Nuffnang Ads

Wednesday 2 July 2014

Pembantu Yang Hebat

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan saya ucapkan pada yang membaca. ^_^
Saya tengok-tengok dalam Facebook, dah makin meriah timeline dengan status juadah berbuka dan bersahur. Macam-macam ada dan nampak sangat menyelerakan. Bolehlah tambah-tambah idea untuk cik puan yang kering idea nak masak kan?

Kebanyakan isteri sekarang ni bekerja. Selalu kejar masa. Balik rumah je, tak sempat nak buat apa-apa, terus masuk ke dapur, siapkan makan untuk keluarga tersayang. End up, si isteri ni penat sangat dan mula bersungut. Suami makin hari makin stress sebab tak paham keadaan isteri yang keletihan. Paling teruk, suami mula cari hiburan di luar. T_T

Bermula dengan masalah kecil yang tidak ditangani, menjadi masalah besar yang sukar diselesaikan. Kita semua tak nak jadi macam tu kan?

Kat sini saya nak share something yang dapat membantu para isteri di dapur.

NOXXA MULTIFUNCTION PREASSURE COOKER.

Haaa.. Rasanya ramai yang dah tahu pasal periuk ni kan? Kalau mana-mana yang baru 1st time dengar, macam ni rupa dia. (thanks Mr Google)


                                           
Ada orang panggil periuk ni periuk ajaib kerana periuk ni tersangat lah best bila memilikinya. Mihmih.. ^_^
Saya dah pakai periuk ni lebih kurang 3 tahun. Dah macam-macam benda yang saya masak. Masak menggunakan periuk ajaib ni, tersangatlah jimat masa.

1st time beli, saya terus test masak bubur ayam. SubhanaAllah.......... superb! Cepat dan mudah. Saya masak bubur ni cuma kurang dari 30min. Lepas saya setkan masa, saya masuk bilik mandi dan solat Maghrib. Lepas saya siap, saya ke dapur, bubur pun dah siap dimasak! Yang bestnya periuk ajaib ni, kita tak payah tunggu makanan tu dimasak. Lepas set masa, kita boleh tinggal untuk buat kerja lain.

2nd time saya masak sup tulang. Saya set masa 45min, daging tu dah lembut sangat-sangat. Dan macam yang pertama kali, saya tinggal je daging tu dalam periuk sementara saya buat kerja lain. Bila dengar bunyi beep beep beep, maka saya tahu lah yang masakan saya tu sedia dihidangkan. Heee...... senang hidup.

Masa saya beli periuk ni, ada promotion. Saya dapat Thermo Pot secara percuma yang berharga RM300 lebih. Wow! Memang berbaloi-baloi. ^_^

Selain function PRESSURE, periuk ni ada function lain macam STEAM, STIRFRY, dan jugak SLOW COOKER. Inner pot adalah non-stick dan boleh dibeli secara berasingan. Best kan?

Owhhh...sebelum terlupa, nak cerita sikit ni. Bulan lepas saya masak Soto. Tiba-tiba teringin nak makan. Nak cari yang sedap kat area KL ni kemain lagi susahnya. Jadi saya pun decide untuk masak sendiri. Mak selalu pesan, kalau nak makan nasi impit, masak awal-awal. Sebabnya nak rebus ketupat segera tu ambil masa. Saya teringatkan periuk ajaib saya yang best tu. Saya try lah masak. CUMA 15 MINIT SAHAJA! Haa..sengaja saya highlight kan bagi teruja..hehe. Jimat sangat masa saya. Untuk yang jenis ketupat segera mini tu, cuma 7 hingga 8 minit.  ^_^

Ni dah masuk bulan Ramadhan. Tak lama lagi nak raya. Nak kena masak ketupat, rendang.... Dengan periuk yang super duper best ni, segalanya jadi mudah dan cepat.

Pada kawan-kawan, cepat-cepatlah sambar periuk yang canggih ni. Memang dijamin puas hati!








No comments:

Post a Comment

pop