Nuffnang Ads

Friday 15 August 2014

Kawan Kita

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak cerita pasal kawan. Sebab semua orang ada kawan kan? Tak mungkin lah kalau takde kawan langsung. Paling tidak pun, seorang. Kita hidup dalam dunia ni memerlukan orang sekeliling. Kalau nak hidup sorang, kena lah hidup dalam hutan. Tak ada keluarga, tak ada kawan, tak ada sesiapa. Yang ada cuma haiwan. Huhu.........



Ni kawan saya. Zulaikha Harun . Lama jugak lah dah kenal dengan dia. Tapi tak selalu jumpa. Once dah lepak, memang tak berenti la kitorang borak. ^_^

Tapi, sejak-sejak saya duduk sama apartment dengan dia, makin kerap kitorang lepak. Lepas saya pindah tu, saya kerja di Shirotori (M) Sdn Bhd. Dan Zulaikha ni pulak masa tu memang tengah cari kerja. Saya dengan seronoknya rekomen dia pada boss. Lebih kurang sebulan lepas tu, bermulalah kisah kami sebagai sahabat, jiran dan rakan sekerja. ^_^

Port lepak yang jadi feveret, rumah saya. Kadang-kadang tu, ada lah jugak pegi rumah dia. Tapi biasanya memang rumah saya je lah.

Kalau lepak rumah saya, kena time saya rajin, saya masak. Kitorang makan sama-sama. Zulaikha ni rajin masak. Ada lah berapa kali dia hantar lauk umah saya. Saya je yang tak penah hantar apa-apa bagi dia.. kehkehkeh.. Maaf ya Zu.....

Tengok orangnya kecik je kan? Tapi kepala giler-giler jugak ni. Penah lah sekali ni, kitorang jalan kaki pegi Giant. Dekat je. 10 minit jalan kaki. Beli barang macam-macam. Biasanya barang dapur lah. Tiba-tiba dengar bunyi guruh. Hujan dah mula turun. Kitorang relax lagi. Baru pukul 6 lebih. Sambung cari barang. Bila tengok jam, dah masuk pukul 8 malam. Hujan masih lebat. Kitorang dah mula risau. Macam mana nak balik ni. Masa tu dalam poket masing-masing cuma berbaki beberapa ringgit je. Masing-masing ada tak sampai 5 ringgit. Nak naik teksi memang tak lepas. Sebab keadaan sejuk dan tak boleh nak balik, kitorang lepak pekena kopi kat Subway. Borak punya borak, dah masuk pukul 9 malam. Hujan masih lebat. Tapi memang kena balik. Nak tunggu hujan berhenti, memang kena tido situ la jawabnya. Dengan penuh tekad, kitorang pakai poncho, terus gerak balik. (Poncho beli kat kaunter masa bayar barang). Jalan kaki malam-malam, dalam hujan. Huhu..... 1st time saya macam tu. Kitorang gelak-gelak je sepanjang jalan. ^_^

Kat opis pulak, kitorang memang suka buat hal kitorang. Pagi-pagi pegi sarapan dekat mamak. Mengular jangan cerita lah ~ selalu.........kehkehkeh. Bila boring, masing-masing bantai tidur. Bukak lagu kuat-kuat (boss tak kasi bukak radio). Curik wifi opis sebelah. Layan internet. Main game. Guna harta opis sesuka hati. Tapi walaupun macam tu, kitorang tak penah abaikan kerja. Selalu buat keje tak senonoh tu masa tengah free. ^_^


Bila saya dapat tawaran kerja kat tempat lain, dengan gaji yang lebih tinggi, saya terus bagi notis berhenti. Tinggal lah Zulaikha sorang-sorang kat opis. Tapi Allah tu maha Tahu. Ada rezeki untuk dia. Orang opis sebelah ni jumpa saya tanya ada tak kawan-kawan nak kerja. Saya dengan semangatnya terus offer pada Zulaikha. Sekarang ni, walaupun tak kerja sekali, tapi kitorang masih boleh  lunch sama-sama. Bila cuti dan masing-masing free, kitorang lepak macam biasa. ^_^

Bulan puasa 2013, saya meniaga. Jual dadih dengan puding mango cocktail. Zulaikha ni dengan gigih bantu saya. Setiap hari tanpa jemu. Dari kedai ke kedai. Dia tak merungut pun. Malah bagi semangat lagi pada saya. Syukur Allah kurniakan saya seorang sahabat. Dia ada masa susah dan senang.

Oleh kerana saya sangat menghargai persahabatan saya dengan Zulaikha, maka entry kali ini khusus buat dia. Semoga dia beroleh keberkatan dan rahmat Allah selalu. ^_^

Ohhh.. sebelum terlupa, Zulaikha Harun ni dia ada jual tudung. Macam-macam jenis. Harga pulak berpatutan. Korang boleh lah tengok-tengok mana tahu ada yang berkenan. Tolong bisnes kawan kita ni ya?

Peace!


No comments:

Post a Comment

pop