Nuffnang Ads

Tuesday, 2 December 2014

Sebak Dada Ni.....


Cerita ni dah lama.
Berlaku hari Ahad lepas.
Tiba-tiba teringat.
Aku rasa aku nak share.
Ini pengalaman aku.
Mungkin orang lain pun penah rasa macam aku rasa.

Sekarang ni aku tinggal dengan suami dan adik ipar aku.
Semua bekerja.
Tapi waktu kerja kami tak sama.
Kami keluar pagi balik petang.
Dia keluar tengahari balik malam.

Sementara dia cari rumah, dia tumpang rumah kami.

Haihhh....macam mana aku nak cerita ya?

Waktu tu lunch hour.
Aku masak.
Adik ipar aku makan dulu sebab dia nak pegi kerja.

Bendanya simple.
Tak patut jadi isu.
Tapi entah macam mana aku rasa sakit hati sebab bukan suami aku yang makan dulu.

Aku nangis.
Aku sedih.

Tapi bukan sebab makanan tu.
Sebab aku rasa kenapa aku rasa sakit hati?

Kalau itu adik kandung aku, darah daging aku, tentu aku tak kisah.
Aku rasa sebak.

Aku rasa kenapa susah aku nak anggap keluarga orang sama macam keluarga aku?

Suami aku terus peluk aku.
Dia kata nanti lama-lama aku akan biasa.

:"(

4 comments:

  1. harap tabah ye kak...moga dipermudahkan urusan..amin..

    ReplyDelete
  2. sabar ye kak. jangan sedih sedih

    ReplyDelete
  3. banyakkan bersabar ye kak.. moga2 cpt dia dpt rumah sewa..

    ReplyDelete

pop