Nuffnang Ads

Friday, 14 November 2014

Bad Mood

Hi..

Assalamualaikum.....

Saat aku menaip entry yang tidak ada manfaat ini, hujan sedang turun dengan selebat-lebatnya.
Entry ini hanya sekadar entry yang berupa bebelan dan repek kan yang tak perlu di ambil pusing kisahnya oleh sesiapa.

Sebelum aku merepek lebih jauh lagi, aku nak cerita sikit tentang hari ini.

Dalam sejarah hidup aku, aku makan 5 BIJI KARIPAP untuk sarapan. Diiringi sebungkus biskut Tiger Choc Banana. Dan aku masih rasa lapar. T_T

Tengahari tadi, aku dan Angah keluar lambat sikit sebab tolong boss no.2 packing barang yang nak di courier. Keluar lambat 30min. Masa tengah siap-siap nak gerak tu, boss tiba-tiba tanya,

"Korang tak nak pegi makan ke?. After lunch Ariff kena pergi side."

Aku jawab dalam hati. "Kau ni dah kenapa boss? Kau tak nampak atau buat-buat buta?"

Baran aku naik dengan tak semena-mena. Dengan perut lapar ditambah dengan soalan yang tak berakal cenggitu buat aku rasa nak marah.

On the way balik rumah, kami singgah di mamak. Beli kari kambing sikit untuk tambah lauk yang ada. Aku cakap dengan mamak tu, bungkuskan kari ni dengan harga RM4. Dapat berapa banyak korang tahu? Tak sampai sesenduk pun! T_T

Aku punya naik radang, aku tanya mamak tu dengan nada suara yang kuat dan aku rasa agak menengking jugak lah.

"Macam ni RM4?!!.." - Mamak tu hanya terpinga-pinga.

Aku mintak papadom sekali. Tengok aku dah marah cenggitu, mamak tu kira papadom aku cuma 50sen jek. Lepas ni, memang aku tak kan pegi lagi mamak kedaung nak cepat kaya tu. Tak berhagak kau punya mahal ekh? Menyirap betul.

Angah hanya diam. Bila sampai je rumah, Angah terus bagi kucing-kucing aku makan. Dia tahu aku tengah takde mood.

Tapi yang buat aku terfikir sekarang ni, KENAPA AKU TAKDE MOOD?

T_________________T




2 comments:

  1. jeng-jeng....nad preggy kot....
    sabar nad....

    :):)

    ReplyDelete
  2. Datang bulan or preggy.
    Memang bad mood.

    ReplyDelete

pop