Nuffnang Ads

Friday 15 August 2014

Cantik Dari Dalam

Assalamualaikum....

Saya dah mula dapat jemputan perkahwinan dari kawan-kawan dan sedara mara. Start dari seminggu raya, sampai ke awal tahun depan. Pack betul jadual. Alhamdullilah.. Ramai yang dah sampai jodoh. Moga berkekalan hendaknya. ^_^

Seronok tau pergi kenduri kawen ni. Kalau pengantin tu kawan sekolah rendah kita, maka dapatlah kita jumpa kawan-kawan sekolah rendah yang lama terpisah. Secara tak langsung dah jadi macam acara reunion pulak kan? Orang kata, makin lama tak jumpa, makin erat pulak hubungan silaturrahim tu. Jika ada sengketa lama, terus dibuang jauh-jauh. Sebab kenangan manis lebih indah untuk dikenang.

Yang pasti pengantin akan tampil berseri-seri. Dah nama pun Raja Sehari di Hari Bahagia. Gittewww.. Tapi kita yang tetamu ni pun nak jugak nampak cantik kan? Kalau hari-hari biasa muka kita ni cuma berbedak tabur, tapi bila nak pegi kenduri kawen je, habis semua mekap di calit kat muka. Aksesori juga tak ketinggalan. Baju terbaik yang kita ada, kita pakai. Semua tu untuk sama-sama meraikan kegembiraan sang mempelai.


                            Masa ni tak ready lagi. Tu yang Angah tak tengok kamera tu..

Ok.. macam biasa, gambar adalah terhad. Ni je yang ada.. kekekeke.. Boleh laaaa..... Gambar lama. Buat belanja korang. Ni masa tunang. Mekap by Bella Tahir. Mekap pakai Mary Kay hokeh? Curlassss tau.. Boleh PM dia kalau nak kan khidmat dia. Dia juga Mary Kay Beauty Consultant. Sangat friendly orangnya. ^_^

Berbalik pada cerita kenduri kawen, saya nak jugak jadi cantik dan gojes bila attend majlis-majlis ni. Nanti bila kawan-kawan lama nampak saya, ternganga mulut diorang. Mau berdarah hidung. Tetiba rasa menyesal kenapa tak mengorat saya masa sekolah dulu. Ececececehhh.. perasan lebih dah ni. ;-p

So, kat sini saya nak share tips penjagaan kecantikan dari dalam. Haaa.. tudia. Sendiri pun tak berapa nak cantik, tapi ada hati nak bagi orang tips. Kekekeke.. Islam menggalakkan perkongsian ilmu. Benda baik, tak gitu? ;-p

Dah cantik di luar, mesti lah nak cantik di dalam jugak. Baru lah semakin berseri-seri. Macam-macam dah product yang jenis makan-makan ada kat pasaran sekarang ni. Dekat toko-toko jamu, ada jual bermacam jenis kolagen. Jenuh kalau nak senaraikan. Cuma yang menjadi tanda tanya, berkesan ke? Elok ke? Ada side effect tak? Memudaratkan tak? Kita ni yang nak cantik macam artis Korea, terus je beli dek terpengaruh dengan iklan-iklan yang mengoncang jiwa.

Cantik dari dalam. Macam mana? Yang paling penting, JAGA PEMAKANAN. Sebab apa yang kita makan, itu lah diri kita. Contohnya, bila kita suka makan makanan yang pedas-pedas dan berminyak, maka, kulit muka senang nak tumbuh jerawat. Suka sangat minum air bergas dan sejuk, perut pulak jadi buncit. Haaa.. tu contoh. Banyak keburukan sebenarnya bila tak jaga makan ni. Bukan sebab cantik je, tapi jugak atas dasar kesihatan. Nanti mula lah, kolestrol tinggi, kencing manis, darah tinggi, gout, saluran darah tersumbat, macam-macam...... Bila dah sakit, diri sendiri jugak yang merasa azabnya. Kan?

So, apa benda yang paling diperlukan oleh tubuh badan? Tubuh kita ni sangat memerlukan sumber protein. Protein diperlukan pada hampir setiap inci tubuh. Kulit, rambut, kuku dan yang paling penting adalah organ dalaman kita. Untuk memastikan tubuh kita kekal sihat, sumber protein kena lah cukup.

