Nuffnang Ads

Thursday 9 August 2018

Diari seorang mak #1

Assalamualaikum..

Bila jadi mak ni, banyak benda yang aku plan nak buat untuk anak.
Instagram aku, FB aku, even blog aku pun banyak cerita pasal anak dan suami.
Diorang memang totally ambik hidup aku.

Dan aku, semakin bahagia.

Aku mengaku, banyak sangat benda-benda pahit yang aku lalui setahun dua kebelakangan ni.
Sampai aku hilang nafsu pada benda-benda yang aku suka dan minat.
Termasuklah blog ni.

Tapi sejak dua menjak ni, keadaan diri aku macam dah berubah sikit.
Aku makin rasa gembira dan makin rasa bahagia.
Terima kasih pada suami dan anak-anak.
Terima kasih pada mak ayah dan adik beradik.
Kerana mereka sentiasa ada untuk aku.

Susah senang aku.
Pahit getir aku.

:-)

Ok. Berbalik pada cerita aku seorang mak.
Dah nama pun mak kan?
Jadi, pape pun semua nak dulukan anak.
Beli baju anak dulu, baru beli baju mak.
Beli mainan anak dulu, baru beli handbag mak.

Al-kisahnya....

Aku seorang mak yang bekerja.
Tiap bulan dapat gaji.
Dan sebahagian gaji aku, aku buat bayar apa yang patut aku bayar. Sebahagian lagi aku simpan dan sebahagian yang lain, aku bagi pada suami untuk tambah belanja keluarga.

Ok setel.

Aku ni, susah nak keluar rumah pegi mall.

Jenis pantang pegi kedai, mesti nak beli pape.
Itu sebab utama kenapa aku suruh laki aku yang handle duit. Hekhekhek...;-)

Tapi aku suka jalan-jalan dalam mall alam maya.
Dan biasanya aku memang akan terbeli jugak.

Sian laki aku.

Tadi aku jalan-jalan lagi.
Cuci mata.
Konon.

Tetiba aku nampak benda yang aku sukaaaa sangat.
Bukan barang aku. Barang anak aku.
Dan aku pun terbeli.
Pakai duit suami. Hehe.. ;-)

Suami aku terus cakap.
U ni tak suka pegi mall.
Suka lepak rumah.
Tapi tetap belanja banyak.
Duit yang u belanjakan tu lebih banyak dari duit yang u konon nak share untuk tambah duit belanja keluarga.

Dia bebel kan kitaaaa....hahaha..

Dia bebel. Tapi dia tetap bagi. 


Plan aku sebenarnya nak buat bilik Abang Adik.
Nak jadikan tempat diorang main.
Mainan diorang tu semua letak bilik.
Agak-agak kalau aku malas nak kemas, aku tutup je pintu bilik tu, setel. 😅

Nanti bila bilik tu siap, aku buat entry pasal bilik abang adik. 
Buat masa sekarang aku buat entry merapu dulu.
Masih cari-cari mood nak berblogging.
Kahkahkah.
Macam dulu rajin sangat je kan..

Till then!