Dari mula berjalan sampai ke Terengganu, makanan semua sedap-sedap.

Yang paling best, malam tu kami makan cuma RM 62 je! Murah kan?! Macam tak percaya.

Lepas makan, kami terus balik bilik. Masa ni dah pukul 11 malam. Adam pun dah start merengek.
Adam dah kompon (pampers basah). Mungkin sebab banyak sangat minum air sejuk, tambah lagi angin sejuk tepi laut, tambah lagi dengan hujan renyai-renyai. Combo!

Sampai bilik, urus Adam, lepas tu semua terus tido.Kepenatan!

25/12/16
Seawal 7.30 pagi Adam dah kecoh-kecoh nak pegi bilik atok nenek. Yelah anak..........mama turutkan. Baba masih baring-baring. Nenek pun sama. Kemudian kami bersiap untuk check out. Pukul 9 pagi kami pegi sarapan area Kuala Ibai, makan nasi dagang. Ya Allah! Sedapnya nasi dagang kat Ganu nih! Rasa tak cukup sepinggan. Tapi mengenangkan kalau ambik lagi sepinggan akan jadi muak, maka kami ratah ayam goreng je untuk puaskan tekak. Hehehe....

Kemudian pergi ke Masjid Terapung. Ambik gambar. Jalan-jalan area situ. Beli souvenir sikit, lepas tu balik kereta, untuk ke destinasi seterusnya! Pasar Payang. Masa jalan-jalan dekat Masjid Terapung, kami bergurau nak jumpa Ustaz Azhar Idrus.

Bandar Terengganu agak sesak. Dekat parking, kebanyakannya plat Wilayah dan Johor. Ramai yang bercuti di sini. Macam kami. Hehehe..
Masuk je Pasar Payang kami jumpa kedai jual gelang emas palsu dan gelang manik. Baba memang suka gelang manik, jadi kami singgah. Beli untuk Momen sekali. Tengah belek-belek gelang, tiba-tiba UAI lalu. Wahhhh!! Giler tak teruja kau! Baru sebut-sebut. 
Nenek terus tegur, "Baru sebut-sebut tadi". UAI terus angkat tangan dan cakap 'Hai'. Kami senyum meleret lah lepas tu. Sebab memang tak sangka akan jumpa UAI.

Dekat Pasar Payang kami beli makanan sikit-sikit. Untuk kudapan dalam kereta.
Lepas dari Pasar Payang, kami ke destinasi seterusnya, Noor Arfa Craft Center.
Lama kami di sini. Masa ni Adam dah tertido. Tapi kami angkut jugak. Kami tengok orang buat batik chop. Lukis batik pakai lilin dan jugak anyam bakul. Sayang sekali penenun songket cuti. Tak dapatlah tengok orang menenun. Cuma dapat lah bergambar sekeping dua. Hehehe...

Masa dah nak balik tu, tetiba Adam bangun. Apa lagi, cepat-cepat lah baba pegi beli makanan ikan. Ajak Adam bagi ikan makan. Tengah syok-syok, ternampak orang buat penyu pakai kaca kristal.
Adam macam biasa lah.....nampak benda pelik sikit, terus jerit WOW! Hahaha...
Dekat sejam lebih kami dekat NACC ni. Best datang sini.

Hari makin meninggi. Kami teruskan perjalanan ke Rhu 10.
Nak makan sotong dan ikan goreng tepung. Nyummy nyum nyum!

Kami sampai Rhu 10 dalam pukul 3 petang. Cuaca cantik. Tak panas tapi tak hujan. Tak mendung pun. Kami makan dengan puasnya. Ikan goreng dia lebih besar dan manis dari yang kami makan di Aziz Satar. Sotong dia pun sedap. Mee goreng dia pun sedap jugak. Memang puas tekak, kenyang perut, hati pun riang gembira. :))

Lepak jap tepi laut.

Kemudian, turun semula ke arah selatan. Next destination, Kuantan.
Agak lama jugak dalam kereta. Kami singgah ngeteh di Semarak Kuala Terengganu. Kami teruskan perjalanan bila perut dah kenyang dan masing-masing dah segarkan diri.

Kami sampai Kuantan agak lewat. pukul 8 lebih nak dekat pukul 9 malam. Malam tu kami tido di Suraya Hotel. Lepas urus Adam, mandi dan salin baju, kami terus keluar cari makan malam.
Kuantan hujan lebat masa kami sampai. Tak banyak pilihan yang ada sebab cuaca tak mengizinkan. 
Makan tepi jalan. Tak sedap dan mahal. Tapi masing-masing makan je. Lagi pun dah penat.
Balik bilik, terus tido. Adam dah start tido dari dalam kereta lagi.

26/12/16
Hari terakhir. Aircond dekat hotel sejuk nak meninggal. Masing-masing tido tak lena. Sebab terlampau sejuk. Pagi tu kami bermalasan. Tak keluar awal pun. 1st, sebab masing-masing dah keletihan. Lagipun, destinasi haritu cuma Teluk Chempedak.
Lepas semua dah siap-siap, dalam pukul 10 lebih pagi dekat ke pukul 11, kami keluar dari hotel.
Nak cari breakfast. Tapi port breakfast sedap dah tak bukak. Sedih!
Kami terus ke Teluk Chempedak. Tapi banyak kedai makan tak bukak. Yang ada cuma kedai masakan Indonesia. Hmm...bedal je lah. Lagipun dah nak masuk tengahari. Jadi kami makan nasi berlauk.

