Nuffnang Ads

Tuesday, 18 February 2014

Tips Mengawal Habuk.

Hi,

Musim panas ni makin senang rumah berhabuk. Mungkin disebabkan oleh debu yang terhasil kerana cuaca yang membahang. Time ni lah senang nak dapat penyakit sebab udara tak bersih. Sejak-sejak umur meningkat ni, mata saya sakit bila ternampak habuk. Dulu masa remaja, tak kisah pun kalau bilik bersepah atau kotor. Relax je. Tapi sekarang ni, bila nampak habuk, terus marah-marah habuk tu. haha.. Sebab saya ni jenis tak rajin. Kalau seminggu sampai 3~4 kali kena lap habuk, memang malas lah kan?

Kucing saya Cici, kalah pada cuaca panas dan habuk. Kesian dia sebab rumah saya takde air-cond. Dia jenis berbulu tebal. So, udara sejuk sangat penting untuk dia. Even pasang kipas kuat-kuat pun dalam musim panas ni, angin yang terhasil still rasa bahang. Kucing pun berpeluh jugak. Bila berpeluh, campur dengan habuk, jadi gatal-gatal. Lepas tu garu-garu, luka terus jadi kudis. Kesian Cici. Bulu tercabut, kulit jadi merah berair.

Ni pun tengah pikir-pikir nak pasang air-cond dalam bilik. Persediaan untuk musim panas. Tak tahan rasanya. Kerana cuaca yang terlalu panas, selalu je saya sakit kepala. Malam nak tidur pun tak selesa. Sekarang ni sebelum tidur, saya akan mandi dulu. Memang tak elok untuk kesihatan. Tapi kalau tak buat macam tu, susah nak tido. Pilih baju pun yang nipis.

So, dekat sini saya nak kongsikan tips-tips mengawal habuk dalam rumah.

Pertama sekali, kurangkan karpet dalam rumah. Sebab karpet memang ejen pengumpulan habuk. Tapi kalau kena pakai jugak karpet, rajin-rajinlah jemur. At least sebulan sekali pergilah hantar cuci. Rajin-rajinkan diri untuk vacum selalu. Sejak musim panas ni, saya gulung terus karpet sebab tak nak debu-debu habuk ni. Tambahan pulak, saya tak cukup masa dan tak cukup rajin nak sapu dan vacum selalu. Bila takde karpet, rumah pun nampak lebih luas dan bersih.

Yang ke-dua, langsir. Banyak saya dengar orang cakap langsir ni yang buat rumah tambah berhabuk. Ye ke? Habis, macam mana? Tak kan lah rumah tak pakai langsir. Kan? Sebenarnya, langsir ni ada fungsinya yang tersendiri. Selain sebagai perhiasan rumah, langsir juga adalah penapis untuk tingkap rumah. So, takde lah habuk masuk menerobos terus dalam rumah dan melekat pada perabot. Jadinya, memang patutlah kalau langsir ni berhabuk teruk. Sebab ia adalah penapis yang hebat. Jadi, kita kena lah tukar langsir 3~4 bulan sekali. Ataupun setengah tahun sekali. Janganlah biarkan langsir tu bergantung bertahun-tahun sebab ia akan mencemarkan udara dalam rumah.

Buku-buku. Saya ni penggemar buku. Tak kira apa jenis buku pun saya suka nak baca. So, melambaklah buku dekat rak. Tapi kan saya ni tak rajin. Buku-buku yang dekat rak tu pun dah naik berhabuk. Nak lap satu-satu selalu, tak larat lahhh. Jadi saya ambik initiatif, beli kotak yang cantik-cantik dan simpan buku-buku dalam kotak.Kotak tu pulak saya susun cantik-cantik dekat rak. So, bila hujung minggu saya cuma lap je kotak-kotak tu. Kuranglah kerja saya dan nampak lebih kemas juga. Untuk yang ada anak kecil, simpan buku-buku di bilik yang berasingan dengan tempat bermain kanak-kanak sebab buku senang berhabuk bila di simpan.

Air-cond dan air purifier. Haa.. ni pening sikit. Bukan semua orang mampu nak beli kan? Sama lah macam saya. Rumah saya tak ada dua benda ni. Tapi kalau ada yang berhasrat nak beli, saya syorkan beli lah air-cond yang ada fungsi pembersih udara. Senang dan jimat belanja. Pilih yang ada inverter untuk kurangkan penggunaan eletrik. Takde lah nanti terkejut tengok bil eletrik melambung-lambung.

Seterusnya, pasang penghadang habuk pada celah bawah pintu rumah. Ini juga membantu menghalang habuk dan serangga masuk ke dalam rumah. Habuk datangnya dari luar. Bila angin tiup, habuk akan berterbangan dan masuk ke rumah melalui celah-celah lubang yang ada. Jadi, tugas kita adalah mengurangkan kebolehan habuk untuk masuk dan mencemarkan udara rumah.

Lap peralatan, perabot dan perhiasan dengan kain lembap supaya habuk tidak terbang ke tempat lain. Bersihkan rumah dari atas ke bawah untuk mengelakkan kerja yang berulang-ulang. Tukar cadar dan sarung bantal dua (2) hari sekali. Kalau boleh elakkan bantal dari jenis kekabu. Pilihlah yang sintetik kerana ia tidak perangkap habuk. Rajin-rajin basuh sarung kusyen dan jangan basuh dengan pelembut kerana ia akan membuatkan sarung kusyen lebih senang mengumpul habuk.

Okeh. Saya rasa ni saja tips yang dapat saya kongsikan. Kalau ada yang nak tambah atau apa, bolehlah kita kongsikan sama-sama.

Saya harap beberapa tips ni membantu anda untuk menguruskan rumah dengan lebih baik. Apa-apa pun, rajin itu penting. Peace!

1 comment:

  1. Thanks dear.tips yg sgt membantu..sy mmg tgh pening ni ngan habuk yg sentiasa byk dkt rumah. Nasib lah..sape suruh pilih rumah sblh highway..pdn muke den..hahaha

    ReplyDelete

pop