Nuffnang Ads

Thursday, 12 July 2018

Weekend Outing : Tasik Shah Alam

Assalamualaikum..

Lama sangat tak menulis apa-apa dalam blog ni.
Terbiar sepi camtu jek.

Aku dah selamat bersalin anak ke-3 hampir 4 bulan lepas.
Anak ke-2 aku pun dah lebih setahun tinggalkan aku. 
Bermakna.......dah lama gila babas aku biarkan blog aku ni.
Adehhh~~

Agak2 Sofie masih aktif lagi tak?
Sebab dia antara blogger favorite aku.

SofieAdie

Masih belum sempat nak blogwalking blog-blog kegemaran.
Nanti aku curi-curi masa ya?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam biasa, bila weekend, husband aku akan bawak kami ambil angin dekat luar.
Nak bagi Adam tengok alam sekeliling. Lately dia ralit sangat tengok henpon.

Banyak kali dah bawak dia datang Tasik Shah Alam.
Cuma kali ni, aku rajin sikit nak ambil gambar dan video.




Sesi pujuk mama baba. Ajak naik bot.

Jujur, aku suka sangat tengok Adam punya manja tu.
Yelaaaaa....anak sendiri kan. Hahaha.

Ok. Jom kita naik bot!


Beli tiket. Harga - dewasa rm8. Kanak-kanak rm5. Baby - free.


Tak sabar sangat nak naik bot.

Kami kena tunggu sekejap.
Bot sampai, cepat-cepat kami naik.



Aku tak suka gambar-gambar aku masa hari kejadian. Sebab tu nampak peha aku yg besar giler babeng tu??? Pftttt....


Pusing tasik lebih kurang 15 minit. Ada banyak yang boleh ditengok sepanjang kita atas bot. Ada itik, ada burung. Seronok!


Lepas naik bot, kami bawak Adam tengok itik pulak.




Dah nak senja, balik!

Ohh..lupa nak cerita. Sepanjang kami dekat Tasik Shah Alam, kami bau kopi. Entah datang dari mana bau kopi tu. Tapi bau tu sangat sedap.

Maka, husband bawak kami pi minum kopi! Yay!



"Minum je tau."
Pesan si husband.

Kekeke..

Sebab lauk dinner dah masak tadi sebelum keluar.

 Kari kaki ayam dengan taugeh tumis.

Setel untuk hari itu.


No comments:

Post a Comment

pop