Lepas makan, kami jalan-jalan sekitar pantai. Tengok monyet, ambik gambar dan beli sourvenir.
Hujan mula turun. Kami balik ke kereta. Sebelum bertolak balik ke USJ, kami singgah di beberapa pantai sekitar Kuantan. Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam. Hujan masih lebat. Jadi kami usha-usha dari dalam kereta je. Kemudian terus bergerak pulang ke sarang.

Kami singgah di Gambang, ngeteh. Pekena goreng pisang panas dan nes tarik. Fuhh...layan!
Lepas tukar pampers Adam, buat susu suam, yang lain pegi toilet lepas hajat dan segarkan diri, kami teruskan perjalanan kami.

Port ngeteh dan rehat yang seterusnya, di Segamat. Last ngeteh untuk trip ni.
Bila dah masuk Johor, makanan semua ala Johor lah kan?
Atok dan Baba makan mi Bandung. Nenek makan lempeng cheese. Mama makan pulut mangga.
Rehat kan kaki sekejap, alas perut, tukar pampers Adam dan buat susu suam untuk Adam.
Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan kami pulang ke USJ.

Sampai area Negeri Sembilan, Adam yak-yak. Kami singgah Petron untuk uruskan Adam. Kemudian teruskan lagi perjalanan.
Kami sampai di USJ sekitar pukul 10 malam. Atok nenek rehat kejap. Lepas tu terus balik Batu Pahat.

Maka berakhirlah percutian singkat kami.

Wednesday 22 March 2017

Mother of TWO!

Assalamualaikum!

Kembali Kak Nad menulis dalam blog yang tak seberapa ni.
:)
Alhamdullilah Kak Nad dah pun selamat melahirkan baby boy pada 30 Jan lalu.
Dan dah 50days pantang pun.
Daannn.........dah kembali bertugas di pejabat. Maka tinggallah anak-anak di rumah bersama Baba.

Alhamdullilah sepanjang proses kelahiran dan berpantang, Kak Nad lalui dengan mudah, tenang dan gembira. Terima kasih pada semua yang bersungguh-sungguh bantu Kak Nad dan sentiasa pastikan Kak Nad tak stress. Hehehe......

Panjang sebenarnya Kak Nad nak cerita. Tentang betapa seronoknya berpantang kali ni.
Dah berapa kali taip dan tukar ayat. Still Kak Nad rasa macam tak sampai apa yang Kak Nad cuba ceritakan. Haha..... 
End up, cuma ni je lah yang mampu Kak Nad khabarkan.

Until next entry! Daaaa......

Tuesday 10 January 2017

Menunggu Hari

Assalamualaikum..

Maka harinya semakin hampir... dupdap dupdap jugak lah rasa hati ni. Tinggal berapa hari je lagi. Atau pun kalau rezekinya cepat, bila-bila masa je boleh POP!

:-)

Neves bercampur teruja Kak Nad sekarang ni.
Alhamdullilah..syukur sangat atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan.
Terasa sangat sempurna hidup ni.
Perjalanan hidup selama 4 tahun kebelakangan ni memang tak sunyi. Sentiasa ada perkara baru yang menjengah. :-)

Dikelilingi insan-insan yang menyayangi diri sepenuh hati.
Tak mewah harta. Tapi mewah dengan perhatian dan kasih sayang.
Sungguh Allah tu Maha Adil.

:-)

Since ini adalah pengalaman ke-dua Kak Nad, keadaan agak teratur. Pengalaman mengajar kita lebih dewasa. Tak gittewww?.. hehe..
Dah tahu serba sedikit keperluan untuk pergi berjuang dan boleh bayangkan keadaan diri lepas berjuang.

Masa mengandungkan dan bersalinkan Adam dulu, ilmu memang boleh dikatakan zero. Main aci redah je. Dah sakit nak bersalin pun masih menafikan lagi yang diri tu dah nak terberanak sangat. Tapi kali ni, Kak Nad lebih bersedia. 

Niat awal nak bersalin dan berpantang dekat USJ ni je. Lagipun Hospital Shah Alam kan dah bukak untuk bersalin. Dekat je dengan rumah ni. Dalam fikiran, berpantang dekat rumah sendiri lagi selesa. Tak yah lah susahkan orang tua nak jaga kita pulak.
Tapi last minit berlaku perbincangan secara serius antara Kak Nad dan husband tentang keadaan bersalin dan berpantang, maka keputusan bertukar kepada bersalin dan berpantang di kampung. Kekeke...sorry mak..Tersusahkan mak tanpa sengaja.

Kak Nad terus wasep mak. Tanya, boleh ke kalau nak pantang kat rumah mak?
Mak memang hepi lah bila dengar kitorang nak berpantang kat kampung. Bakal riuh lagi rumah Cik Ram ye? Hihi...

Lagi 3 hari kami nak berangkat pulang ke kampung. Get ready nak bersalin. Barang-barang semua dah siap packing. Separuh dah masuk kereta pun. Tinggal barang-barang kecik je yang belum masuk kereta. Kat pejabat ni pun, 98% kerja dah setel. Meja semua dah di atur. Cuma tinggal bersedia dari segi mental dan fizikal aje ni.
Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan bersalin Kak Nad. Allah mudahkan urusan orang-orang yang akan bantu Kak Nad melalui proses ni. Terutamanya husband dan keluarga Kak Nad.

Jumpa lagi next entry! 
(Kompon masa tu dah beranak. Haha)