Nuffnang Ads

Friday 17 October 2014

Quick Breakfast

Assalamualaikum... ^_^

Saya selalu ada masalah breakfast.
Selalu miss breakfast.
Padahal dah tahu yang breakfast tu penting.

Jadi, sebab concernkan tulang rusuk kiri dia ni, Angah belikan saya pisang setiap 2 hari.
Quick breakfast katanya.
Kena makan.
Bukan susah. Cuma ambil dalam fridge, terus makan.
No more excuse.




Lagipun, saya ni susah buang air besar. Pisang membantu menyelesaikan masalah saya.
^_^

Jom kita tengok apa pentingnya BREAKFAST.

Sarapan pagi adalah sumber tenaga yang pertama selepas kita berehat sepanjang malam.
Macam mana nak bertenaga kalau kita tak supply sumber tenaga pada tubuh kita?
Bila tak sarapan, kita jadi tak bermaya. Cepat letih dan mengantuk.
Otak tak dapat bekerja dengan baik sebab tak ada energy.
Tak boleh nak fokus di pejabat dan yang paling kesian, bagi yang sedang belajar.

Mengambil sarapan juga boleh menguruskan badan.
Bagaimana?
Bila kita sarapan, perut kita dah terisi. Jadi, waktu lunch kita tak berapa nak kebulur.
Bolehlah kita kawal kuantiti makanan yang kita ambil.
And....
Bila kita lapar, kemungkinan kita nak makan junk food adalah sangat tinggi.
Bila kita menjaga waktu makan, makan secara tetap, risiko pengambilan makanan yang tidak berkhasiat adalah tipis.

Amalkan sarapan yang sihat.
Untuk kehidupan yang lebih baik.

Buat azam untuk tahun depan.
Jangan miss untuk sarapan.

^_^



1 comment:

  1. salams nad, dah ptg baru baca entry nad...makan pisang setiap hari bgs utk kesihatan kita:)

    ReplyDelete

pop