Nuffnang Ads

Friday, 18 December 2015

Bila Adam Yusuff Demam

Assalamualaikum,

Bila Adam dah tidur, saya selalu tengok muka dia lama-lama.
Tenung. Renung.
Selalunya saya akan rasa sebak.
Rasa sayu. 

Selalu saya cakap dekat husband, syukur sangat Allah bagi Adam pada kita.
Tak tahu macam mana nak describe betapa saya sangat mensyukuri anugerah ni.

Adam senyum, ketawa, nangis, jerit, bebel.
Semua tu buat saya rasa sangat dirahmati.

Tak penah rasa puas cium pipi Adam.
Sampai kadang-kadang terfikir, macam mana bila Adam ada adik nanti.
Mampu tak saya layan adik Adam sama rata dengan Adam.

Haaa..tak mampu nak fikir benda yang belum ada.

Last few days Adam Yusuff demam.
Babysitter call cakap Adam demam.
Terkejut jugak sebab masa hantar pagi tu dia ok je.
Tanpa banyak bicara, terus keluar dari ofis.
Call boss masa dah dalam kereta. Bagitahu keluar kejap.
Bila ambik Adam, badan dia memang panas.
Babysitter cakap, lepas bangun tido, badan dia mula panas dan merengek.

Risau kami.
1st time mengadap benda macam ni.
Saya susukan Adam. Lepas tu lap badan dia dengan kain basah.
Pakaikan cool fever.

Adam merengek-rengek. Tapi bila dia bukak mata dan nampak mama babah, dia senyum-senyum.
Lega bila tengok dia masih nak sengeh-sengeh.

Since saya tak dapat cuti dan Adam pun macam ok sikit, kami balik ke ofis.
Pukul 4 petang babysitter call bagitau Adam dah ok. Badan dah tak panas.
Balik tu pun Adam dah start nak main-main macam biasa. Demam tapi tak macam orang demam.

Senang hati bila tengok anak aktif.


Semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik pada kita.
Aminnn...

5 comments:

  1. comelnya adam! cepat2 sembuh ya adam...sian mama adam risau...^_^

    (ni kalau bila adam besar baca entri mama adam ni, mesti terharu punya...)

    ReplyDelete
  2. olo comel nya. moga cpt sembuh. InsyaAllah. Allah bg ruang kasih syg baru dlm hati utk adik Adam.

    ReplyDelete
  3. Comel adam tu.. cam nak gigit2 je.. gurau je.. ehehe

    ReplyDelete
  4. jom join giveaway blog ika :)

    http://www.nooratikahramli.com/2015/12/giveaway-pocket-calendar-new-year-2016.html

    ReplyDelete
  5. Semoga baby adam sentiasa diberi kesihatan yg baik.. amin...

    ReplyDelete

pop