Nuffnang Ads

Thursday, 13 November 2014

BEST TAK KAWEN?

Hi,

Baru tak baru sangat la kawen kan? Dah masuk 3 minggu pun. Sekali pun tak penah masak lagi.. hewww....

Bukan pemalas hokeh? Cuma belum berkesempatan. Husband and wife sibuk memanjang. Tambah pulak sang suami sibuk ber overtime. Sebagai isteri yang bajet comel, sang suami mengharapkan dapat lah mengadap muka isteri dia ni setiap masa. Phewww....... Jadinya, terpaksa lah aku tunggu dia buat OT. Aku duduk di meja dia main henpon. ^_^

Ok ok..... tahu dah. Orang kata baru kawen semuanya indah-indah belaka. Tak dapat tengok muka laki/bini sejam pun dah tak keruan. Haha...



Ni ami aye. Nama dia Ariff Ussman bin Mohd Sharif. Nama komersial Angah Sharif. Aku kenal dia waktu di sekolah dulu. Kami sekolah Teknik Batu Pahat. Dia ni top student dulu. Hot stuff bak kata budak-budak sekarang.

Dia ni nakal. Tapi entah kenapa, hati ni tetap suka. Tapi kami tak bercinta masa sekolah dulu. Cuma minat-minat je dari jauh. Rasa tak layak lah nak bergandingan dengan dia. ANGAH SHARIF kottt... Jadi kegilaan ramai anak gadis waktu tu. Aku pulak hanya lah gadis biasa yang tak menarik. T_T

Lepas masuk U baru lah kami start rapat. Tapi kami tak penah declare "start sekian haribulan, i boifren u, u gelfren i". Tak penah. Kami rapat dan masing-masing paham sendiri.

Sekarang ni dah jadi suami isteri yang sah.

Alhamdullilah............ ^_^

Dah 3 minggu bergelar isteri, ramai yang tanya, BEST TAK KAWEN?

Aku sekadar senyum je lah. Kalau nak cerita best ke tak, dari segi berkasih-sayang dan bergurau senda, tentu lah best. Masih baru lagi kan? Inai kat kuku ni pun masih ada lagi.

Tapi dari segi lain, aku rasa super duper BEST!.. Sebab, tiap kali aku buat apa-apa, even pandang dan senyum pada suami pun, aku dah dapat PAHALA. Tu lah yang paling nikmat sekali. Best sebab semua benda pun aku dapat ganjaran baik. Sayangnya Allah pada hamba-Nya. Aku sangat bersyukur.




2 comments:

  1. tahniah nad:):)
    moga kekal hingga kejannah......

    ReplyDelete
  2. Tahniah..
    Semoga berbahagia selalu.

    ReplyDelete

pop