Nuffnang Ads

Tuesday, 2 December 2014

Segmen : Zaman Persekolahan

Hi,

Aku menerima jemputan dari Balqis untuk menyertai Segmen Alam Persekolahan yang beliau anjurkan.
Dan ianya sangat mengujakan!

Sejujurnya aku tak kisah sangat pasal hadiah tu, tapi aku rasa sangat berminat untuk berkongsi cerita tentang alam persekolahan yang aku lalui.
Tapi kalau karangan aku ni menarik perhatian para juri, aku 1000 kali sudi terima hadiah.
Kehkehkeh.

Lihat gambar di bawah...


Agak-agak korang, aku yang mana 1?

Aku pilih :


Ya. Nombor 16. Yang paling dekat dengan karakter aku.
Pendiam. Buat hal sendiri. Gadis biasa.

Sekolah terakhir aku adalah Sekolah Teknik Batu Pahat.
Setahun aku duduk di asrama sebab family aku tinggal di Johor Bahru.
Tahun ke-2, mereka telah berpindah ke Batu Pahat, jadi aku ambil keputusan untuk tinggal bersama keluarga.

Sebelum aku masuk sekolah teknik, aku bersekolah di Sekolah Sultanah Engku Tun Aminah.
Sekolah perempuan. 
Etika pakaian di sekolah perempuan sangat sopan. 
Wajib berkain dalam, wajib bersinglet, wajib melabuhkan tudung hingga melepasi bahu, juga wajib melabuhkan baju melepasi lutut.

Masuk saja di sekolah teknik, segalanya berubah.
Etika pakaiannya amat berlainan.
Mereka tak kisah tentang labuh atau senteng.
Yang penting tidak berenda-renda.

Sewaktu sekolah lama, menjadi trend untuk pakai tudung sekolah berenda. Asalkan cukup labuh.
Dan tudung itu mahal, Kerana bersulam.
Aku guna duit raya untuk beli tudung tu, Aku ingat lagi.
Untuk budak berumur 15tahun, RM50 itu besar.
Lebih-lebih lagi tahun 2002. Susah nak dapat duit banyak tu.
Mak ayah pun bukannya orang senang.

Minggu orientasi sekolah teknik adalah minggu yang amat menjengkelkan.
Mentally tortured.
Aku di panggil senior kerana tudung.
Pada awalnya, aku diamkan saja. Tapi bila aku kerap dipanggil dan dimarah, akhirnya aku akur.
Dengan pasrah, aku potong renda tudung sekolah kesayangan aku.
T_T 

Ok. Aku dah melalut. Tak ada kaitan dengan gambar yang aku pilih. Cuma sekadar berkongsi pengalaman yang berbekas di hati aku ni.

Aku ni seorang budak perempuan yang sangat biasa di sekolah.
Aku tak ramai kawan.
Aku susah nak campur dengan orang lain.
Jadi besfren bagai.
Aku tak pandai.
Aku boleh kawan dengan semua orang tapi bukan kawan rapat.

Waktu tingkatan 5, tempat duduk aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang hot dan dikenali di sekolah. 
Mereka semua ada buah hati. Dan pada waktu rehat, buah hati mereka akan datang menebeng di kelas kami. 
Dalam ramai-ramai, aku sorang je yang tak boleh nak masuk dengan diorang.
Aku tak pandai nak hu-ha hu-ha.
Oleh sebab itu, mereka kata aku sombong.

TAK!
Aku tak sombong.
Cuma aku tak reti nak bercampur gaul lelaki perempuan.
Dan aku jugak tak cantik macam diorang semua.
Aku sangat rendah diri.
Sebelum aku jadi bahan melawak diorang, baik aku tak payah jebakkan diri langsung.
Aku buat hal sendiri.
Aku ada kawan dari kelas lain yang pergi tuisyen sama dengan aku.
Amalina namanya.
Kami bersaing antara kami, siapa yang dapat buat buku latihan paling banyak.
Buku latihan selalunya kami beli bersama-sama di kedai buku.

Dari aku bosan waktu rehat, lebih baik aku study.
Habiskan buat buku latihan.
Lebih baik.

Mesti korang tertanya-tanya, waktu rehat kenapa kami tak turun makan?
Kadang-kadang, turun jugak.
Tapi aku jenis yang tak suka berebut-rebut beli makanan.
Lagipun sebelum kesekolah aku sudah bersarapan, jadi waktu rehat aku tak lapar.
Cuma aku akan pastikan bekal air aku sentiasa berisi air.

Tengok gambar bawah ni.
Aku cilok dari FB.


Aku minat giler-giler kat dia masa sekolah dulu.
Tapi sebab aku rasa aku tak cantik, aku rendah diri, aku minat dari jauh je lah.
Tapi tak sangka.
Sekarang dia dah jadi suami aku.


Ok lah. Ni je yang aku dapat share.
Otak aku ni jam pulak tiba-tiba.
Kalau ikut hati, nak je aku cerita semua.
Tapi nanti 5 hari 5 malam pun korang tak dapat habiskan baca.
Hihi....

Kawan-kawan blogger yang lain, kalau nak join, klik banner kat bawah ni.
66 pemenag dicari untuk segmen ni.
Best wooo....



^_^

13 comments:

  1. Lily dari segmen yang sama! ^^ Selamat bersegemen http://aimanliyanasamat.blogspot.com/2014/11/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak boleh view blog awak lah.. :(

      Delete
  2. Semoga berjaya!!!
    Salam Perkenalan dari

    m@m@ MYJA

    ReplyDelete
  3. Panjang berjela ceritanya...good luck ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...panjang sangat ekh? Syok sgt menaip..sampai lupa dunia.. :)

      Delete
  4. Hehe. Pendiam tak bererti sombong. Best apa study daripada serabut duk hu ha dengan orang lain kann :D dtg dari segmen yg sama

    ReplyDelete
  5. wah, akak, kita pun join segmen ni. jom baca jom ! http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  6. Wah!!! Menarik sangat yang pasal minat dalam diam tu.. Cerita akak ni kena sangat dengan diri saya, tak suka berebut makanan kat kantin, minat classmate dalam diam, ruapa2nya dia minat kita jugakk. Allah. Tak sangka. Best la cerita ni. Tabik spring ! :D

    ReplyDelete
  7. hyee cik belbel datang, terima kasih join segmen cik balqis
    http://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  8. ohh hehe
    kite pun kdg2 selalu rase renda diri. tak yakin dgn dri sndri. tapi certain part jelah.

    wiwit. dr segmen yg same ni hehe

    ReplyDelete
  9. tengkiu join segmen sy. jom check pemenang plak yer :)
    Senarai Pemenang Segmen

    ReplyDelete

pop