Nuffnang Ads

Wednesday, 24 December 2014

Subuh Tadi Waktu di Highway Utara-Selatan

Hi,

Dah 5 hari aku tak bukak blog aku ni. Bukan setakat blog je yang aku tak bukak, tapi semua yang memerlukan internet aku tak dapat nak bukak sebab kuota internet aku habis. Huhu..... T_T

Lagi pun aku super duper sibuk dengan majlis aku yang belah laki. Adik beradik mak suami aku semua datang dari Sabah. Jadi aku kena lah layan diorang dengan layanan yang paling istimewa. Walaupun masing-masing sibuk dengan gadget di tangan, tapi aku terpaksa lah ketepikan semuanya. Tak elok pulak aku rasa kalau aku sibuk dengan henpon masa tetamu tengah ada kat rumah.

Dan kebetulan memang internet aku dah tak ada, jadinya memang aku langsung tak pegang fon lah.

Harini, masuk je opis, aku tengok kerja atas meja dah berlambak memanggil aku. Fuhh.. Suami aku pulak, masuk je opis terus bos mintak dia pegi site. Dah postpone 1 hari pun job dekat site tu sebab kitorang emergency tambah cuti.

Kami dari Batu Pahat pukul 4.30 pagi tadi. Naik motor jek. Balik saing dengan adik ipar aku. Jalan 2 motor lah kiranya. Sebab aku memang nak kejar masa, aku bagitau suami tak payah berhenti dekat Pagoh (port wajib berenti). Kami jalan terus ke Ayer Keroh dan isi minyak di hentian Jejantas. Waktu tu dah pukul 6.15 pagi. Kami rehat 15 minit. Minum dan rehatkan enjin motor. Pukul 6.30 pagi, kami gerak semula.

Dalam 10 minit perjalanan, dah lepas Simpang Ampat nak masuk ke Pedas Linggi, ada eksiden! Kejadian yang baru berlaku. Aku nampak treler tekan break dan berhenti di tengah jalan. Bila kami sampai ke depan, nampak motor tergolek dengan penunggangnya. BUKAN treler tu yang langgar tau. Treler tu berhenti betul-betul belakang motor tu sebab nak elak dari motor tu kena langgar dengan kenderaan lain. Waktu tu gelap lagi. Kalau tak buat macam tu, tentu kena sebat dengan kereta lain sebab tak perasan.

Jalan depan sikit (agak jauh), kami ternampak kereta berhenti tepi mengalami kerosakan agak teruk. Suami aku terus cakap, mungkin kereta ni yang langgar dan dia cuba untuk lari tapi kereta dah rosak dan tak boleh jalan jauh. Terus kami berhenti tepi dan pergi pada kereta tu. Seorang akak yang keluar. Muka pucat dan takut. Dia call saudara atau kawan, kami tak pasti.

Suami aku terus je tanya kenapa dengan kereta dia? Ada eksiden dekat sana (sambil jari suami tunjuk di tempat kejadian). Dia kata dia juga terlibat dengan kemalangan itu. Lori kecik langgar motor, dan dia tak sempat nak elak, dia langgar motor tu. Tapi masa dia langgar, penunggang tu dah tergolek atas jalan raya. Dia cuma langgar motor bukan langgar orang. Dan lori kecik yang langgar motor tu dah lari. (akak tu kata)

Sedang kami interview akak tu, berhenti 1 kereta ni di belakang kami. Dia (brader) turun saja dari kete, dia suruh kami call PLUS. Kemudian dia kata biar dia yang call PLUS. Kami ya kan saja. Lebih 30 minit lepas tu, pihak PLUS tak jugak sampai. Suami aku pulak call PLUS. Rupa-rupanya, memang tak ada siapa yang buat laporan pada PLUS. Adoii.....

Brader yang konon kecoh tu, dah blah lepas dia call sape tah. Tinggal lah akak yang menggeletar ketakutan bersama kami. Jadi, kami decide temankan akak tu hingga PLUS datang. Kami yang kejar masa nak naik keje ni dah jadi lambat pulak. Dah hampir pukul 7.30 pagi. Dan perjalanan kami masih lagi jauh. Tapi kami tawakal saja pada Allah. Hanya pertolongan kecil itu saja mampu kami beri.

Bila pihak PLUS sampai di tempat kejadian, kami serahkan akak tu pada pihak PLUS untuk tindakan susulan. Siapa yang salah, tak dapat kami nak bongkar. Tapi kami sangat kesian pada mangsa. Lalu di lorong tepi. Tapi kerana kecuaian orang lain, dia jadi mangsa.

Dan menurut laporan PLUS. Mangsa MAUT. Allah.................. T_T

Semoga roh mangsa di cucuri rahmat. Al-Fatihah.

3 comments:

  1. Mashaallah.. Takutnya.
    Banyak kenderaan terlibat..
    Yang betul-betul langgar lari pula.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..mesti akak tu terkejut dan ketakutan...tahniah coz anda mampu memberi pertolongan dikala ada insan yang memerlukan...mugkin kecil pada kita...tapi mungkn besar bagi yg memerlukan...semoga Allah merahmati anda :)

    ReplyDelete

pop