Nuffnang Ads

Monday, 1 December 2014

Alhamdullilah!

Assalamualaikum semua..

Harini Isnin. Dari malam tadi rasa macam tak semangat. Biasa lah kan, setelah berehat-rehat selama 2 hari di rumah, terasa malas start keje balik. Mula lah terfikir nak berenti keje. Huhu..

Malam tadi, call adik. Mengadu pada dia tentang berenti keje, adik terus je gelak.

"Kau betul ke nak berenti kak? Kau bukan nya betul sangat. Nanti dah berenti, kata boring duduk rumah. Ni dah keje elok-elok, kata malas pulak."

Hahahaha..... Sesungguhnya adik memang dah paham sangat perangai kakak dia ni.

Oleh kerana tak nak ada rasa negatif dalam diri, otak ni mula berfikir cara-cara nak menaikkan mood. 

Pagi Isnin bermula seperti biasa. Sampai saja di opis, terus bancuh White Coffee Old Town. Stok white coffee ni tak pernah habis. Bila dah tinggal sikit je, beli lagi. Sedap sangat coffee ni. Lain dari brand-brand lain. Tak yah dah susah-susah pegi Old Town. Boleh nikmatinya di mana saja. ^_^

Dan pagi isnin ni jugak di kejutkan dengan kenaikan gaji! Yihuuuuu!

Alhamdullilah. Syukur sangat. Rezeki datang dari Allah.


Jom minum dulu.
^_^

1 comment:

pop