Meh saya nak bagitau.....

KOLAGEN = PROTEIN

Badan kita ni sebenarnya boleh menghasilkan kolagen sendiri. Tak payah nak supply dari luar. Tapi oleh sebab pengambilan sumber protein yang tak menentu dan peningkatan usia, penghasilan kolagen akan merosot dan tidak mencukupi untuk kegunaan tubuh. Sebab tu kita perlukan makanan tambahan (supplement). Kat luar sana tu, berlambak orang jual kolagen (protein). Sumbernya? Ada sesetengah tu, memang diragui. Jadi takut nak consume. Benda makan ni nanti, jadi darah daging. Halal haram nya nak kena ambil serius. :-|

Apa jadi kalau badan kita tak cukup kolagen?

1) Kulit kusam
2) Tidak bermaya
3) Tiada seri
4) Kulit berkedut dan mula kendur
5) Pigmentasi kulit
6) Cepat merasa letih dan lesu
7) Sakit badan dan sendi
8) Mudah Lupa
9) Penglihatan semakin merosot

Heee..... takutnya bila badan tak cukup kolagen! Boleh timbul masalah kesihatan. Sape yang tak nak sihat kan? Sihat tu salah satu nikmat yang Allah beri. Kena jaga baik-baik. ^_^

Saya nak sihat. At the same time, saya pun nak cantik. Macam saya cakap, kat pasaran memang banyak product makanan kecantikan. Kena pilih yang betul-betul. Yang paling penting, HALAL.

Tadaaaaa.....
Saya pilih ......... NUTRILITE ALL PLANT PROTEIN POWDER.



Di datangkan dalam 3 perisa. Original, Mix Berry dan Green Tea. Tapi saya prefer yang Original sebab senang nak campur dengan makanan atau minuman yang saya suka. ^_^


                                            Gambar cilok dekat Google. Maaf kurang jelas.

Saya ada masalah membuang ayaq besaq. Tapi sejak consume protein powder ni, Alhamdullilah.. tiap pagi, lancar je. Bahagia je rasa. ^_^

Selain menyihatkan tubuh, ia juga mampu mencantikkan kulit. Product macam ni lah yang saya cari-cari. Pasal halal, jangan risau! Klik link kat bawah ni ya? Sijil halal antarabangsa. Sebab product ni, product antarabangsa. Lagi pun, protein powder ni berasaskan tumbuhan. SOY + WHEAT + PEA = BETTER.

Klik sini ------->  SIJIL HALAL AMWAY

Cara makan : 1 scoop pagi, 1 scoop malam.

Saya akan share resepi lazat untuk sarapan yang sihat berkhasiat!

Overnight Oat
Bahan-bahan:
Rolled Oat/Instant Oat - 6 tbsp
Plain Yoghurt - 5 tbsp
Milk/Soy Milk (saya campur protein powder) - 3/4 cup
Raisins - as you wish
Fresh Fruit - as you wish (saya pakai pisang)

Satu kan oat, plain yoghurt, susu/soya dan kismis. Bubuh dalam jar, simpan dalam peti sejuk semalaman. Esok pagi nya, potong-potong buah, masuk kan sekali. Baca doa, terus makan! ^_^

Maaf kan saya kerana resepi yang bercampur aduk penggunaan bahasanya ya? ngehehehe..

Selain membekalkan protein pada tubuh, ia juga membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. Jadi, takde la kes terlebih makan kan? Sesuai untuk orang yang nak diet. Kulit makin cantik, pinggang kekal ramping. Gitewww....... ;-p

Apa-apa pun utamakan kesihatan dulu. Cantik tu, letak no. 2. Kalau cantik, tapi tak sihat, tak ada gunanya jugak. Lepas tu, bila dah cantik, harap-harap lah akhlak kita pun seindah wajah. Baru lah sepadan. Indah rupa, elok pekerti. Manusia tiada yang sempurna, tapi kita mampu memperbaiki diri kan?

Bagi yang nak tahu harga,

1 tube = RM117.00

**Pesanan ikhlas :
Jangan mengharapkan perubahan drastik. "Putih gebu dalam masa 3hari". Itu tipu ok. Kita kalau nak sihat, nak cantik, kena sabar sikit.

Peace!

No comments:

Post a Comment

pop